mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Tuesday, January 24, 2012

Nota Cinta Baginda : Biarkan Air Mata Mengalir Seperti Bilal


Biarkan Air Mata Mengalir Seperti Bilal



Ketika kita menangis kerana putusnya cinta dengan teman lelaki ataupun teman perempuan yang kita cintai, para sahabat Nabi s.a.w. pula bersedih dan berduka kerana harus berpisah dengan kekasih yang sangat mereka cintai, iaitu baginda s.a.w. sendiri.

        Cinta mereka kepada Nabi s.a.w. adalah cinta yang luar biasa. Sehingga Bilal bin Rabah, muazzin Nabi s.a.w., setelah pemergian baginda s.a.w., hati beliau terasa begitu hiba sekali saat mengungkapkan kalimah 'Muhammad Rasulullah' dalam lafaz azannya.

        Kerana tidak dapat menahan hibanya menanggung perpisahan dengan Rasul s.a.w., Bilal pun meminta izin dari Saidina Abu Bakar as-siddiq untuk keluar dari Makkah dan pergi berjihad, dan Abu Bakar membenarkannya. 




        Makkah, akhirnya sunyi daripada azan Bilal. Hinggalah suatu ketika, Bilal pulang semula ke Makkah selepas bermimpi bertemu Rasul s.a.w. 

        Beliau tiba di Makkah pada waktu Subuh, dan kebetulan hari itu, muazzin di Makkah datang lewat. Maka, Bilal naik ke tempat tinggi dan melaungkan azan.

       Tika itu, semua penduduk Makkah yang pernah hidup sezaman dengan Rasul s.a.w. berasa terkejut mendengar azan Bilal itu. Mereka seolah-olah dikejutkan dengan kembalinya Nabi s.a.w. sehingga ada yang bertanya, "Apakah Rasul s.a.w. dibangkitkan semula?", "Apakah Rasul s.a.w. telah hidup semula?"

Betapa rindunya mereka kepada Rasul s.a.w. Ramailah yang menangis teresak-esak mengenangkan zaman awal mereka hidup bersama Rasul s.a.w. ketika itu. Bilal telah mengembalikan kerinduan mereka kepada detik-detik bersama Rasul s.aw.

       Dan seperti biasa, Bilal tetap tidak mampu menghabiskan azannya. Tika sampai pada kalimah 'Muhammad', suaranya mula tersekat-sekat dan air matanya mula mengalir. Hinggalah beberapa kali diulang, akhirnya tidak mampu lagi untuk dihabiskan azannya kerana tidak tertahan hibanya mengenangkan baginda s.a.w.

      Kita, di tempat ke berapakah cinta kepada baginda s.a.w. dalam hati kita?Air mata kita, kesedihan dan dukacitanya kita, adakah kerana merindukan baginda s.a.w. atau kerana kecewa setelah gagal dalam hubungan percintaan dengan kekasih kita?

Ada masanya, kita perlu menangis untuk baginda s.a.w. Menangis kerana cinta dan rindu kita kepada baginda s.a.w. adalah pembangkit semangat dan kekuatan di celah-celah kelemahan. Menangis kerana putus cinta dengan teman yang kita cintai, tidak akan bawa ke mana-mana.

Koreksi cinta agar lurus jalan dan bahagia dalam perjalanan menuju syurga !



sumber

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...