mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Wednesday, December 7, 2011

Beli insuran? Membazir jer


Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.
Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”
Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!

Monday, November 28, 2011

Ini amaran keras dan terakhir!

# 1
Pujuklah hatimu yang rawan dengan kalamNya

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah itu amat mencintai mereka yang sering bertaubat, dan cinta pula kepada mereka yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Allah cinta.

Alasan apakah lagi untuk kami penghuni bahtera untuk berputus asa dalam taubat dan pembersihan diri kami?

Jatuh, kami bangun lagi. Jatuh, kami bangun lagi. Kerana Allah cinta. Apakah yang lebih besar daripadaNya?




Sunday, November 27, 2011

Jom kenal siapa Mughirah Bin Syu'bah


Have you ever heard of dis guy - Hilal Asyraf? I know him after 3times my eyes see one of his book, TAKDIR:Cahaya yang Tak Terpadam at Popular Book Stores. I read half of the novel from his offical website, LangitIllahi.com.




Salah satu watak dalam novel itu adalah Mughirah Syu'bah. Hurm, ingatkan hanya watak dalam novel semata-mata, sampai la jumpa article ini Kisah Mughirah Bin Syu’bah Dan Kerasnya Hati Panglima Persia

Cant wait the second book of trilogy of TAKDIR. TAKDIR. Ia mengisahkan dunia selepas kemunculan Dajjal dan kebangkitan Islam selepas itu. To know more, need to buy the book la :D. 

Aduh! Jiwa Kacau... (KMB) by Aiman Azlan

Jiwa kacau? Jom dengar ceramah dari Aiman Azlan tentang lelaki & perempuan. Klik me! To know bout him, view his blog and also his page at Facebook Aiman Azlan




Not a boring ceramah. Its fun, you can laugh, besides of couse la, get da in put :) 


Renung-renungkan dan selamat beramal (+.~)

+SoaLNya HaTi+

No words to describe, just enjoy these pictures....


Panduan memulakan solat setelah lama meninggalkannya


Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

39 Kes Kenapa Lelaki Tak Layak Menjadi Suami

Kes 1. 
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama 


Kes 2. 
Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian. 


Kes 3. 
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

Saat perginya insan tersayang...

 




Cinta yang kekal, hanyalah cinta kepada Allah. Cinta sesama manusia boleh pudar atau mungkin  berpisah. Seperti perumpamaan ini...

TANDA2 KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP & SEMPURNA

Salam. Hari ini saya nak share ttg tanda-tanda kiamat kecil yg telah lengkap dan sempurna dari TOK WAN. Untung renungan kita bersama...






Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

Saturday, November 19, 2011

Nilai dengan mata HATI


.::BeRi AkU SaTu PeLuAnG & RuAnG::.


Lama sungguh aku tak singgah ke teratak hubbulillahiyah ini. Sibuk mengatur hidup baru selepas tamat zaman belajar. Hidup ini penuh dengan dugaan, cubaan dan ujian dariNya. Jika kalian mengatakan kalian sudah cukup beriman, ia takkan berhenti di situ. Sungguh! DIA Maha Mendengar. Pasti sesudah kalian mengucap kalimat itu, ujian akan tiba. Pasti!




Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?  (Al 'Ankabuut, 29:2)


Friday, November 18, 2011

::asalkan hatinya baik, sebuah perkongsian Ustaz Pahrol Juoi::


Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.



Friday, October 21, 2011

Kebaikan Pemerintahan Gaddafi


Skrg nie semua kecoh pasal kematian Gaddafi..kesian betul la dia kena belasah dgn pemberontak kat sana..kejam betul la..tp yg pasti,masa tue AS,Israel tepuk tangan la..ok la,biasa kita dgr kekejaman dia nie kat rakyat dia..buat itu la..buat ini la..org dh mati nie kita jgn la cerita keburukan dia kan..apa kata kita tengok apa kebaikan dia yang dah buat kepada rakyat Libya..

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

Saturday, October 15, 2011

Zikir kucing..."Ya Rahim...Ya Rahim...Ya Rahim..."

Bediuzzaman Said Nursi suatu hari terlintas di fikirannya apabila melihat makhluk kecil yang bernama kucing, kenapakah ia dikatakan makhluk yang berkat sedangkan ia tidak melakukan pekerjaan sebagaimana haiwan lain. Kucing hanya bermain, makan dan tidur. Said Nursi sering ditemani oleh tetamu kecil empat ekor kucing semasa dalam buangan.

Tiba-tiba pada suatu malam ketika Said Nursi di pembaringan, datang salah seekor kucing menghampiri bantalnya. Kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Nursi lalu berzikir secara jelas "Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim..."

Nursi dapat merasakan seolah-oleh kucing itu sedang menjawab lintasan fikiran beliau yang merendahkan dan menghina keupayaan kelompok kucing. Nursi juga merasakan lafaz zikir "Ya Rahim...Ya Rahim..." yang keluar dari mulut kucing itu seperti suatu tamparan ke wajahnya.

Pada ketika itu terlintas pula di fikiran Nursi, "Agaknya zikir Ya Rahim...Ya Rahim... ini khusus untuk kucing yang seekor ini sahaja iaitu tidak semua kucing berzikir yang sama. Atau adakah zikir "Ya Rahim" ini sememangnya umum untuk seluruh kucing? Nursi tertanya-tanya lagi.

Nursi juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada manusia sepertinya yang mempersoalkan dan mempertikaikan tanpa hak? Atau manusia lain yang memerhati dan mengambil perhatian juga akan mendengar zikir "Ya Rahim...Ya Rahim" ini?

Kemudian Nursi terdengar pula kucing-kucing lain mengulang-ulang zikir yang sama seperti kucing tadi "Ya Rahim...Ya Rahim... dengan nada yang berbeza-beza tingi dan rendah. Namun tidak sekuat kucing yang menghampiri telinganya tadi. Semakin lama Nursi mendengar semakin jelas ngiauan kucing-kucing itu menyebut Ya Rahim... Ya Rahim... sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan tanpa keluar huruf pun.

Ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir Ya Rahim Ya Rahim dengan baik sekali. Kucing-kucing itu seperti merayu kepada Tuhannya yang bersifat al-Rahim. Itulah zikir dan munajat kucing.

Nursi menceritakan kepada saudara-saudaranya Tulab Nur, mereka juga cuba memerhatikan kucing dan mereka turut mendengar zikir Ya Rahim yang sama. Ketika itu terlintas di hati Nursi Kenapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?

Nursi kemudiannya mendapat lintasan hati, kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil. Ia hidup bercampur dan bergaul dengan manusia malah menjadi kawan. Kucing sangat memerlukan kasihan belas dan kasih sayang manusia.

Setelah kucing-kucing itu mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, seperti ia telah mendapat makanan dan bermain ia lantas meninggalkan tuannya tanda bersyukur kepada Tuhan. Ia pergi berehat sendiri dan mengucapkan syukur kepada Tuhannya, tidak terikat kepada sebab sebagimana anjing yang tunduk kepada tuan. Sebab yang Nursi maksudkan di sini ialah manusia yang menyayanginya dan memberinya makan.

Keadaan kucing ini haruslah manusia mengambil pengajaran, supaya tidak terikat dengan sebab sebaliknya menyatakan syukur hanya kepada Tuhan.

Nursi juga menyebut tentang keberkatan kucing, ketika dalam buangan di Barla empat ekor kucing menjadi tetamunya. Keadaan beliau dalam buangan miskin dan makanan juga terhad. Selalunya roti yang sedikit akan habis dalam tempoh sekian-sekian hari, namun apabila beliau berkongsi makan dengan kucing-kucing itu, walaupun di awalnya roti itu kurang dari biasa, namun ia tetap masih banyak berbaki, berkat kucing-kucing tadi.

Lalu Nursi mengingatkan itulah kasihan belas Allah kepada makhluk lemah seperti kucing, berkat melimpah disebabkan kucing. Kalaulah haiwan pun Allah begitu kasih, apatah lagi manusia makhluk yang paling mulia. Apatah lagi sekiranya manusia itu keluarga, dan apatah lagi sekiranya keluarga yang lemah itu ibu bapa kita yang tua dan telah berkorban untuk anak-anak suatu masa dahulu. Nursi berpesan supaya kiaskan juga sekiranya di rumah kita ada anak-anak yatim, anak-anak cacat dan tidak upaya. Keberkatan akan melimpah dengan adanya makhluk lemah di dalam rumah kita.

Rujukan: Rasail Nur: Al-Kalimat 24 dan al-Maktubat 21.

Saturday, October 8, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Mengadap Kaabah



Kisah ini hampir sama dengan kisah yang dinyatakan sebelum ini oleh post yang lain.
Yang penting pengajaran darinya kita ambil.

Kenapa Umat Islam 'Sembah' Kaabah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah,satu kotak berwarna hitam ?
Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab ….Handphone N95 missionary berbunyi …..
Missonary menjawab panggilan telefonnya ….Pendakwah sabar menanti …..Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya,dia merenung kepada Pendakwah ….Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ?
Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya.
Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya.Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri,
ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri.Saya bercakap dengan emak saya.Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon.
Apa masalahnya ?
(Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah).
Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah.Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut ….Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja …Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai …..bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun.Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ?
Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless.Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)
…. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah,
bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah.
Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.
Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon.
Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95,ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu.Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak,barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak,dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya,mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary …"Nah, ini duit untuk awak beli N95 yang baru …."Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse ….Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

By: Shuhairazi Janudin

Tuesday, October 4, 2011

Gereja Terbesar Di Bukit Jalil



Gereja yg akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.










beginilah rupa gereja itu apabila siap dibina

mengejutkan juga..gereja ini mempunyai unsur2 freemason


Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.


Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.


Lihatlah saja kepada misi-misinya:




The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:


* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind


Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?. Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?. Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?. Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.



sumber

Wednesday, September 28, 2011

Perempuan di Wajah Langit Pagi


Angin senja Dusseldorf menyerbu muka Salwa yang kering. Bastian menatap muka Salwa. Ayu syahdu. Comel mekar. Benar, Bastian sudah terpikat. Atau Bastian telah terjerat. Wanita Melayu dengan rempah ratus, lenggok gemalai, dan tertawa yang penuh susila selalu memukaunya. Waktu pemukimannya di tanah Jawa untuk kajian budaya, Bastian pernah terpesona dengan keindahan perempuan Timur. Kemudian apabila dia merubah latar kajian di Tanah Melayu, Bastian mendapati perempuan di situ lebih halus. Perempuan Melayu dengan nilai-nilai moden malangnya telah dirosakkan. Beberapa bulan di Kuala Lumpur dia sering digoda oleh wanita Melayu tanpa rasa segan. Lebih hijau matanya lebih kuat asakan mereka. Lebih ikal dan perang rambutnya lebih bersungguh mereka menghimpit. Namun Salwa sedikit berbeza. Bastian mungkin pada mulanya sekadar berasa kasihan. Atau sebetulnya terasa ingin menyelamatkan. Salwa bagaikan tidak endah kehadirannya.

Bastian kemudian berasa ingin menolong Salwa. Lihat, Salwa perempuan Melayu yang tidak mengenal jati dirinya. Salwa misalan berbaju kurung tetapi terlupa falsafah busana Melayu itu, apa yang kurung? Bukankah kurung pada busana itu berisyarat yang tubuh dikurung syariat? Dan semakin Salwa tergiur oleh peradaban Barat semakin sakit jiwa Bastian, semakin Salwa berkehendak kepada Barat semakin luluh lantak hati Bastian. Mereka memang bermula sebagai teman, jadi kawan dan kini barangkali menyimpan hati. Satu sama lain saling mengerti tetapi sukar mengucapkan. Kemudian terpisah bertahun-tahun. Salwa jadi dingin.

Beberapa tahun mereka memilih jurusan sendiri-sendiri, Salwa makin disedut ke dalam lingkungan Barat. Paksinya kemodenan tanpa roh itu. Salwa berasa formula untuk masyarakatnya, khusus perempuan, hanyalah menyerah diri bulat-bulat, telanjang polos kepada Barat. Bastian pula semakin tersedut ke dalam pusaran Timur, dan spiritualiti yang hilang dalam masyarakat Barat menjadikan hatinya tertawan oleh keagungan rahsia Timur. Bastian merelakan dirinya diselubungi kuasa magis. Maka mereka jadi berbeza. Seorang mengulit falsafah eksistensialisme dan mengkagumi kemilau pasca moden. Bastian pula menekuni Hamzah Fansuri, tenggelam dalam haruman semerbak mistik Timur yang hanya dapat dimengerti dengan hermeneutik kerohanian. Bastian semakin menyelam dalam lautan tafsir dan ta’wil.

“Jadi, kau sudah melupai Maryam? Bukankah Maryam pusat pesonamu dulu?” Pertanyaan Salwa menghantar Bastian kembali ke kafe kecil di pinggir Rhine. Mereka ada di Dusseldorf lagi. Masih wajah Salwa ditampar angin kering yang mungkin saja berpuput jauh dari Amsterdam. Wajah Salwa itu ditatapnya bersungguh.

“Tentu. Dan kekaguman aku kepada Maryam menjadi sangat mendasar sebab dalam Islam Maryam adalah tanda, adalah ayat Tuhan. Maryam melampau batas imaginasiku. Ayatullah Maryam…”

Salwa tertawa.
“Maryam dalam Islam, agamamu…” Bastian menekankan ‘agamamu’, “…adalah satu personifikasi kemanusiaan. Maryam jadi simbol keimanan.”

Salwa ternganga.
“Aku baca dan gali makna surah at Tahrim, iaitu pada ayat 11dan 12.”
Salwa makin terpana.

“Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata, ‘Wahai Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. Dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari roh (ciptaan) Kami, dan ia membenarkan kalimat Tuhannya dan kitab-kitab-Nya, dan ia termasuk orang-orang yang taat.”

“Kau sudah berubah!” Salwa separuh berseru.
Tidak, aku hanya makin mendalami, dan makin menemui yang Maryam adalah wanita supranatural yang suci. Apabila Maryam didatangi oleh malaikat Jibrail, pengaruh spiritual dalam dirinya melampaui diri dan memberi kesan kepada individu lain. Maryam tidak terpengaruh, malah berusaha mengingatkan Jibrail tentang kedudukan moralnya. Lihat sahaja ayat 18 hingga 20 dalam surah Maryam. Allah menceritakan kedudukan dan integriti moral Maryam: Sesungguhnya aku berlindung dari padamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah jika kamu seorang yang bertakwa. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci. Bagaimana akan ada bagiku seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan pula seorang penzina.”

Salwa merenung Bastian, ada persoalan, ada riak kehairanan dan Salwa melafazkan pertanyaan yang mungkin sia-sia,” Basti, kau mahu memeluk Islam?”
Bastian ketawa. “Kau terkejut? Kau tahu keyakinan terhadap Tuhan bagi sesetengah penganut Kristian adalah sama dengan keyakinan orang Islam terhadap Tuhan.”

Salwa cepat membantah, “Tuhan anak, Tuhan…err bukan Tuhan itu tiga dalam agama Kristian…”

“The Gospel of Barnabas menyatakan: Jesus menjawab, Phillip Tuhan itu baik tanpa sebutir pun kebaikan; Dia tidak mempunyai awal dan tidak akan pernah mempunyai akhir…dia tidak mempunyai ayah dan ibu; Dia tidak mempunyai anak.”

   

Thursday, September 1, 2011

Kun Fayakun

Tiap orang punya cerita. Tak kira sama ada cerita gembira mahupun cerita sedih.

Tiap orang punya rahsia. Rahsia yang tak mungkin dapat dikongsi bersama.

Tiap orang punya masa silam. Kekadang, masa silam itu menghantui masa kita kini. Boleh jadi juga kisah silam itulah yang membuatkan kita menjadi seperti hari ini.

Tiap orang punya impian dan cita-cita. Kemudian kita berusaha keras untuk merealisasikan impian dan cita-cita menjadi kenyataan. Dalam kita sedang menghampiri impian dan cita-cita tadi, pasti kita akan diuji, ada duri dan ranjau yang kita terpaksa tempuh. Ada yang berjaya, dan tak kurang juga yang tersungkur....

Tak semua yang terjadi, yang berlaku akan sama sebulat dengan apa yang kita rancang. Kenapa? Kerana... 



Kun Fayakun.....
Allah berfirman: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.

(untuk keterangan lebih lanjut tentang ayat kun fayakun, sila rujuk SINI)


Begitu jualah yang terjadi padaku...Dalam aku enak menghadapi peperiksaan di tahun akhir pengajianku, aku diuji. Ujian kali ini ternyata cukup hebat. Cukup hebat sehingga ia mengubah terus hidupku. Meragut segala kekuatan yang aku miliki selama ini...Kerna itulah teratak hubbulillahiyah makin sepi sejak kejadian itu.


Aku tidak meminta. Aku juga tak pernah terlintas untuk diuji dengan ujian yang maha hebat dariNya. Sering kali aku bertanya pada diri, kenapa aku? Tak kurang juga aku menyalahkan diriku...Puas sudah aku memujuk diri agar menerima ketentuanNya, berhenti menyalahkan takdir, redha lantas mencari jalan penyelesaian terbaik. 


Tiap kali aku cuba memujuk diri...Cuba untuk bangkit kembali, mengutip sisa-sisa kekuatan...aku jatuh kembali. Terduduk. Tersungkur mencium Bumi. Ah, ianya amat sukar sekali...






Hampir setahun kini aku menyimpan kemelut ini sendirian. Aku sudah tidak betah lagi menahannya. Lantas, kepada hijablah aku luahkan. Syukran ya ukhti...kaulah sahabatku dunia akhirat. Sahabat utusan Tuhan kepadaku..."Allah masih sayangkan kau...percayalah".Ungkapan inilah yang sering hijab gunakan untuk memujuk hatiku.


Dan kini? Aku masih cuba bangkit. Cuba bangun untuk sekian kalinya...Moga aku diberi kekuatan untuk bangun, bertatih, berjalan dan berlari kembali sepertimana dulu...


Kalian pasti tertanya-tanya apakah yang berlaku? Biarlah ia tetap rahsia. Bukankah setiap orang punya rahsia? Inilah rahsiaku...kepada yang mengetahuinya dan membaca kalamku ini,  biar apapun persepsi kalian, yang penting apa yang aku rasa, yang aku alami, apa yang ada di lubuk hatiku, niatku...cukuplah aku dan Tuhanku yang tahu. Kerna, kalian tak mungkin mengerti. Ya, sampai bila-bila pun kalian tak mungkin bisa mengerti. Jadi, persetankan hukuman dan tuduhan yang kalian lemparkan. Kerna, bukan kalian yang akan menjadi hakim di akhirat sana.




Monday, August 22, 2011

Pemimpin Termiskin Di Dunia


Image

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh stesen Televisyen Fox (AS) tentang kehidupan peribadinya:

"Ketika anda melihat cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?" Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: "Ingat, kau tidak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran."

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad, yang membuat orang terkagum dan terkesima :

1. Saat pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mendapati bahawa terdapat ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menyambut tetamu VIP, lalu beliau mengeluarkan arahan untuk menutup ruang tersebut dan menyuruh pegawai istana untuk menggantikannya dengan ruang yang biasa dengan 2 kursi kayu. Walaupun nampak sederhana tetapi terlihat menakjubkan.

Image

Image

3. Di banyak kesempatan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presidennya.

4. Di bawah kepimpinannya, ketika beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang mempunyai arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menteri-menterinya untuk hidup secara sederhana dan disebutkan bahawa segala rekod peribadi mahupun ahli keluarga terdekat mereka akan diawasi, sehingga pada saat menteri-menteri tersebut keluar dari pejabatnya, mereka keluar dengan kepala menegak.

5. Langkah pertama beliau ketika itu ialah mengumumkan kekayaan dan harta benda beliau yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Rekod banknya mempunyai baki paling minimum, dan satu-satunya wang yang masuk adalah gaji bulanannya.

6. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya senilai US$ 250 (RM 750).

7. Ahmadinejad masih tinggal di rumah warisan ayahnya. Hanya itulah yang dimiliki oleh seorang presiden dari negara yang penting, baik secara strategik, ekonomi, politik, pertahanan dan pengeluaran minyak. Bahkan beliau juga dikatakan tidak mengambil gajinya, alasan beliau adalah semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

8. Satu perkara yang membuatkan para staf di pejabat presiden kagum adalah beg yang selalu dibawa oleh beliau setiap hari selalu berisikan sarapan; roti atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.


9. Hal lain yang beliau ubah ialah Penggunaan Jet Terbang Presiden, beliau mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan duit cukai yang dibayar rakyat dan untuk dirinya, beliau hanya meminta untuk terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

10. Beliau kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan, dan beliau memansuhkan protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk terus ke pejabatnya tanpa sebarang halangan. Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau penerbitan peribadi, atau hal-hal seperti itu ketika berkunjung di berbagai tempat di negaranya.

11. Sekiranya perlu menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukan presiden? Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikut kemanapun beliau pergi. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian dipaparkan oleh media masa di seluruh dunia, termasuk Amerika

Image

12. Sepanjang solat berjemaah, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di saf paling depan.

Image

13. Ketika suara azan berkumandang, beliau akan terus mengerjakan solat di manapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa.

Image

14. Majlis perkahwinan anak lelaki beliau hanya berlangsung dalam keadaan yang amat sederhana, bahkan majlis itu tidak ubah seperti perkahwinan kaum Buruh sahaja. Berikut adalah gambar-gambar majlis perkahwinan seorang anak presiden.

Image

Tetamu hanya dihidangkan buah-buahan dan minuman

Image

Image

Image

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...