mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Saturday, August 2, 2008

Cara Mandi Wajib Yang Betul

"Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan tkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul,ssorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebalikny, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badanny yang zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati banyak umat islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukanny mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

"Niat mandi wajib: "sahaja saya mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " sahaja saya mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.
"Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " sahaja saya menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " sahaja saya mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya selepas dia telah mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
"Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh mhalang sampai air ke badan khususny di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, ini lah yang merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dengan pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.
"Oleh itu, ssorg yang mwarnakan rambutnya dengan pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pada rambutnya tlebih dahulu. tapi untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yang rumitnya. Sedangkan pwarna pada rambut itu sbnrny tidak boleh dibuang begitu mudah.
"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pwrna pada rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."
"tapi dalam hal ini, jangan pula ada yang slh faham. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi selepas bsetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sebelum tidur adalah makhruh."
















2 comments:

Anonymous said...

macamana pula tentang wudhuk? adakah wajib kita mengekalkan wudhuk ketika mandi wajib? adakah perlu untuk melapik tangan ketika meratakan air di celah-celah (alat sulit)?

Anonymous said...

selama ini saya tidak pernah meratakan air pada badan...adakah jika tidak d ratakan ini akan menjadikan mandi wajib kita tidak sah..kemudian..adakah perlu kita mengambil air wuduk sebelum mandi wajib?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...