mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Sunday, October 31, 2010

Jangan Takut Kahwin Awal


Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

*****
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"



Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.



Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.



Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.



Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. 

Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.



Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)


baca yang ini jugak (",) : NIKAH GANTUNG

P/S: Ya Allah, permudahkanlah urusan kami menuju redhaMu.... 

Friday, October 29, 2010

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

p/s: fwd from tmn2 syurga...........bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam………………….


Thursday, October 28, 2010

nureen telah dikhitbahkan...

Baca sekali lagi tajuk entry nureen...

Usah digenyeh-genyeh mata yang tak gatal tue...kerna kamu memang tak salah baca....

Iye, nureen a.k.a cahaya petunjuk a.k.a hubbul telah dikhitbahkan...

Seorang hamba Allah yang melamar nureen itu...pada mulanya nureen terkejut dengan caranya...nureen ada menyatakan padanya sebelum ini yang hati ini telah dimiliki...namu, nureen juga memberitahu bahawa diri ini hanyalah milik Allah dan kedua ibubapaku...belum ada lagi yang mengkhitbahku

Lantas, akhi menyatakan hasratnya....

"kalau enti sudi menerimanya kerana ALLOH insyaalloh kalau x tinggalkan ana kerana ana ALLOH..
enti kata xde yang menyatakan lagi hasrat untuk menjadikan enti isterikan jadi ana menyatakan hasrat itu kpd enti.."
Begitulah petikan yang nureen ambil di dalam perbualan kami....

Nureen meminta izinnya untuk membuat solat istiqaroh terlebih dahulu, serta memkhabarkan lamarannya kepada ibubapa nureen yang sedang mengerjakan haji di Mekah kini....



Azan Asar sedang berkumandang.....

Izinkan nureen berundur dulu untuk menghadap Kekasih hatiku....

hubbul says : Adakah berita ini akan sampai ke pengetahuan si dia? Mengapa bukan si dia? Kuserahkan padaMu Ya Rabbi kerna ku tidak punya jawapannya....

"BILA AKU JATUH HATI"

Ya Allah...
Ya Rabbi...
Aku minta izin Bila suatu saat aku jatuh hati
Jangan biarkan cinta untukMu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau.

Rabbi...
Aku punya pinta Bila suatu saat aku jatuh hati
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta tak berbatas
biar rasaku padaMu tetap utuh.

video


Rabbi...
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkanlah untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasihMu
dan membuatku makin mengagumiMu.

Rabbi...
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMU.

Rabbi...
Pintaku terakhir adalah sekiranya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajahMu dariku
Anugrahkanlah aku cintaMu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ijinkanlah aku untuk menemui Kerinduanku... 

Tetap Istiqamah di jalan_Nya
 hubbul says : andai ini takdirnya....

bila nureen belajar makan budu....

budu~~Makanan yg Berkhasiat!!


Bermula dengan notes di atas, yang ditag oleh HM pada nureen tempoh hari membuatkan hati nureen sedikit terbuka untuk makan budu...



Hehehe...mesti ada yang tanya, "Nureen tak makan budu ek sebelum nie?"



Namer jer ore kelate, tapi tok make budu...kekadang ore kecek kelate pun nureen tok pehe, pelik tak?

But, wat ever it is, I'm very proud to be Kelantanese!!

Ok, back to the story, sekarang nie nureen da pandai makan budu...tapi, lepas tue idung jadi gatal-gatal...ase nak cabut jer idung :(

So, should I continue make budu???
bila tanya kt HM, dia kater, kalau dah allergic tak yah la makan...ala...

hubbul says : kredit to HM & fida kerana ajar nureen make budu (^.~)

saya suker dia

musim-musim exam nie, mestilah study,kan?

bila bosan menghadap buku-buku Negotiation, Personal Development, Strategic Management, Global Marketing dan E-commerce, nureen bukak lappy kesayangan nie...pe lagi, merehatkan mata menjenguk Cahaya Petunjuk...

nureen sedikit hairan kebelakangan nie, asal bukak FB jer, mesti ada friend request...hurm, sampai ada yang menyindir banyak betul peminat dia...yela, walaupun kebanyak request tue dari orang yang nureen tak kenal, nureen approve jer, pastu tnyalah sape...kl menggedik nureen remove la balik..hehehe



yang nureen tak sangka bila Nurull Halawati, penulis novel kegemaran nureen, Stanza Cinta request friend. (+.*) i like....

hubbul says:nak baca lagi sekali la novel nie...

Terima Kasih Tuhan





Syukur Alhamdulillah...

Syukur kupadaMu Ya Tuhanku...

Alhamdulillah, akhirnya Engkau memperkenankan doaku....

Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar suara hati hamba-hambaMu...


Kupujuk diri ini...
mengapa harus bersedih? mengapa harus ditangisi?
kumasih ada Allah disisi...yang terus menyayangiku...yang mencintaiku...
duhai Kekasihku...terima kasih kerana menegur silap salahku...Aku cinta padaMu...
Andai Engkau beli ujian padaku untuk kuperoleh cintaMu, aku redha...
Aku lebih senang begini, walaupun rindu sentiasa bertandang...tidak jemu menjengukku...

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being Disconnected because Allah already paid the  bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!


Wednesday, October 27, 2010

150 juta kali....

Salam sayang, salam rindu, salam ukhwah buat mengunjung blog ini.

Maaf kerna agak lama nureen menyepi..kalau update entry pun lebih kepada copy and paste balik article yang menarik hati...

Alhamdulillah, pagi tadi nureen baru sahaja selesai menjawap exam paper-Negotiation..

Walaupun dugaan datang, namun, ia tak mematahkan semangat nureen, malah nureen makin kuat dan tabah. Syukur padaMu Allah kerna masih menyayangiku, menegurku....

Teringat kata abang nureen, nureen punya kekuatan dalaman...motivasi diri yang tinggi dan semangat kuat bila ditimpa ujian...

150 juta kali...sebuah lagu yang pada mulanya tidak menarik minat nureen untuk mendengarnya...

Tahu akan lagu yang dinyanyikan oleh Hana Zatie, pelajar UIA ini penuh dengan kontroversi...



suatu hari nureen tergerak hati untuk mengetahui tentang gadis ini...lantas jumpa lirik lagu ini di blog norsaritanaini

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

 enjoy this song...hayati liriknya....

hubbul says : no komen.... (^.~)

 

Sunday, October 24, 2010

Islam for all (^_~)

Rentetan daripada IFF baru-baru nie banyak group ditubuhkan di laman sosial Facebook yang menggesa Rosmah memohon maaf. Di sini nureen sertakan antara group yang ditubuhkan :
1) Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam
2) Rosmah Mansur , Please apologize to Muslims

In my humble opinion, nureen tak menyokong mahupun mengutuk mana-mana parti politik, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Bukan itu yang nureen ingin ketengahkan. But, it about Islam itself. Sorry to say, i'm not interested at all in politic, but I juz interested in Islam. Thats all.

Now, listen to Dr. MAZA speech...





Nureen suker the way Dr. MAZA did. Nureen suka keberanian Dr. MAZA dalam menegakkan kebenaran. Islam rindukan pejuang Islam yang berani seperti Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran.











Nie pula ucapan Dr. MAZA...

Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri




Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.
Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya


baca article ini juga yer : Bertuahkah Islam Mendapat Melayu?

Friday, October 22, 2010

u should think it more than twice,TV3....

klik these links for more info :)

iklan raya tv3 hina Islam?

TV3 fined RM50,000 for humiliating and insulting Islam



BUMI HURU HARA 2013 KERANA MATAHARI

Itulah tajuk dalam akhbar Kosmo keluaran 22 September 2010. Oleh kerana ramai yang tidak sempat membacanya maka disini Tok Wan petik tulisan penuh dalam akhbarv tersebut.

LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

Demikian berita yang tidak dibesarkan dalam akhbar tersebut. Tetapi berita tersebut amat besar maknanya bagi Tok Wan.

Tok sendiri merasakan bahawa apa yang dijanjikan dalam Al Quran serta hadith Rasulullah saw akan benar2 berlaku. Fenomena yang bakal berlaku pada 2013 bukanlah qiamat tetapi fasa ke 5 akhir zaman dimana semua teknologi yang berasaskan elektro-magnetik akan musnah secara total akibat rempuhan ribut magnetik dari nyalaan api besar pada matahari.

Sebelum Tok lanjutkan tulisan ini ingin Tok memaklumkan pada rakan dan sahabat bahawa pada masa ini kita sedang berada di fasa 4 akhir zaman. Dalam fasa ke 4 ini semua kejahatan kaum2 yang sebelum zaman Rasulullah saw telah muncul. Seperti kaum jahiliah yang membuang dan membunuh anak kecil (kejadian buang bayi di merata dunia). Kaum Luth as yang melakukan hubungan seks sesama lelaki. Kejahatan manusia yang melampau2 sehingga sanggup menyembeleh seeta membakar batang tubuh manusia lain.

Sebagai orang Islam Tok sendiri percaya bila kita memasuki fasa ke 5 akhir zaman sudah pasti sistem canggih yang sedia ada seperti sekarang ini sudah tidak ada lagi. Sistem berhubung antara benua melalui internet. Nyalaan lampu terang benderang dijalanraya serta hubungan pengangkutan yang terbaru serta terpantas. Hubungan setelit dari bumi kebumi srta hubungan televisyen semuanya bakal musnah.

Dengan musnahnya semua sistem ini maka sesuailah Nabi Isa Al Masih diturunkan semula dikubah sebuah masjid di Syria seperti yang dijanjikan. Jika semua sistem ini masih berfungsi cuba bayangkan tatkala Nabi Isa Al Masiih muncul di Syria siaran langsung diadakan oleh televisyen Al Jazeera serta CNN. Memang tak patut kan?

Dan ketika mana Imam Mahdi yang diperkatakan oleh ramai orang Islam muncul tidak mungkin akan ada lagi teknologi canggih seperti hari ini. Dengan memusnahkan semua sistem teknologi manusia ini maka dengan mudah kaum Yahudi diburu dan dibunuh.

Bukankah telah diberitahu ketika Nabi Isa al Masih dan Imam Mahdi muncul tiada pistol atau mesingun yang dapat meletop. Semua peperangan memnggunakan pedang dan kuda semula.

Sebab itulah juga Nabi Muhammad saw memberi pesan kepada kita. 'Apabila anak2 kamu menjelang remaja maka ajarlah mereka ilmu berenang, memanah serta menunggang kuda'.

Mengapa perlu diajar 3 ilmu ini?

1. Berenang: Apabila ribut magnetik melanda sudah pasti bumi akan memanas dan salji dikutub utara dan selatan akan mencair. Apabila salji cair sudah pasti airlaut akan naik 30 meter dari paras sekarang. Kuala Lumpur (Masjid Jamek) berada pada paras 27.5 meter dari paras laut). Banyak kawasan lain akan tenggelam dan pada waktu itu sesiapa yang tidak tahu berenang sudah pasti tidak dapat menyelamatkan diri.

2. Memanah: Apabila bumi memanas maka gunung berapi akan meletus dan akan menggegarkan banyak tempat rosak atau musnah teruk. Pada waktu itu juga akan berlaku tsunami yang lebih besar dari tsunami 2003 dulu. Bangunan runtuh. Kawasan rendah tenggelam. Kebanyakan stok makanan berada ditempat rendah. Pada waktu itu barang yang paling perlu ialah makanan. Untuk menjaga makanan kita harus tahu memanah atau melontar batu seperti kekanak Palestin buat. Jika tidak sudah pasti gerombolan yang ganas dan dalam keadaan lapar akan merampas makanan kita.

3. Menunggang Kuda: Bila gempabumi kuat sudah pasti banyak jalanraya yang patah atau roboh. Cara yang paling sesuai untuk menjelajah dari satu tempat kesatu tempat ialah dengan kuda. Sesiapa yang tidak tahu menunggang kuda atau kerbau maka ia akan berjalan kaki untuk mencari makanan guna menyambung hidup.

Walaubagaimana pun suka Tok nak menasihatkan rakan serta sahabat supaya memelihara naskhah Al Quran dan Hadith. Balut ia dengan kertas plastik baik2 dan letak (ikat) ditempat selamat seperti diatas dahan pokok diatas bukit2 yang tidak dikunjungi manusia supaya apabila diperlukan naskhah tersebut dapat dibuka semula untuk dibaca. Semua Al Quran dalam bentuk CD dan VCD sudah tidak berguna pada waktu itu dan kita tiada rujukan kerana bencana besar akan melanda bumi.

Selain dari itu beringatlah kita semua agar memperbanyakkan tanaman yang boleh dijadikan makan lebih banyak disekeliling rumah kita. Jangan biarkan tanah terbiar tanpa tanaman kerana itu pembaziran.

Dan jika makanan yang cukup untuk dimakan oleh 3 orang itu sebenarnya jika ada atetamu memang cukup juga untuk dimakan oleh 7 atau 8 orang. Ingatlah setiap rezeki datangnya dari Allah. Dengan izin Allah rezeki yang sedikit boleh menjadi banyak tanpa dapat kita melihat.

Seperkara yang akhir yang Tok nak pesan ialah walaupun keadaan huru-hara yang amat dahsyat tetapi jangan lupa itu semua kehendak Allah Azza Wajalla. Semua perintahnya musti kita turuti terutama solat 5 waktu sehari semalam.

Mudah2an kita semua diberi Rahmat dan Hidayah oleh Allah swt.


Salam Ukhuwah..~



Thursday, October 21, 2010

niat xmenghalalkan cara

First Article : ISLAMIK FASHION SHOW ALA 1MALAYSIA




PARAGAWATI " NON MUSLIM " MEMPERAGAKAN FASHION UNTUK
MUSLIMAT DI AKHIR ZAMAN

Oleh: Pria Malaya
Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi)..sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..

Penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..wallahua'lam..
APA SILAPNYA PARAGAWATI DAN FASHION YANG DI PERAGAKAN
APAKAH KINI BETIS PEREMPUAN BUKAN LAGI AURAT?
TETAMU LELAKI TURUT MENIKMATIK KEINDAHAN PARAGAWATI
SEMUA NYA MENONJOL
WALAUPUN SEBELAH BELAKANG AURAT TETAP AURAT
SUNGGUH MENGANCAM
LAGI MENGANCAM
ROSMAH BOLEH DIPEGANG OLEH RAKAN NAJIB
NAJIB DAN ROSMAH TERSENGEH MENDENGAR CELOTEH KEJAYAAN YAHUDI
MEROSAKAN AQIDAH UMAT ISLAM













Apakah kini Islam terus di uji dengan ujian yang direka sendiri oleh kaum Islam?

Second Article : Memo Taubat Buat Rosmah

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya . 
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa  Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta  bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri  memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri  berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri   . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam  ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang  baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla. 
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13.  Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang  saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam  dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .
Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disaran mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Pesta Fesyen Islam atau Islamic Fashion Festival (IFF), lapor Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada seorang daripada peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Katanya, walaupun dilabelkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" soal Lo' Lo'. 

Fourth Article : Demi Glamor Rosmah Sanggup Hina Islam



rm7SHAH ALAM 21 Okt - Dalam usaha merebut perniagaan global dalam bidang fesyen Islam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa memperdagangkan agama dan tidak memperdulikan batasan syarak demi mengapai julukan 'jaguh busana Islam'.

Keadaan ini terserlah apabila beliau sebagai Penaung Festival Busana Muslim menghadiri pertunjukkan fesyen bagi memperagakan pakaian Islam di Monte Carlo, Monaco Ogos lalu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi bukan nilai budaya kesederhanaan agama yang ditonjolkan tetapi pendedahan aurat yang jengkel dan menjelekkan.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Rosmah terpengaruh dengan pendekatan apologetik apabila berdepan dengan isu pakaian cara Islam.

"Rosmah apologetik apabila cuba memperkenalkan fesyen islam di dunia Barat. Baginya kalau Barat ada fesyen, Islam pun ada fesyennya tersendiri. Justeru itu beliau gagal memahami apa yang dilakukan tanpa merujuk kepada pakar agana dan syariah apakah batasan sesuatu itu sehingga boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.rm1

"Malah dalam usaha hendak mempromosi agendanya Islam di gunakan seweang-wenangnya," tegas Dr Muhammad  ketika dihubungi Suara Keadilan.

rm11Beberapa keping gambar yang diambil semasa pertunjukan fesyen tersebut telah dipaparkan dalam blog dan laman web yang mempamerkan wanita Barat memakai apa yang dianggap busana Islam tetapi tidak langsung mencerminkan keadaaan sebenar.

Malah seorang peragawati memakai gaun panjang yang jarang dengan logo bertulisan Arab di dada dengan nama Nabi Muhammad SAW dalam posisi terbalik.

Pertunjukan fesyen yang dinamakan 'Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show' diadakan di Monaco Sporting Club, Monte Carlo pada 10 Ogos lalu yang turut di hadiri Prince Albert II, penguasa Prinsipaliti Monaco.

Sejak dimulakan pada 2006, IFF telah mengadakan pertunjukan di Jakarta, Dubai, Abu Dhabi dan New York dengan memperagakan hasil karya fesyen lebih 200 pereka.


 

Wednesday, October 20, 2010

tarian poco2..ketahuilah..

Asssalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tentang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
 Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM. .. Allah lbh mengetui..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...