mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Friday, April 8, 2011

Makna 'Selisih Malaikat 44'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBr2j0FRiPQmF-JWXNXA1i9QPSVKKvYKpSkcqiXvlqnvQdYJ3PfcpkJma6ItUQ1oENc6RcosqJ5M3_xBK6Wcntz0S5sCGJ2349uWs2ocO5wCCVizDEXMPTr7-MaJrgQhJ_2n_1nBNbzcyX/s1600/20100319080536-kilafah.jpg 
‘Selisih malaikat 44’ atau ‘minta simpang mailakat 44’, biasanya disebutkan oleh orang-orang tua dalam dalam novel dengan tujuan supaya dapat dielakkan dari bala, masalah atau musibah. Mutakhir ni dah macam trend plak alam skrip drama-drama tv dan filem-filem melayu, balik-balik ‘Selisih malaikat 44’, tapi apa maknanya? Siapa malaikat 44? Malaikat ke 44 atau bilangannya sebanyak 44? Takkan plak nak minta simpang dari malaikat 44, kalau nak minta jauh atau simpang ni baik minta dijauhkan dari syaitan atau iblis. Kalau nak berlindung plak, sebagai ummat Islam kita diperintahkan supaya minta berlindung dengan Allah dan bukannya dengan minta berlindung dengan malaikat, firman Allah:
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-A`raaf:200]



Namun dalam merungkai makna dan erti ‘selisih malaikat 44’ ni tidaklah semudah yang disangka walaupun sudah dengan menggunakan menggunakan khidmat Pakcik Google sebagai enjin pencarian tercanggih buat masa ini. Walau bagaimanapun kebanyakannya tak memberi jawapan sama ada yang munasabah atau sebaliknya. [ So..adakah sahabat-sahabat tahu apa maknanya ‘simpang malaikat 44’??? Kalau sesaper tau maknaner kongsi2 lah yek.. bleh bgtau kt komen bawah artikel ni ;) ]
Perkara sia-sia sebegini sekiranya dibiarkan ini boleh membawa kepada satu kepercayaan atau amalan baru masyarakat Islam sedangkan amalan dan kepercayaan orang Islam adalah berlandaskan al-Quran dan hadits Nabi s.a.w.
٢حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّهُ سَمِعَ عُمَرَ الْغَدَ حِينَ بَايَعَ الْمُسْلِمُونَ أَبَا بَكْرٍ وَاسْتَوَى عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشَهَّدَ قَبْلَ أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَمَّا بَعْدُ فَاخْتَارَ اللَّهُ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي عِنْدَهُ عَلَى الَّذِي عِنْدَكُمْ وَهَذَا الْكِتَابُ الَّذِي هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَكُمْ فَخُذُوا بِهِ تَهْتَدُوا وَإِنَّمَا هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَهُ
Yahya bin Bukair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Laits telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Uqail daripada Ibnu Syihab, katanya: Anas bin Malik telah menceritakan kepada saya bahawa beliau mendengar Umar pada hari keesokan daripada orang-orang Islam berbai`ah kepada Abu Bakar. Beliau berada di atas minbar Rasulullah s.a.w. di mana beliau bertasyahhud sebelum Abu Bakar lalu berkata:
أَمَّا بَعْدُ Maka Allah telah memilih untuk Rasul-Nya s.a.w. apa yang ada padanya daripada apa yang ada pada kamu. Inilah kitab yang Allah telah pimpin dengannya Rasul kamu. Oleh itu kamu berpeganglah dengannya supaya kamu beroleh petunjuk yang Allah berikan kepada Rasul-Nya.” [Riwayat Bukhari]
Jelaslah daripada hadits ini bahawa agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sudahpun sempurna dan tidak memerlukan apa-apa penambahan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
١٠حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ مُرَّةَ سَمِعْتُ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيَّ يَقُولُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَ { إِنَّ مَا تُوعَدُونَ لَآتٍ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ }
Adam bin Abi Iyaas telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Amar bin Murrah telah menceritakan kepada kami, katanya: Saya mendengar Murrah al-Hamdani berkata: Abdullah berkata:
Sesungguhnya cerita yang paling baik adalah cerita daripada kitab Allah dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan Muhammad s.a.w. dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara yang baharu/direka-reka dan {Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti akan datang dan kamu tidak akan dapat mengelakkan diri daripadanya.” [Riwayat Bukhari]
Jadi.. dari mana pula datangnya kepercayaan ini. Sebenarnya banyak lagi kepercayaan yang dipercayai oleh masyarakat melayu zaman dulu-dulu antaranya:
  • golek kelapa atas perut orang mengandung untuk memudahkan proses bersalin
  • pantang larang seperti: tidak boleh menyapu diwaktu malam kerana boleh membawa kepapaan, tidak boleh potong kuku waktu malam kerana ini juga boleh membawa kepapaan dan macam2 lagi
Dan banyak lagi, selisih malaikat 44 ni kita bleh la masukkan sekali sbb setakat ni tiada jawapan bernas untuk merungkai maknanya.
Kenapa malaikat?
Dalam banyak-banyak makhluk, makhluk yang bernama malaikat yang diminta selisih/simpang, tapi kenapa malikat? Adakah sebab malaikat adalah mahkluk Allah yang sangat taat kepada Allah?
Malaikat adalah makhluk Allah yang dijadikan daripada Nur, apa yang dituntut oleh Islam adalah supaya beriman dengan Malaikat, ini jelas berdasarkan sebuah hadits riwayat Imam Muslim menyebutkan:
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Ceritakan kepadaku tentang iman”.
Nabi s.a.w berkata: "Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan engkau beriman dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya". Kata lelaki itu: “Benar engkau”.
(Petikan dari sebuah hadits yang agak panjang, klik untuk hadits lengkap)
Kesimpulannya, kita wajib:
  1. Beriman dengan Allah
  2. Beriman dengan malaikat
  3. Beriman dengan kitab-kitab
  4. Beriman dengan rasul-rasul
  5. Beriman dengan hari akhirat
  6. Beriman dengan dengan Qadar (takdir), baiknya dan buruknya
Jelaslah kita dituntut untuk beriman dengan malaikat dan bukannya minta simpang atau selisih dengan malaikat 44, 100 maupun 1000
Wallahua`lam,

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...