mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Tuesday, January 24, 2012

Hana Tajima dan Hanis Zalikha

Hana Tajima : Gaya tudung gadis UK ini makin menjadi ikutan gadis Malaysia.
Siapa Hanis Zalikha ?





Apa yang membuatkan pengunjung leka adalah gaya penulisan Hanis yang santai.





GADIS yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter, Hanis Zalikha Zainal mempunyai daya tarikan tersendiri. Justeru, tidak hairanlah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor ini berjaya mencuri perhatian ramai untuk melayari blog peribadinya.
Sekiranya anda berkesempatan untuk singgah ke lamanhttp://inibelogsaya.blogspot.com, ia adalah blog yang menceritakan hal-hal kehidupan biasa yang dilalui Hanis.
Apa yang membuatkan pengunjung leka melayari blog tersebut adalah gaya penulisannya.
"Saya gemar menulis sejak kecil. Untuk penulisan blog, saya pastikan ia tidak membosankan. Sebab itulah, ayat yang digunakan agak 'berterabur'. Ini kerana saya merasakan ia sesuai dengan laman blog berkonsep santai dan sederhana.
Kisah menarik
"Mungkin sebab itulah, ramai yang gemar mengikuti perkembangan isi kandungan blog saya dari semasa ke semasa sehinggakan mampu mencapai 3,725 pengikut setia," katanya kepada Kosmo! di Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.
Namun, Hanis telah menetapkan pendirian bahawa dia tidak akan berbicara mengenai cinta di dalam blognya. Ini kerana dia berpendapat, coretan sebegitu akan menimbulkan jemu.
Jadi katanya, cukup sekadar dia mempamerkan gambar dan kisah-kisah menarik dia bersama keluarga dan rakan-rakan. Mengakui lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga berbanding dengan rakan-rakan, Hanis berkata:
"Waktu cuti, saya suka duduk di rumah dan tolong emak membuat kuih. Saya juga suka ambil alih tugas emak untuk menjaga anak kawan baiknya," katanya sambil meriba bayi perempuan tersebut.
Baru berusia 19 tahun, Hanis yang mempunyai perwatakan agak matang dari usia sebenar, langsung tidak pernah menyangka blog yang berusia hampir setahun itu mampu menarik minat pengunjung.
Lebih membanggakan, jumlah peminat yang berjaya diraih oleh Hanis setakat hari ini adalah seramai 5,840. Biasanya, jumlah tersebut amat jarang diperoleh oleh blog-blog lain yang memilih konsep perihal peribadi empunya diri.
Anugerah blogger
Pencapaian itu melayakkan Hanis menerima pencalonan dalam anugerah selebriti terbaik anjuran Nuffnang Asia Pacific Blog Awards. Walaupun tidak menang, anak kedua daripada enam adik-beradik itu masih mampu tersenyum.
Keputusan pertandingan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menyajikan cerita-cerita menarik kepada para pengunjung. Hanis merupakan salah seorang blogger dari Malaysia yang bersaing dengan blogger Filipina, Thailand dan Singapura.
"Mungkin masih belum ada rezeki untuk saya raih anugerah sebegini. Saya akui, saingannya sangat sengit memandangkan peserta dari Singapura merupakan selebriti blogger yang dikenali ramai.
"Saya masih lagi mentah dan perlu banyak belajar. Nama pun belum dikenali ramai," jelasnya yang juga seorang peragawati sambilan.





Peluang yang diberikan itu bukan semata-mata digunakannya untuk menyertai pertandingan, sebaliknya Hanis beranggapan sudah tiba masanya untuk dia mengenali blogger lain dan belajar apa yang diperlukan untuk menjadi blogger terbaik.
Tip yang diperoleh membataskan dirinya untuk tidak menceritakan sesuatu yang tidak berasas. Hanis juga mengambil kesempatan untuk mengenali dunia luar dengan melihat sendiri budaya penduduk Singapura yang menjadi lokasi berlangsungnya pertandingan berprestij itu.
"Siapa yang tidak seronok dapat masuk pertandingan dan boleh bersiar-siar di tempat orang. Lebih menarik, saya masih lagi pelajar. Jadi, peluang sebegini memang seronok kerana saya dapat bercuti secara percuma," ujarnya sambil ketawa kecil.
Pilih bahan
Jika dilihat dari segi susun atur kandungan blog itu, anda mungkin suka dengan beberapa petua yang disediakan. Adakah petua yang dipaparkan itu berkesan atau sebaliknya?
Hanis menjelaskan, antara aktiviti yang sering dilakukan sebaik sahaja melayari Internet adalah mendapatkan sebanyak mungkin petua-petua menarik.





"Memang banyak... taip sahaja perkataan petua, beribu-ribu petua akan keluar di skrin. Jadi, saya akan pilih yang mana saya berminat sahaja," ulasnya.
Kemudian Hanis akan mencuba terlebih dahulu petua yang telah dipilih. Jika benar-benar berkesan, dia akan memaparkannya di laman blognya. Antara petua yang sering dipaparkan adalah tip rambut sihat dan cantik, menjadi penulis blog, solekan dan pemakaian seluar jeans.
Menurut Hanis, setiap paparan petua itu menerima banyak maklum balas daripada pembaca. Kadangkala, mereka juga meminta Hanis menyediakan lebih banyak petua yang menarik.

sumber : Kosmo


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...