mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Friday, December 18, 2009

KUHARUS BANGKIT!!!

KUHARUS BANGKIT!!!

“ Hidup ini adlh utk bsykur. Bsykur pd org yg mnyakiti krn dialh org yg mnabahkan hatimu, pd org yg xmngendhkn kamu krn dialah yg memupuk bdikari. Pd yg mnyeksamu krn dia yg mprhebat abilitimu. Pd yg myeksamu krn dia yg mnguji ksbrnmu. Bykur dgn sgala ujianNya krn itulh smber KEBAHAGIAAN ”

Ya, nureen amat byukur krn mdpt ‘hadiah’ yg sgt bmkna smperna Maal Hijrah 1431H ini. Thnx ya my friend!! =)

bsykur krn ALLAH SWT xmbiarkn nureen trus lalai n hanyut di dunia fana ini. Bsyukur krn ALLAH SWT msih mnyayangiku…

percayalah, tiada dendam dihatiku duhai sahabatku… ALLAH SWT tahu inilah caranya utk mbuatknku kmbali rapat & akrab dgnNya…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Aku redha dgn ujianNya. Moga aku trus tabah dan sabar dlm mghadapi onak & duri kehidupan, krn itulh yg mematangkn diriku.
Aku yakin dgn jnji ALLAH SWT.pastinya Dia akan mggntikn yg lbh baik pdku sua2 hari nt…
Engkau tidak mngetahui apa yg tlh kuperoleh… (rujuk post SEBUAH JAWAPAN http://hubbulillahiyah.blogspot.com/2009/10/sebuah-jawapan.html

Ku sisipkan lirik lagu PERMATA DI CARI sbg sua2 doa….

“Seandainya ditercipta utkku, dekatknlh hatinya dgn hatiku. Namun, seandainya dia bukan milikku, damaiknlh hatiku dgn ketentuanMu.Amin”


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Nureen2205
18122009
0735

Thursday, December 17, 2009

salam maal hijrah 1431 H

Salam maal hijrah...

moga tahun baru ini akan memberi sinar baru buat semua.

moga tahun ini lebih baik, cemerlang dan menjadikan kita lebih menghayati islam dengan lebih baik lagi

moga kita berhijrah kepada akhlak yang lebih mulia.

INSYA-ALLAH...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Friday, December 11, 2009

feedback (*-*)

salam

baru2 ni nureen dpt feedback dr pbaca blog hubbulillahiyah. syukran jazilan krn mberi feedback kpd nureen. rmai yg mberi feedback yg +ve ttg blog nureen ini.




alhamdulillah krn kalian mnyukai cara penulisan nureen, wpn kdg kala ada entry yg agak sukar utk difahami.

selain drp feedback yg +ve, nureen jg menantikn feedback n kritikn yg mbina drp pbaca blog hubbulillahiyah.

p/s: kpd yg mberi feedback ttg ktbhn nureen dlm mhadapi HUBBUL, tq nureen ucapkn. moga nureen n kalian turut tbh n sabar dgn ujian yg mdtg.

"setiap muslim yg tkena musibah lalu m'ucapkn ucpn yg dperinthkn oleh ALLAH: inna lillahi wa inna illahi raji'un. ya ALLAH, beriknlh aku pahala dlm musibah ini n beriknlh kpdku ganti yg lbh baik"

Thursday, December 10, 2009

alert!!!

salam.

kl kalian sk bc buku, t'utama yg ada tfsr quranul karim, di hrp rujuk blk dgn kitab suci al quran. hal ini krn tdpt buku2 yg meletakkn rjkn tfsr yg x konsisten dgn kndgn al quran.

so, be alert.

Wednesday, December 9, 2009

Akhbar Mingguan iLuvislam Edisi Pengenalan

pesona cinta



Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...

Nur Kasih, Mencari Diri



“Cikgu, jangan buat BBQ hari Jumaat malam. Kami nak tengok Nur Kasih....”, emak mengajuk kata-kata anak muridnya. Pelajar darjah enam.

Tergelak kami mendengarkannya. Namun, hati terdetik, apakah agaknya yang dipelajari oleh anak-anak berusia 12 tahun?

Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.

Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?



Perihal Anak Muda

”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.

Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.

”Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza”, komen yang lahir dari hati seorang anak muda.

”Ye tak ye juga”, hati kecil saya mengakui.

Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.

Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.

Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.


Paradigma Uda dan Dara

”Adam jahat! Adam anak setan!”, kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.

Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.

”Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”, luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.

Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.

Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).

Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.

Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!


Menganjak Paradigma

Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.

Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.

Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.

Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!



Pencarian Diri Bermula






Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!

Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.

Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.

Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.

Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.

Membentuk Diri

Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.

Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.

Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!

Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.

Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.

”Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah”, jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.




Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?


Aplikasi Buat Anak Muda


Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!

Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.

Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.

Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!

Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.





Setiap Manusia Punya Kebaikan

”Sejahat mana pun seorang manusia, dirinya masih punya kebaikan”, tazkirah ayah pada suatu petang.

”Masih ingat cerita seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang? Apabila bertanya kepada seorang ulama`, bagaimanakah dirinya hendak bertaubat. Ulama` itu menjawab, lelaki itu tiada harapan, hanya layak ke neraka.”

”Maka beranglah lelaki tadi lalu dibunuhnya ulama` itu, mencukupkan 100 orang. Kemudian, lelaki itu berjumpa ulama` yang kedua. Soalan yang sama diajukan. Jawapan berbeza diberikan.”

”Kamu masih punya harapan untuk bertaubat kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang. Taubat nasuha”, begitulah berbezanya jawapan ulama` kedua. Jawapan penuh dengan kasih sayang. Dengan izin Allah jua Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Lihatlah manusia dengan kasih sayang. Kata orang, ”Hate the sin, not the sinner”.

Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.

Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.

Syaratnya diri sendiri!

www.iLuvislam.com

jika aku jatuh cinta...

Thursday, November 26, 2009

in progress

salam. my blog wif new look...but still in progress. i hv a lot of work 2 do dis sem break...sory guys

Tuesday, November 17, 2009

ya Tuhan!Tabahkan hatiku...

salam. pagi td nureen melayari sawang facebook yg kian hangat di klgn muda-mudi skrg...tnpa drncng nureen tlht gmbr yg amt mngecewakn...

ptg td nureen kuar mgmbl adk di ipts-nya...br hbs exm. sblm blk umh, nureen snggh di kdai buku..




dua buku ini tlh jd plhn nureen utk memilikinya...iktkn ht nk gak bl KETIKA CINTA BERTASBIH 2 & AYAT-AYAT CINTA.tp, nt la dl....dlm smpnn nureen ni ada beberpa buah buku yg blm di bc lg...=)

slain kitab suci n solat snt, bukulh yg mnguatkn hati ini utk trus tbh n sbr dlm mdepani ujian drNya.

moga nureen trus tbh n kuat di ms2 mdtg.amin

Friday, November 6, 2009

bercinta sampai ke syurga

salam. nureen br shj usai exam risk mgt...alhamdulillah... bg menghiburkn ht nureen singgah ke kedai buku dan ternmpk buku "BERCINTA SAMPAI KE SYURGA". da lm nk bl buku ni, skrg br dpt...=)



juz 1 more paper 2 go - economic geography... 9 nov ni jam 2.15 ptg. mlmnyer nureen akn btolak blk...

3 more days to go home.

Monday, October 19, 2009

WELL DONE, NUREEN!!

Salam. “WELL DONE” e2lh kt2 dr lec nureen. bkn mdh nk dpt pujian dr mdm. Bkn mdh nk bt mdm sk. And, I make her like my speech which title, “Drug Therapy: Medication for Parkinson’s disease”. Spjg bt “kajian” ttg tjuk ni, nureen rs mcm ambl kos farmasi je. Mn xnyer nureen pnya rujukn 10 rujukan. Penat gak nk bc sume2 2. Tmbh2 lg byk perkataan sains dignkn. Most of my classmates pn tkjt dgn tjuk speech nureen cz nureen berani plh tjuk 2.huhu. tp, ia sgt b’baloi..=). Di sini nureen sertakan speech yg tlh nureen present.

*******************************************************************************************

INTRODUCTION

Mdm. Hjh Begum binti Ibrahim & my fellow classmates. Assalammualaikum w.b.t and a very good morning.




Muhammad Ali. By looking at his picture and listening his name, I’m sure all of you know him. Muhammad Ali is the most recognizable face in the world. Muhammad Ali, who was a championship boxer, was considered as one of the best fighters of all time. Unfortunately, as he plain for the entire world to see, Muhammad Ali is sick. He can barely speak; he can barely walk without assistance; his hands tremble and shake. It’s almost painful to juxtapose Muhammad Ali’s current state with that of his “float like a butterfly, sting like a bee”. Guess, what was happening to this man. He has Parkinson’s syndrome, a neurological condition that affects motor and speech control.

According to the book Understanding Parkinson’s disease by Richard Rosenbaum, Kampavata which in Sanskrit means “tremor and lack of muscular movement” is another name for Parkinson’s disease. The symptoms of kampavata are slow movement, drooling, reptilians stare, tremor, constant somnolence, rigidity and dementia. The question is, do Parkinson’s disease can be cure? How it will be cure? Today, I’m standing here to answer your questions. I’m here because I want to share with you about the medication for Parkinson’s disease using drugs therapies which are levodopa, dopamine agonist and enzyme inhibitors. Let’s start with levodopa first.



1: LEVODOPA

As define by neurology health and cares, one of the drugs that use in the medication of Parkinson is levodopa (L-dopa). Levodopa which replaces the dopamine is the single most effective treatment for the symptoms of Parkinson’s disease. It is a building block in the process that brain cells use to manufacture dopamine. L-dopa therapy usually remains effective for five years or longer. Levodopa is so effective that some people may forget they have Parkinson’s. But levodopa is not a cure. According to George Cotzias, dopamine in the blood does not get into the brain. The levodopa must be use with carbidopa. Carbidopa does not enter the brain, blocks the enzyme that converts levodopa into dopamine in other parts of the body. By restricting the release of dopamine in the stomach, carbidopa greatly decrease the unpleasant side effects associated with levodopa alone.

Everything has pro and contra. Although L-dopa is so effective, it comes with side effects. Nausea and vomiting appear when the dose of carbidopa is not large enough to control these side effects. Nausea and vomiting effects can be reducing by taking drug with a light meal or snack. Meanwhile, involuntary movements (dyskinesias) such as tics, twisting and restlessness effect can only are controlled by lowering the dose of levodopa or, doing the surgery in some cases.

2: DOPAMINE AGONISTS

Besides using levodopa as a drug theraphy, there is other way to cure the Parkinson’s disease which is dopamine agonists. Dopamine agonists is the chemicals that mimic the role of dopamine in the brain are commonly used alone to treat early Parkinson’s disease or using together with levodopa to treat advanced Parkinson’s disease. This kind of treatment imitates the action of dopamine in the brain and cause nerve cells to react as if dopamine were present.

There are four types’ dopamine agonists that are available in the medication of Parkinson’s disease. The four dopamine agonists are Pramipexole, Ropinirole, Bromocriptine, and also Pergolide. Pramipexole and Ropinirole are non-ergot dopamine agonists meanwhile Bromocriptine and pergolide are ergot-derived dopamine agonists.
Pramipexole and Ropinirole may be used as a “first-line” treatment, as a main treatment, particularly for people with young onset. At first, patients will fall asleep while driving and it can produce daytime sleepiness when taking one of these drugs. Meanwhile, Bromocriptine and pergolide can cause fibrotic changes in the lungs after prolonged use but these symptoms are reversible if the drug is stopped. Besides, it also can cause a condition in the lower legs that makes Parkinson’s patients red, hot and painful.

3: ENZYMES INHIBITORS

Now we already know two types of drug that can help in the medication of Parkinson’s disease. I’m sure you are wondering what is the last drug that been using in medication of Parkinson’s disease. There are two types of enzymes inhibitor which are monoamine oxidase B (MAO-B) inhibitor and catechol-O methyltransferase (COMT). This 2 enzymes are compounds that impair the breakdown of dopamine and thus increase the amount of dopamine that is available to neurons. The MAO-B inhibitors, such as selegiline and rasagiline, prevent the enzyme MAO-B from breaking down dopamine in the brain itself. Selegiline may delay the need for stronger drugs, possibly by exerting a mild counter effect or by protecting neurons from damage. Rasagiline is a newer medication that is more selective, more potent, and has less action outside the brain, thus decreased peripheral side effects.

The COMT is blocked or inhibited, for example, more levodopa can reach the brain’s motor control system. The COMT inhibitor particularly helpful for people with motor fluctuations. COMT inhibitors increase the amount of levodopa entering the brain and prolong its effects. Entacapone (brand name Stalevo) is a new dopamine replacement therapy that combines the COMT inhibitor with carbidopa/levodopa. Another COMT inhibitor, tolcapone (brand name Tasmar), is available but has been associated with serious liver damage in some persons.

CONCLUSION

To sum up my speech today, Parkinson’s disease is a neurological condition that gets worse over time. Although there are several ways to cure the disease, such as drug therapy and surgical techniques, it will give the Parkinson’s patient a numbers of side effects. According to World Health Organization (WHO), research is continuing into the use of fetal brain tissue implants, but as yet the results are inconclusive. But, the Parkinson’s patient must always remains optimistic and do not blame to the God for what had happened to them.

BIBLIOGRAPHY

Book
Richard B. Rosenbaum (2006). Understanding Parkinson’s disease: A Personal and Professional View.
Article
Punit Agrawal, “Understanding Parkinson’s Disease Medication”, NetWellness. December Newspaper
Anthony Thanasayan, “Positive Outlook”, The Star. September 17, 2009.
11, 2006.
Internet Sources
About.com. “Dopamine Medications for Parkinson’s Disease” by Patrick Mc.Namara, Pd. D. (May 14, 2009) Retrieved October 5, 2009 from http://parkinsons.about.com/od/treatmentoptions/a/dopamine_meds.htm
Associated Content. “Muhammad Ali's Battle against Parkinson's syndrome: Is Boxing To Blame?” by Jason Medina. (November 06, 2007) Retrieved October 5, 2009 from www.associatedcontent.com/article/436969/muhammad_alis_battle_against_parkinsons_pg3.html?cat=25
Harward Special Health Reports. “Medications for Parkinson’s Disease” Retrieved October 5, 2009 from http://galenet.galegroup.com/servlet/HWRC/hits?r=d&origSearch=true&bucket=ref&rlt=1&o=&n=10&l=d&searchTerm=2NTA&index=BA&basicSearchOption=KE&tcit=1_1_1_1_1_1&c=8&docNum=A138818438&locID=uitm_pj&secondary=false&t=RK&s=1&SU=parkinson
Health Medication. “Medications Used to Treat Parkinson’s disease” Retrieved October 5,
2009 from http://www.ehealthmd.com/library/Parkinsons-Disease/PD_medication.html
Neurology Health and Cares. “What Medications are Available to Cure Parkinson’s Disease” Retrieved October 5, 2009 from http://neurology.health-cares.net/parkinsons-disease-medications.php
Spring 2008. “Medications for Parkinson’s Disease: What’s on the Horizon?” By David B. Sommer, M.D., M.P.H., and Mark A. Stacy, M.D. Retrieved October 5, 2009 from http://www.pdf.org/fall08_medications
World Health Organization. “Parkinson’s Disease – A Unique Survey Launched” (October 14, 1998) Retrieved October 5, 2009 from www.who.int/inf-pr-1998/en/pr98-71.html

Nureen2205
2000
16102009

Monday, October 12, 2009

KETIKA DERITA MENGABADIKAN CINTA

Sedang nureen penat dan bosan menyiapkan speech yg btjuk “Drugs Therapy in medication for Parkinson’s disease”, (inilah dugaan bgn di awal pg) nureen mengalihkan tumpuan seketika pada sesuatu yg nureen gemari – membaca. Sedih dan gelisah bila nureen xdpt nk pnjm buku kt lib. Kutenung shj buku Khalid bin Al-Walid dan satu lagi judulnya yg nureen dh lupa bl staff lib mengatakan nama nureen di’blacklist’. Aduh…erm, ni la xtlg kwn pn slh, tlg kwn pn slh. Lnts nureen mghntr sms kpd rakan nureen yg meminjam buku atas nama nureen dan memaklumkan bhw bukunya dh over due. Jd, utk mhiburkn hati, nureen mbuku folder enovel di dlm lptp. Slps meneliti beberapa novel karya Habiburrahman, Feisal Tehrani dan beberapa penulis yg lain, nureen memilih novel karya Habiburrahman yg bjudul “DI ATAS SEJADAH CINTA”. Kpd sesiapa yg bminat utk mperoleh softcopy novel ini blh la berikan almt email pd nureen.



satu lagi cerpen yg menarik hati nureen ialah “UNTUKMU” yg disiarkan di www.iluvislam.com . cerpen ini prnh nureen bc malah print utk bacaan para shbt2. Inilah prkr2 yg nureen lakukan bl hati gundah gelana selain solat2 sunat dan ibadah khursus yg lain. Melalui pbacaan2 beginilah nureen dpt pujuk hati ini. Apatah lg sdg nureen leka menyiapkn speech yg nureen prlu bentang seminggu lbh awal, iaitu pd pg Jumaat ini, nureen mdpt pesanan ringkas. Msg yg cukup ringkas dan mdh difahami, namun kesannya…hnya ALLAH yg th. Cukuplh ALLAH yg th ape yg tsirat di hati ini dan hnya kpdNya-lah nureen mengadu agar diberi ketabahan dan kekuatan dlm mendepani dugaan dan ujian. Sebaik shj mbaca isi kndgn msg tsebut, nureen segera mdirikan solat sunat dhuha, mengadu pd Yang Esa. Di sini nureen titipkn beberapa potong ayat Al-Quranul Karim sbg renungan kita bersama ketika mghadapi ujian dariNya. (rujuk entry JAWAPAN DARI TUHAN utk lbh lanjut)

“wahai org2 yg b’iman! Bsbrlh kamu (mhadapi sgl ksukaran dlm mngrjakn perkara2 yg bkebajikn), dan kuatknlh ksbrn kamu lbh drp ksbrn musuh, di medan pjuangan), dan bsedialh (dgn kkuatan kamu kpd ALLAH spy, kamu bjaya (mcapai kemenangan).” (surah Ali Imran:200)

“dan mintalh ptolongn (kpd ALLAH) dgn jln sbr dan mngerjakn smbhyng; dan sesungguhny smbhyg e2 amatlh berat kecuali kpd org2 yg khusyuk”
(surah al-Baqarah:45)

“sesngghnya ALLAH tlh mbeli drp org2 mukmin, diri, harta mrk dgn mberikn syurga utk mrk…” (surah at-Taubah:111)

“cukuplh ALLAH bgku, tidak ada Tuhan selain drpNya. Hanya kpdNya aku btawakal.” (surah at-Taubah:1129)
Nureen2205
0859
11102009

Jika ia sebuah cinta

Jika ia sebuah cinta..
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak menyeka
namun sentiasa menguji

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak cantik
namun semtiasa menarik...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hanya berjanji
namun sentiasa cuba memenangi...


Jika ia sebuah cinta...
ia mungkin tidak suci
namun sentiasa harmoni...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan..
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

Untukmu*

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.


________________________________________

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
________________________________________

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
________________________________________



Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,
"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.
TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...

Petikan dari : http://www.iluvislam.com/

TANGGATHON

Dek krn t’kilan xdpt join “TANGGATHON” pd minggu lps krn bertembung dgn wak2 kls, nureen bt tanggathon anjrn sndr (hehe…sbnrnya dua2 lif kt apartment nureen rosak). Oleh sbb kain utk dibsh sdh pn berada di pantry room tingkt 1, nk xnk nureen kna la trn mskkn kain dlm mesin basuh. Usai memasukkn kain dlm mesin basuh, nureen memulakan ‘tanggathon’, mendaki anak tangga sebyk 10 tingkat. Aduh, naik longgar lutut den naik tngga tnpa henti ni. Peluh pn blm hilang lg ni.



Cerita ttg ‘tanggathon’ ni teringat plak nureen pd perisiwa gempa bumi di Padang. Aik? Ape kaitan plak ‘tanggathon’ dgn gmpa bumi di Padang ye? Sbbnya…nureen pn rs gegaran tu…sdg enak beristirehat di katil, nureen terasa katil nureen diayungkn…terasa mcm berada dlm buaian plak. Terus pening dan berdenyut2 kepala nureen. ingtkn hnya khayalan nureen sje, rupa2nya reality. Housemate nureen dtg dan memberitahu dia mengalami perkara yg sm. Shbt kami yg sorg lg pn merasakn benda yg sm. Siap pegang almari baju dia spy tidak bergoyang =). Seketika kemudian kami pintu rumah kami diketuk oleh maintance apartment. Menyuruh kami segera trn b’kmpl di bwh. Kami diarah menggunakan tangga sbg langkah keselamatan. Bdebarnya hati kami hnya ALLAH shj yg th. Jenuh kami menuruni anak tngga dr tingkt 10 hngga la ke ground floor. Hampir 2 jam kami berada di bwh, sblm disahkan apartment kami slmt diduduki oleh pihak bomba. Pape pn fobia dan trauma ttp ada, w/pn sedikit. Sem dpn kami da nk pndh kuar dr aptmnt ni. Wpn pndgn di rumah kami sgt cantik, keselamatan kami lbh utama.



Nureen2205
0932
11102009

Thursday, October 8, 2009

dia selesema cikgu =(




salam. setiap selasa kls nureen penuh. dr pg smpai la ptg. pas2 g bkak puasa dgn classmates. sms kls bahasa arab, ustaz kata ada test. semua terkejut cz xth pape. ms jwb test nureen rskn xsdp bdn. running nose...blk umah terus mkn ubat. lps solat isyak terus tdo. da lm xdemam..dis few days mmg rs xsdp bdn..nureen dpt rasakn bahang badan nureen sndiri..today, ada test. esok pn ada..ni curi2 ms kt lib aras 12. classmates still duk test geog..

nureen2205
0935
08102009

Monday, October 5, 2009

JOM QIAMULLAI!!!

Qiamullai. Byk klbhnnya, byk untungnya…namun bkn semua yg snggup bgn sepertiga mlm smata-mata utk sujud dan sembah kpd ALLAH Yang Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih. Ya Allah! Jadikanlah kami hambaMu yang cenderung dan mudah utk bangun pada malam hari utk sujud dan sembah kepadaMu. Para nabi, rasul serta sahabat2 pd zaman dahulu sgt menitikberatkn solat di keheningan malam. Malah Tariq bin Ziad memilih orang yg tidak pernah meninggalkn solat tahajjud sbg pejuang Islam di medan perang.
Tapi, bagaimana cara yg mudah lagi berkesan utk kita bgn sepertiga malam? Di sini, nureen ingin kongsi tips utk bgn tahajjud.

1) Niat utk bgn beribadat ikhlas kerana ALLAH SWT
2) Mendirikan solat sunat atau sentiasa berdoa supaya dipermudahkan utk qiamullai
3) Kunci jam (bg yg sukar dgr @ tutup blk jam, nureen sarankan kalian utk letak jam @ hp di tempat yg memerlukn anda bangun dr katil utk menutup jam tsebut. Utk memdhkn lg, setkan bnyi jam kpd bnyi yg amat membingitkn telinga anda spya anda sakit telinga dan perlu bgn utk tutup bnyi jam loceng anda)
4) Tidur sekejap di siang hari dgn niat utk b’ibdt di malam hari
5) Mengetahui kelebihan qiamullai dan lahirkn rasa menyesal dan rugi jika anda tidak bgn beribadat
6) Niat utk bgn qiamullai dgn bersungguh. Ia mestilah dtg dr ht anda sendiri, bknnya didorong olh org lain.


nureen tahu bkn senang utk bgn dr tidur yg lena.yg penting, jgn cpt pts asa..kl hr ni xbgn, esk cuba lg.teruskn berusaha sehingga qiamullai mjd suatu kemestian bg kita.insyaALLAH. selangkah kita menuju Ilahi, seribu langkah Dia kpd kita.

Akhir kalam dr nureen, marilah kita sama2 mjdkn qiamullai sbg amalan harian kita. Di saat inilah kita ingin berdua2 dgn ALLAH SWT, ingin menyemai rasa cinta pada Yang Esa… di saat inilah masa yg sgt sesuai utk kita meluahkan hati kita pada Yang Penyayang…meluahkan perasaan yg gundah gulana. Bila kita merasai nikmatnya beribadah kepadaNya, kita xkan tinggalkan solat malam. Pastinya kalian akan menyesal bl kalian tidak bangun utk solat tahajjud. Pasti kalian akan tetap bgn walaupun penat dan rasa belum cukup puas tidur. Begitulah rasanya bl hati dh jatuh cinta…moga cinta kita pada ALLAH SWT mengatasi segala2nya.amin

SELAMAT BERQIAMULLAI!!!

Nureen2205
0738
04102009

SEBUAH JAWAPAN

Kuinginkn sebuah jawapan,
Sebuah jawapan kepada teka-teki,
Sebuah jawapan dari penciptaKu,
Sebuah jawapan yg membuatku yakin.

Akan kupohon padaMu Ya Rabb,
Akan kesetia tadahkan tapak tanganku,
Akan kuterus berusaha,
Sehinggalah kumiliki sebuah jawapan.

Kuinginkan sebuah jawapan,
Sebuah jawapan yang memberiku keyakinan,
Agar aku bias membuat keputusan,
Agar aku tidak menyesal dikemudian hari.

Akan kupohon padaMu Ya Tuhanku,
Walaupun berbulan masa yg aku perlukan,
Walaupun memakan masa bertahun,
Moga aku terus istiqomah dalam usahaku.



luahan hatiku
0702
04102009

FITRI SELAWAT




Assalamualaikum wbt kpd pengunjung2 blog hubbulillahiyah. Smlm, nureen sempat membeli cd FITRI SELAWAT (anggota kump UNIC). Album ini adlh percuma dgn pembelian buku hadith2 plhn. Dlm buku HADITH-HADITH PILIHAN ini tkndung kpntgn doa & selawat serta doa-doa pilihan.Teringin gak nureen nk beli album tbaru kmpln UNIC, yang bertajuk LANGKAH TERCIPTA, ttpi mmndngkn nureen xmbw duit, maka cd FITRI SELAWAT shj yg dpt nureen beli.



nureen2205
0627
04102009

KONSERT “SERIBU LANGKAH TERCIPTA”

Hujung mnggu ini nureen xpnya byk ms rht. Smlm, nureen mghadiri MAJLIS HARI RAYA anjuran fakulti nureen iaitu FPP. Pd sebelah malamnya nureen mnyertai KONSERT 1000 LANGKAH TERCIPTA dr kmpln UNIC. Pd mula2 hati berbelah bhgi gak nk g konsert sbb nureen xsk pergi di tmpt yg ramai org. Mmndngkn sume housemates nureen pnya hal masing2, nureen akan tnggal keseorngn di rumah. Drpd tinggl di rumah sorg2, nureen ambl kptsn utk pergi ke konsert tsebut, apth lg nureen dpt tiket free.hehe. Alhamdulillah, nureen bpuas ht g konsert UNIC. Di spnjg konsert 1000 LANGKAH TERCIPTA ada input b’gn yg nureen nk kngsi dgn kalian semua.



1) Berhibur itu xslhny… tdpt 7 CIRI utk mcari hiburan yg dibenarkn dlm Islam.
a. Skrip lagu tidak mmpnyai perkataan yg boleh mbawa kea rah bttgn dgn aqidah
b. Persembahan konsert yg dijlnkn hndklh tidak berlbh2
c. Muzik yg disampaikn tidak mpnyai senikata lagu b’unsur maksiat dan lagho
d. Hendaklh hiburan tidak diiringi @dialunkn dgn instrument bnyi tlampau
e. Penyanyi & penonton hndklh memelihara auratnya
f. Hndklh dipstikn tiada pcmpurn di antr lelaki & wanita yg bkn mahram tnpa sekatan & had
g. Penyanyi tsbut hndklh dr klngn lelaki jika penontonnya adlh lelaki & wanita manakala jika psmbhn itu t’tutup & semua yg bkait dgnnya adlh wanita, maka dibolehkn penyanyi itu dr klngn wanita

TAHUKAH ANDA??

Tidakkah mrk tahu yg muzik mjana kelenjar pineal mngeluarkn
hormone melatonin. Inilh jenis hormone yg bfungsi utk menenangkn manusia.
Muzik seumpama rock yg iramany bfrekuensi lbh dr 12 hz akn hnya mndorong pndgr mjd agresif, baran & mrosakkn kshtn dgn melajukn detak jntung. Sdg irama ney
misalnya itu frekuensinya seputar 8 ke 10 hz. Jesteru temponya
yg tidak pantas mjdkn fikiran tenang & mberi santai di jiwa.
Tidak hairan jg kl irama yg bfrekuensi 4 hngga 8 hz
itu mbuatkn org lg cepat tidur.
Renung2knlh….


Nureen2205
0654
04102009

Monday, September 28, 2009

satu kemestian

salam. kepada yg berkunjung ke laman hubbulillahiyah, terima kasih nureen ucapkan. pesanan penaja : pastikan anda pembaca sesuatu article smpai hbs utk mengelakkn slh phm ye =).

smlm, dlm kekalutan krn kls akn bermula hr ni, nureen tetap akn melakukan perkara ini walau sesibuk mana pn jadual harian nureen. kl x, xlena tdo mlm. nk th pe dia? baca buku...

amalan baca buku ni dh sebati dgn jiwa nureen. prnh jg bl tlalu penat dan mengantuk nureen tidak memilih sebuah buku yg berada di sisi katil (sememangnya nureen pnya pilihan buku yg lebih tniggi drp bantal nureen- 2 la kt housemates nureen)... tp xlh tdo. msti kna bc gak wpn sepotong ayat sblm tdo.

smlm nureen dh berjaya menghabiskan buku tariq bin ziad. cerita perjuangan salehudin al ayubi pn nureen dh hbs bc.nt nk pnjm buku khalid bin al walid lak.utk matlumat lanjut, sila klik di http://abdullatip.blogspot.com.skrg ni nk g beli buku warkah cinta berbau syurga.








nureen2205
1626

Wednesday, September 16, 2009

hohoho balik kampung... =)



salam. erm, xsbr sngguh rs nk blk ke kg halaman tcinta...yg kurindui.huhu. nureen spttnya blk mlm ni. tp atas sbb yg xdpt dielakkn, nureen akn btolak pg esok-lps subuh. adik2ku di kg sibuk menanyakn kpulngnku..al maklumla da lm sgt xblk kg...



jp lg kls t'akhr nureen sblm cuti raya.ada presentation. td ms nk print report ktorg, folder hilang. erm, nsb baik la nureen ni jns yg sk bt back up byk2...so, xde la mslh sgt. wish for our luck ya!!

ptg ni nk g bazaar ramadhan kt tmn cempaka.huhu. ni br bpeluang nk g bazaar. dek krn kekangn ms yg begitu mencemburuiku, nureen xpnya ms utk ke bazaar. tp xpe, dndamku tbls hr ni.hehe

nureen2205
1403

JODOH & PERTEMUAN TELAH DITENTUKANNYA

Salam alaik. Sekuat manakah kepercayaan kita pada ALLAH SWT? Sekuat manakah kita berpegang dengan tali ALLAH SWT? Nureen percaya ramai antara kita sudah mengetahui bahawa jodoh dan pertemuan itu telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Nureen ingin berkongsi pengalaman nureen, moga yang baik itu kita jadikan teladan dan yang buruk itu kita sama-sama jadikan sempadan. Nureen hanyalah manusia ciptaanNya yang biasa, yang punya perasaan ingin disayangi dan menyayangi antara sesame manusia. Sebelum nureen mempunyai peribadi mahupun berpakaian seperti ini sekarang, nureen hanyalah insane biasa. Yang jahil tentang aurat dan hokum hakam Islam. Nureen bukanlah dibesarkan dengan didikan agama yang begitu terperinci seperti kalian.

Namun, ALLAH SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mungkin kerana nureen tinggal bersama arwah nenek ketika kecil dahulu member kesan yang begitu mendalam pada diri nureen. ketika berumur 5 tahun lagi, nureen diajar bangun ketika insan lain sedang enak dibuai mimpi. Nureen akan berjalan kaki bersama arwah untuk ke masjid yang berdekatan. Perjalanan selama lebih kurang 10 minit.

Setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, nureen telah sematkan di hati untuk terus berubah ke arah yang lebih baik. Mencari cinta hakiki. Walaupun pada ketika itu nureen tidak tahu bagaimanakah caranya. Namun, ALLAH SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Selangkah kita padaNya, seribu langkah ALLAH SWT pada kita.



Setelah nureen memperoleh apa yang nureen hajati, nureen sangat menentang cinta antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah atau dalam bahasa lainnya bercouple. Walaupun ada yang menggunakan istilah couple Islamic. Islam tidak pernah mengajar semua itu pada kita.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(surah At-Taubah,9 :16)

ALLAH SWT pasti akan menguji keimanan hamba-hambaNya. Nureen juga tidak terlepas dari ujian ALLAH SWT.

Perasaan cinta, kasih dan sayang itu nikmat dari ALLAH SWT. Suatu hari nureen jatuh kasih dan sayang pada insane bergelar lelaki. Berkali nureen cuba mempertahankan keimanan nureen. imanku lebih nipis dari kulit bawang. Akhirnya selepas lebih 2 tahun nureen menyimpan rasa kasih dan sayang ini, hubungan kami mula menjangkaui hubungan yang sepatutnya di antara lelaki dan perempuan.



Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana kami tidak dibiarkan terus terjebak dan hanyut dalam dunia kami sendiri. Hubungan kami hanyalah bertahan selama beberapa bulan sahaja. Nureen sangat suka membaca article-article di dalam blog-blog tertentu. Pada suatu hari, ALLAH SWT ingin menunjukkan nureen pada jalan yang benar. Membawa kami kembali ke jalanNya. Selepas menyedari kami telah melakukan dosa(hasil bacaan nureen pada article tentang couple), kami mula mencari haluan masing-masing.

Saat ini, ketika ini nureen sedang memperteguhkan hati nureen akan janji ALLAH SWT.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” surah An-Nuur,24:26)

Harapan nureen agar perasaan kasih sayang dan cinta nureen padanya dapat nureen tukarkan kepada cinta pada yang selayaknya. Cinta yang hakiki. Cinta pada sang Pencipta. Cintaku pada ALLAH SWT. Nureen teringin akan nasihatnya pada suatu ketika dahulu. Ketika hubungan kami tidak lebih daripada seorang sahabat.

“carilah hikmah di dalam setiap ketentuan ALLAH SWT supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kia, tiada siapa yang boleh menghalang, namun jika bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan dapat walaupun dalam gengaman. Terus melakukan perkara-perkara yang terbaik dalam hidup kerana ia bukan satu pertaruhan” (24 julai 2008, 14:27)

Jangan salah sangka duhai sahabat-sahabatku..nureen masih menyimpan mesej ini bukan kerana pemberinya, tetapi kerana maksud-maksud dalam mesej itu. Ya, nureen merasainya sekarang. Tentang perasaan nureen padanya, biarlah masa yang menentukan. Nureen tidak mahu memberikan cinta pada yang tidak layak mendapatkannya. Pada yang tidak tahu menghargai kasih sayang dan cinta itu sendiri. Nureen yakin akan jodoh pertemuan yang telah ditetapkan pada kita. Pastinya ALLAH SWT lebih Mengetahui siapakah dan apakah yang terbaik untuk kita lebih dari diri kita sendiri kerana Dialah Pencipta kita. Masakan kita dapat menyembunyikan sesuatu daripadaNya.
Nureen tidak berniat untuk mengaibkan sesiapapun di sini. Hanyalah sebagai renungan dan pengajaran kita bersama. Ini hanyalah sebahagian kecil pengalaman yang nureen kutip di dalam perjalanan di dunia yang fana ini.

Nureen tidak mahu lagi menunggu si dia. Nureen juga tidak ingin berdendam dengannya. Nureen redha dengan ketentuan Ilahi, kerana nureen tahu dengan cara inilah nureen kembali meraih cinta ALLAH STW. Nureen sanggup kehilangan cintanya jika itulah yang ALLAH SWT beli dariku.

“dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. “ (surah Al-Baqarah, 2:155-157)

“Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang Menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH SWT segaja mentakdirkan segala sesuatu yang sia-sia. Bukannya ALLAH SWT tidak tahu betapa deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan akrab denganNya.”



Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri nureen sendiri. Wassalam.

Nureen2205
0727, 13092009

Saturday, August 29, 2009

Adakah H1N1 Merupakan Konspirasi Kapitalis?

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan..

Sumber : Malaysiakini

I’M HOMESICK!!




Salam. Ketika shbt2ku sdg berbhagia di smping keluarga tcinta, nureen pula sdg berada di KLIA. Menghabiskn ms dgn surfing internet n study economic geography dr jam 4 ptg hingga la jam 5 pg keesoknnya. Kl iktkn ht, ingin shj nureen terbang ke kg halaman tcintaku. Tp, keadaan xmngizikn nureen bbuat demikian. Di tubir mataku kini hnyalah sebuah rumah di Taman Desa Hidayah yg bwrna oren.huhu.

Kupujuk hati ini agar x turutkn kata hati yg begitu meronta2 mahu pulang ke desa tcinta.desa yg kurindui. Apatah lg bl berada di KLIA. Xpe nureen, kl skrg nureen xstrt bjauhan dgn family, bl lg nk strt,kn? Lgpn tinggal beberapa mggu lg nk cuti raya,kn?sabar ye syg…



Erm..nureen kna la kuatkn semngat. Lagipn next week msih ada 2 test yg menunggu. Serta exhibition akan dirasmikn dis Wednesday. Kl nureen blk kg, gerenti xkn stdy pnyer. Erm, kuatkn hati ye nureen.

Nureen2205
2103

Orang Melayu yg belum ‘MERDEKA’




Apakah maksud MERDEKA pada kalian? Adkh betul kita betul2 merdeka? Ya, Malaysia telah pn MERDEKA 52 thn yg lalu. Tnh melayu tlh MERDEKA, tp bgaimana dgn minda kita?pemikiran kita? Adkh kt tlh MERDEKA dlm erti kata yg sbnr2ny? Tepuk dada tnya iman n hati.

Ketika nureen dlm pjlnn dr seremban ke serdang dgn menaiki train tempoh hari, nureen malu dgn perbuatan segelintir bngsa Melayu. Spjg prjnn yg mengambil ms sejam e2, ada 2 kejadian yg mbuatkn nureen malu dgn bngsa Melayu, n bngsa India.

KEJADIAN PERTAMA

Nureen berdiri di sebelah psgn India. Anak psgn ini sdg lena tdo di pngkuan mereka. Mgkin jelas tgmbr di raut wajah nureen yg begitu kepenatan. Slps 15 minit berdiri, 4 anak2 cina yg duduk bertentangan dgn nureen turun. Nureen ingin mengambil tmpt duduk tsebut. Namun, hmpir shj nureen ingin melabuhkn punggung, tdpt anak muda yg bbngsa Melayu merampas tmpt duduk nureen tnpa rs bslh. Maka, nureen tpksa lg berdiri. Ketika nureen bdiri bertentngn dgn psgn India td, Uncle td mberi isyarat yg masih ada tmpt duduk yg sngaja di sembunyikn. Nureen mngucapkn tq kpd uncle yg bbngsa India tsbut n mcari tmpt yg dimksdkn. Sektika nureen malu pd uncle td. Malu krn manusia yg sebangsa dgn nureen sorg pn xsudi member bantuan kpd nureen, malah mengambil kesemptn kpd nureen. tetapi bngsa lain pula yg sudi member bantuan. Wpn bntuannya x sberapa, namun terselit nilai kemanusian did lm diri uncle td. Hati nureen menangisi sikap sesetgh anak muda yg bbngsa Melayu skrg.



KEJADIAN KEDUA

Alhamdulillah, dpt jg nureen duduk did lm train ni.dpt la hilangkn penat bt seketika. Di hdpn nureen ada sepsg merpati sejoli bbngsa Melayu. Melihtkn mereka, pastinya mereka msh lg pjr sekolah menengah. Si gadis kelihatan ayu n manis skali dgn memakai baju kurung n tudung di kepala. Namun, syg sekali bl melihat keintiman psgn muda ini. Malu nureen pd bngsa sendiri. Malu nureen pd org di sekeliling nureen ketika e2 yg majoritinya bngsa Cina n India. Xusahlh nureen ceritakn dgn lbh lnjut gelagat psgn muda ini krn pstinya ada di klngn kalian yg prnh melihat gelagat psgn anak muda yg sdg asyik dlm cinta monyet.

Cerita ini hnyalh cebisan dr scenario anak2 muda yg bbngsa Melayu skrg. Nureen tidak mksdkn semuanya. Moga2 kita tidak tgolong dlm golongan org2 yg rugi.
Adakah kita telah MERDEKA dlm erti kata yg sebenarnya? Adakah pemikirn kita tlh MERDEKA ataupun msh dijajah? Hnya ANDA yg TAHU jwpnny…

Akhir kalam dr nureen, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52

Nureen2205
2043

3 negeri dlm satu hari



Jumaat, 28 ogos nureen memulakan pjlnn ke seremban dr melaka sentral dgn menaiki bas pd jam 4.30 ptg. Prjlnn yg biasanya mngambl ms hnya sejam mjd 2 jam lbh dek krn cuti hujung bln n merdeka. Mnyebabkn nureen tkndas dlm traffic jam. Jam sdh mnunjukkn 6.45 ptg. Nureen gelisah krn msh blm menunaikn slt Asar. Jam 7 mlm nureen tiba di terminal 1 seremban. Slps mbeli air kotak utk bbuka,nureen bergegas ke surau di tgkt atas utk solat asar. Slps bbuka puasa nureen trus mngambl jln bwh utk ke stesen ktmb. Penat bdn blm hlng lg bl nureen tpksa beratur pnjg utk menaiki train ke serdang Selangor. Memandangkn hjng bln, nureen tpksa bdiri shj dlm train. Slps sejam prjlnn, nureen smpai di stesen ktmb serdang tepat 9 mlm. utk seberang jln, nureen menaiki jejantas n terus ke 7 Eleven dim n kakak nureen menunggu di situ.



Memandangkn kami ber2 msh blm mkn, hnya smpt bbuka dgn sekotak air shj, kakak mngajak bbuka di kopitiam di Mines shj. Br je pkul 9.20, tp dh byk kdai nk ttp. Slps mkn kami smpt lg pusing2 kt apartment mewah, Flea Apartment kl xslp nureen. tmptnya cntk skli tp kbykknnya pghuniny adlh foreigner n non muslim. Slps e2 kami btolak ke seri kembangan. Singgah sebentar di Pasar Borong Selangor yg beroperasi 24 jam. Ikutkn ht tlalu penat utk msk ke psr jam 12 tgh mlm. Slps pusing2, kami bertolak blk ke nilai, Negeri Sembilan. Spjg pjlnn pulang, nureen tlalu penat n ttdo dlm kereta smpai la msk ke parkng apartment tmpat kakak nureen tnggal. Msk shj ked lm rumah nureen solat jamak maghrib n isya’. Tmpt pk pjg, nureen terus tdo krn tlalau penat. Begitulh pjlnn yg pnjg, jauh n memenatkn nureen pd hari jumaat. Penat krn mggalas beg galas yg tkndung laptop ksygn nureen, sdikit pkaian n buku2 economic geography.

Nureen2205
2003

Wednesday, August 26, 2009

EUPHORIA



Euphoria atau dlm bahasa melayu yer brmksd perasaan amat gembira.ya, nureen ingin miliki perasaan euphoria. Nureen ingin menikmati nikmat yg dikurniakn ALLAH SWT. Nikmat berada di bandaraya Melaka. jauh dari keluarga tsyg. Jauh dari negeri tcinta. Namun, negeri ini tidaklah begitu asing bg nureen bl nureen mdpt twrn melanjutkn pljrn di peringkt ijazah di sini.



Walauapapun, skrg nureen mula euphoria di sini. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi…. Suasana bljr yg cukup selesa. Nureen ska sgt bl nureen bljr di rumah apartmentku di tgkt 10 angin sepoi2 bahasa… nureen rs mcm bljr di tepi pantai je. Syok btl! Wpn suhu di sini panas, namun angin lembut sntiasa btiup di sini.
Selain 2 gak nureen euphoria bl mdpt classmates n housemates yg baik2 sumenyer…
Izinkan nureen utk euphoria di negeri Melaka bandaraya bersejarah ini. Nureen xingin lg mengenang apa yg tlh blaku. Nureen ingin mgnkn sebaik2nya peluang bljr di sini. Nureen ingin menamatkn ijazah ini dgn kptsn yg tbaik bt ibubapa nureen. izinknlh…

Nureen2205
0829

doa musafir



Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.

http://www.muftiselangor.gov.my

SEJUKNYA MANDI PAGI…

Pastinya ada di kalangan kita yg takut utk mndi di pagi hari,kn? Mcm2 alasan yg diberikan n yg paling famous adlh sbb sejuk. Nureen ada satu petua utk yg takut n xsuka mandi pagi ini. Eh, elok tau mandi pagi.blh slim sape yg jdkn mandi pagi sbg amalan. Sblm nureen kongsi tip dgn korg sume, nureen nk tnya btl ke cara korg mndi 2? Mcm mn yg btlnyer ye? Yg btlnya adlh dgn mandi dr bwh ke atas.mula dr kaki br naik ke kepala.2 br btl cara mandi sunat. Beza dgn mandi wajib, iaitu dr atas ke bwh.

Pelik? Kekok? Np ek nk mndi dr bwh ke atas…susah la.erm, ms nureen mula2 dpt th pn pelik gak, tp bl nureen aplikasikan br la th… ok, kl kt mandi mula dr kepala ke kaki pastinya kt akn rs sejuk,kn? Xrasa ke kepala n bdn kt agak terkejut dgn suhu air? Slh satu sbb cara mandi sunat start bawah ke atas adlh spy bdn kt xtkjt dgn suhu air.

Ni sbnrnya petua dr Dr. Tuah. Nureen dpt th ms bc buku beliau. Kl xsilap nureen dlm bukunya JANGAN TIDAK TIDAK. Kl xpun dlm MEMBINA PERIBADI GEMILANG. Jd, lps ni nureen hrp xde lg la yg takut nk mandi pg ye. K, gud luck… =)

Wassalam.

Nureen2205
0759

Monday, August 24, 2009

Doa ringkas selepas solat




Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

http://doaharian.blogspot.com

NAK SAMBUNG MASTER X?

Pertamanya nureen ingt berterima ksh kpd lec Research Methodology, RM nureen, Pn Najihah yg sgguh baik ht n comel =)…mdm wt nureen mkin sk kt sbjct RM (mcm2 mn pn kna sk gak cz sbjct ni sgt pntg utk wt praktikal n nk smbg master nt). Tetiba je hr 2 mdm Najihah nk citer psl MASTER. Nureen semestinya tertarik dgn topic yg mdm nk citerkn…
Kesimpulannya tlh nureen ringkaskn spt gmbr di bwh :-



Penting ke smbg MASTER?
Jumlah rakyat Malaysia yg mpnyai MASTER sgt sedikit, tmbh2 lg org Melayu
Utk capai WAWASAN 2020 , rakyat M’sia kna la b’ilmu tinggi
Skrg dh berlambak yg ada ijazah, persaingn nk keje tinggi
Pk jngka ms pnjg.. one day, org yg ada MASTER sgt diperlukn

Ada pendapat? Jom la kt kngsi sm2 ….

Nureen2205
1747

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...