mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Sunday, December 7, 2008

Asal Hajarul Aswad putih



SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.

Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.


Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.

Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)

Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:

“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”

Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.

Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.

Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.

Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.

Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.

Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.

Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.

Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.

Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”

Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.

Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.

Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.

Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.

Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.

Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.

Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.

SALAM AIDILADHA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Harapan manusia serigala



PENEMUAN terbaru saintis di Universiti Colombia mungkin memberi harapan baru kepada penghidap Sindrom Serigala Jadian yang terpaksa berdepan masyarakat dengan keadaan badan mereka dipenuhi bulu.

Penyakit Sindrom Sindrom Serigala Jadian atau nama saintifiknya Congenital Generalized Hypertichosis (CGH) didakwa boleh diubati dengan menyuntik penghidapnya dengan testosterone — teknik yang selama ini digunakan untuk menghalang botak.


Menurut saintis, melalui kaedah itu pertumbuhan bulu melampau pada seluruh badan seseorang dapat dihentikan.

Berita itu memang khabar menggembirakan untuk penghidap CGH, seperti Pruthviraj Patil, antara 50 individu di seluruh dunia yang menghadapi masalah sama.

Pada waktu silam, penghidap CGH selalunya terpaksa berkurung pada waktu siang dan hanya keluar dari rumah ketika malam untuk mengelak menjadi bahan ejekan masyarakat.

Perlakuan itu menyebabkan mereka digelar ‘serigala jadian’. Bagi penghidap CGH, seluruh tubuh mereka ditumbuhi bulu lebat, kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

Penyelidik beranggapan, masalah itu adalah ‘kebangkitan semula’ unsur zaman purba sebelum manusia melalui proses evolusi.

Penyakit ini sebenarnya sangat jarang berlaku. Sejak zaman pertengahan, hanya kira-kira 50 kes dilaporkan, termasuk antara terawal ketika zaman pemerintahan Raja Henry II di Perancis.

Disebabkan Henry sangat berminat kepada keanehan manusia, pada 1547 dia menerima hadiah istimewa — seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang kelihatan separuh manusia dan separuh haiwan.

Hanya bibir dan matanya tidak ditumbuhi bulu sepanjang 10 sentimeter (sm) itu.

Budak itu bernama Pedro Gonzales dan lahir di Kepulauan Canary. Apabila dewasa, dia berkahwin dengan wanita Perancis dan dikurniakan ramai anak. Lima daripada mereka mewarisi CGH.

Sejak itu, lebih banyak kes CGH dikesan, termasuk di China, Poland, Jerman, Russia dan Mexico.

Berasal dari Sangli, Mumbai, India, Pruthviraj, 11, ditumbuhi bulu sepanjang 7.6 sm di seluruh tubuhnya.

Sejak berusia 10 tahun, Pruthviraj menjalani pelbagai peringkat rawatan, sama ada secara moden atau tradisional. Penggunaan laser juga gagal membebaskan Pruthviraj daripada masalahnya.

Walaupun Pruthviraj mengakui sentiasa menjadi perhatian, dia popular di sekolah kerana bakatnya dalam sukan kriket.

“Masalah selalunya timbul jika saya keluar dari kampung atau bertemu orang tidak dikenali.

“Selebihnya, bulu ini tidak menyebabkan masalah seperti gatal, berbau busuk atau ruam,” katanya.

Bagaimanapun, Pruthviraj mengakui dia mahu bulunya dibuang.

Malangnya, kata Pruthviraj, selepas menjalani rawatan laser, ia tumbuh kembali dan membingungkan pakar perubatan.

Ketika mula bersekolah dulu, katanya, dia sering menjadi mangsa ejekan pelajar lain dan mereka mengambil masa lama untuk membiasakan diri dengannya.

Apabila Pruthviraj dilahirkan, orang kampung menyangkakan ibunya, Anita, 32, melahirkan ‘dewa Bhagwan’.

Sesetengah lain menganggap Pruthviraj sebagai makhluk asing atau petanda buruk bakal menimpa kampung mereka.

Di sebalik luar biasa Pruthviraj, dia sebenarnya sihat dan seronok di sekolah.

Bapanya, Dilip Patil, berkata tahap pembelajaran Pruthviraj juga membanggakan. “Daya ingatannya begitu kuat,” katanya.

Dilip mengakui mereka kurang selesa dengan keadaan tubuh Pruthviraj kerana ia sering menarik perhatian berlebihan di kalangan orang lain.

Kini, Pruthviraj berharap penemuan terbaru di Universiti Colombia itu mampu memberi sinar baru dalam hidupnya.

Sementara itu, dia terpaksa menguatkan semangat berdepan dengan pelbagai kerenah pihak yang tidak memahami masalah dihadapinya.

http://www.hmetro.com.my

Operasi SAR dihentikan sementara

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini, dihentikan buat sementara sejak awal pagi ini berikutan pergerakan kuat dikesan berlaku di lereng bukit dan kawasan tanah runtuh pagi ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

“Ini adalah demi keselamatan anggota pasukan penyelamat. Ini turut melibatkan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Khalid berkata operasi SAR itu akan disambung semula selepas mendapat kebenaran Institut Kementerian Kerja Raya Malaysia (Ikram).

“Keputusan sama ada operasi ini dapat diteruskan atau tidak akan diperolehi pada bila-bila masa,” katanya.

Katanya bilangan anggota terbabit dalam operasi SAR itu dikekalkan bagi mengelakkan kesesakan.

Dilaporkan kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan iaitu polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan.

Empat orang terkorban manakala seorang lagi dikhuatiri masih terperangkap selepas 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu.

Insiden itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari tempat berlakunya runtuhan satu daripada tiga blok Highland Towers pada 11 Disember 1993, yang mengorbankan 48 nyawa.

Khalid berkata pasukan mencari dan menyelamat amat bergantung kepada alat pengesan mangsa bagi mengesan seorang lagi mangsa, dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan itu.

“Menyelamatkan nyawa mangsa adalah misi dan objektif polis. Walaupun terdapat percanggahan maklumat mengenai mangsa yang terperangkap itu semalam, polis masih berusaha membuat penyiasatan rapi sama ada masih ada mangsa atau tidak yang terbabit dalam runtuhan itu,” katanya.

Khalid berkata usaha membina jambatan yang dihentikan semalam kerana beberapa masalah teknikal diteruskan pagi ini.

Jambatan sepanjang lima meter dibina untuk menghubungkan tapak operasi ke kawasan perumahan berdekatan. Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang.

Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebabkan beratus-ratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa.

Khalid berkata penduduk yang meninggalkan kediaman mereka tidak perlu berasa bimbang mengenai harta benda mereka kerana pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan mengawal kediaman mereka 24 jam.

Beliau berkata bantuan bekalan makanan turut dihulurkan kepada kira-kira 20 penghuni yang masih enggan mengosongkan kediaman mereka. - Bernama

Bukit Antarabangsa landslide: At least seven believed still buried

KUALA LUMPUR, Sat.: A landslide occurred at about 4am today in Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, near here and among those confirmed dead in the incident which buried 14 bungalows in two housing estates are a Malay man and two Chinese women.
Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar said at the scene that 93 people escaped unscathed in the mishap which affected bungalows in Taman Bukit Mewah and Taman Bukit Utama.

He also said that 15 injured people had been sent to Kuala Lumpur Hospital.

A Fire & Rescue Unit spokesman said eight bungalows in Taman Bukit Utama and six bungalows in Taman Bukit Mewah were affected.

Authorities are evacuating up to 5,000 people from the area as there is potential for more landslides.

http://www.nst.com.my

landslide at Bukit Antarabangsa


One of the bungalows hit by the Bukit Antarabangsa landslide.

http://thestaronline.tv/default.aspx?vid=2522

Ikhtiar terakhir bapa

KUALA LUMPUR: Seorang bapa hanya mampu menyuruh anaknya mengucap banyak-banyak sebaik mendengar jeritan terakhir anak lelakinya ketika kediaman mereka di Bukit Antarabangsa dilanda tanah runtuh jam 3.30 awal pagi semalam, sebelum remaja itu ditemui mati dihempap konkrit kira-kira tiga jam kemudian.

Jeritan Shaiful Khas Shaharuddin, 20, bagai terngiang-ngiang di telinga Datuk Shaharuddin Adnan, 63, yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah yang turut mengorbankan dua lagi jirannya manakala hingga jam 8 malam semalam, sejumlah dua lagi mangsa belum dijumpai.

Dalam kejadian itu, seorang wanita, Ng Yee Peng, 30, dikatakan ditemui di bawah runtuhan sambil mendakap erat bayinya yang baru berusia tiga bulan manakala seorang lagi wanita, N Yogeswary, 40, terkorban akibat ditimpa siling dan dinding rumah ketika menyelamatkan anak perempuannya, Thidesh, 10.

Menceritakan detik menggerunkan itu, Shaharuddin berkata, kediaman mereka bergegar tiga kali sebelum rumah mereka ranap.

“Gegaran pertama kami kelam kabut kerana kejadian berlaku ketika kami nyenyak tidur jam 3.30 pagi. Apabila berlaku gegaran kedua, Shaiful menjerit bertanya mengapa rumah bergegar.

“Saya jerit minta dia mengucap banyak-banyak, namun tidak lama selepas itu rumah kami runtuh. Sebelum itu talian elektrik terputus dan kami tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Shaharuddin bersama isteri, Datin Jamilah Mohd Kassim serta anak saudara, No Ain Zaaba, 20, terselamat kerana berjaya mencari jalan keluar melalui runtuhan bumbung rumahnya tanpa mengalami kecederaan.

“Saya berjaya keluar jam 4.30 pagi, manakala No Ain pula 6.30 pagi. Selepas itu, penyelamat yang tiba menghubungi telefon bimbit Shaiful untuk mengesan kedudukan dan berjaya menemuinya.

“Kata mereka (penyelamat), anak saya dihempap runtuhan konkrit dan ketika mereka memegang tangannya, terasa sejuk,” katanya tenang.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di kawasan berkenaan sejak dia sekeluarga menetap di situ pada 1995.

Ditanya sebarang petanda sebelum kejadian, Shaharuddin berkata, beberapa hari sebelum kejadian, kolam ikan yang dibina mengalami sedikit rekahan dan bagaikan beralih sedikit tempat dari tapak asalnya.

“Beberapa hari lalu saya berhasrat membuat kerja pengubahsuaian kolam ikan ini kerana mendapati ia bergerak sedikit daripada biasa dan hampir nak bocor. Namun, tidak sangka ia petanda awal kejadian ini,” katanya.

Shaharuddin percaya, kejadian runtuhan tanah di kawasan itu ada kaitan dengan projek pembinaan terbengkalai sejak 10 tahun lalu yang dijalankan di atas sebuah bukit.

Sementara itu, adik Shaiful, Shahnur, 14, berkata dia sempat berbual dengan Shaiful melalui telefon, kira-kira jam 12.30 pagi semalam, yang mana abangnya seronok bercerita mengenai permainan video serta tidak sabar-sabar untuk mengikuti kursus bermain gitar bulan depan.

“Perbualan kami hampir 30 minit, tidak pernah saya berbual dengannya melalui telefon selama itu. Jam 2 pagi, saya SMS tanya dia buat apa dan dia jawab bermain ‘game’. Pada jam 4 pagi abah telefon bagi tahu rumah kami runtuh,” kata anak bongsu daripada enam beradik itu.

Ketika kejadian, Shahnur ada di Telok Panglima Garang, Banting, Selangor kerana menetap bersama ibunya, Sa’dayah Mohd Daie, 48, serta dua kakak lain.

“Ketika abah hubungi, saya melayari Internet. Suara abah terketar-ketar, malah abah tidak dapat bercakap lama kerana menggunakan telefon bimbit orang lain.

“Namun, telefon bimbit abang berjaya ditemui dan ia menjadi pengubat rindu saya kepadanya,” katanya sambil menunjukkan telefon bimbit Shaiful.

Menurutnya, dia terkilan kerana hasrat abangnya yang lebih dikenali dengan panggilan Epul untuk bermain gitar tidak tercapai dan kali terakhir mereka bertemu hampir sebulan lalu ketika makan bersama di sebuah restoran di Bukit Antarabangsa.

Sementara itu, seorang lagi adik mangsa, Sapura, 17, berkata abangnya tidak menunjukkan perubahan sebelum ini, malah ceria ketika dia berbual melalui telefon pada jam 9.30 malam sebelum kejadian.

“Abang lelaki bertanggungjawab, ceria dan suka bergurau dengan adik-beradik. Kali terakhir saya bercakap dengannya malam tadi jam 9.30 malam. Ketika itu abah di luar rumah, abang yang angkat telefon.

“Saya tidak sangka, beberapa jam selepas itu abang sudah tiada, suaranya masih terngiang-ngiang di telinga saya,” katanya yang baru menduduki peperiksaan SPM.

Dalam pada itu, bapa mangsa yang menceritakan kejadian itu berkata, Shaiful tidak pernah tidur di tingkat bawah rumah, namun pada malam kejadian dia berbuat demikian tanpa diketahui tujuannya.

“Biasanya, dia tidur di tingkat atas rumah dua tingkat kami, tetapi malam itu dia mahu tidur di tingkat bawah. Mungkin ini sudah ajalnya, saya reda,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Ir K Thanarajah, 40, sekadar terpaku apabila melihat isterinya, Yogeswary terkorban akibat ditimpa siling dan dinding rumah ketika menyelamatkan anak perempuan mereka, Thidesh.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Thanarajah yang ada di rumah bersama isteri terkejut mendengar dentuman kuat, kemudian nampak lantai rumahnya menggelungsur dan mulai runtuh.

Sebaik keluar bilik, beliau berkata, dia dan isteri bergegas mendapatkan tiga anak mereka, Avinesh, 11, Tidesh dan Pryanka, 3, yang tidur di bilik berasingan.

“Ketika itu gelap, bekalan elektrik terputus membuatkan saya dan isteri (Yogeswary) panik kemudian terus mengejutkan anak yang tidur.

“Kejadian sangat pantas, siling rumah mula jatuh dan ketika itu isteri saya cuba mendapatkan Thidesh. Malangnya ketika dalam kelam kabut itu, isteri saya tidak sempat menyelamatkan diri. Mujur Thidesh selamat,” katanya.

Yogeswary disahkan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di dada dan belakang, manakala Thanarajah patah tangan kiri. Anaknya dilaporkan sekadar mendapat cedera ringan dan dalam keadaan stabil.

Ng Yee Peng disahkan meninggal dunia akibat tulang rusuk patah, manakala bayi terbabit serta suami mangsa selamat. Bagaimanapun, suami mangsa yang masih dalam keadaan trauma enggan ditemubual ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, lewat petang semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata gerakan mencari dan menyelamat membabitkan 500 anggota pelbagai jabatan yang bermula kira-kira jam 5 pagi semalam diteruskan hingga bagi menemukan dua mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.

http://www.hmetro.com.my

Thursday, December 4, 2008

AJARAN PEMUDA KAHFI

salam. smlm ana telah membaca majalah i keluaran disember 2008. ana tertarik kepada surat drp seorg pembaca (BACA KECEWA) ttng ajaran sesat AJARAN PEMUDA KAHFI yg kini melanda di IPTA. oleh itu, ana t'pnggil utk mberitahu dan mencari maklumat ttg ajaran sesat ini.

Oleh: Syahid Redha dengan suntingan oleh Sheikmaz, ahli forum al-ahkam.net
Penyunting: sheikmaz


Pengenalan oleh Penyunting

Saudara-saudari, berhati-hati jika anda didekati oleh kumpulan ini yang menyamar mengajak orang ramai memasuki kelas kuliah tafsir al-Quran. Mereka juga mendakwa negara Islam tulen telah wujud tetapi tersembunyi. Mereka mentafsir al-Quran secara semberono dan menggunakan logik akal tanpa merujuk imam-imam yang muktabar sehingga membuat dakwaan-dakwaan palsu terhadap Rasulullah SAW.


Tempat asal ajaran: Indonesia (Pondok Pesantren al-Zaitun, Indramayu, Jawa Barat). Mula menular secara rahsia di Malaysia sejak 10 tahun lepas.

Modus Operandi

A)Pemilihan ahli


Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam "database nama" untuk direkrutkan. Sebelum individu pengikut ajaran ini dibenarkan berjumpa dengan sesorang prospek , pemimpin kumpulan atau ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk menjalankan proses Iqra' -1 . Proses ini adalah proses saringan untuk menjamin survival kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri -ciri individu yang diperlukan:

1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta
3.Sihat tubuh badan
4.Bukan anggota keselamatan
5.Kelihatan belum dipengaruhi sebarang ideologi lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan seorang muallaf

Setelah selesai melakukan perincian tersebut dan calon prospek melepasi saringan ciri -ciri yang dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat proses Iqra' -2 dan membuat temujanji dengan prospek. Kali ini beliau akan ditemani oleh orang lama organisasi ini yang bertindak sebagai penampan bagi mematahkan hujah-hujah prospek. Al -Quran turut dibawa bersama sebagai alat menguatkan hujah mereka. Di penghujung proses Iqra' - 2 prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian tafsif Al Quran secara percuma bagi menarik minatnya menyertai organisasi ini.

Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum layak mengikuti sesi hijrah pertama:

1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan

Sekiranya prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya kesemua sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan mereka. Jika dilihat seakan-akan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali ayat yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka tinggal di dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.

Di dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00 dan RM 70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan Islam' (SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan diminta membayar sejumlah lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan tetapi mengambil kira sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak lahir hingga sekarang.

Ada yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang sebanyak RM 3,600.00 dan paspot antarabangsa untuk melawat ke Negara Islam yang disebut-sebut sebagai negara Islam tulen yang telah wujud tetapi tersembunyi.

Pada program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal jam 5 pagi. Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu. Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke tempat yang ditetapkan. Sebelum perjalanan dimulakan, mata prospek akan ditutup.

Perjalanan ini kononnya perjalanan ke "GUA". Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah terlalu jauh. Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dikumpulkan di 'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program yang akan dijalankan pada hari tersebut.

Menjelang jam 9 pagi, sesi hijrah bermula dengan sesi ta'aruf kepada wakil pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang diminta berdiri untuk membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin NI tersebut. Majlis berakhir jam 5 petang.


Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:

1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District - PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus

B) Method Dakwah


Setiap individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali leher, berseluar panjang dan berkasut. Mereka mendakwa jubah adalah pakaian Rasulullah sesuai dengan keadaan masyarakat pada waktu hidup baginda. Manakala pakaian umum yang sesuai dengan keadaan sekarang ialah kemeja.

Bagi perempuan pula, cukup dengan berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi dimulakan, setiap ahli dikehendaki menyerahkan wang program ( rujuk ayat 58:12) ke dalam sampul yang disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan semakan hafazan setiap individu mengikut peringkat yang ditetapkan. Setelah selesai, pimpinan NI meneruskannya dengan mengarahkan ahli membaca ayat tertentu daripada surah tertentu. Kemudian ahli diminta supaya memberi pendapat mengikut fahaman mereka tentang ayat tersebut.

Setiap ahli juga akan disoal bertalu-talu untuk menilai kefahaman mereka. Kebiasaannya tidak akan ada seorang pun yang menjawab mengikut seperti yang dikehendaki oleh ajaran ini. Sebarang persoalan dibenarkan untuk diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir dan diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut. Sebelum kelas berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan pesan daripada program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk direkodkan. Program berakhir jam 11 malam.

C) Infaq


Infaq merupakan elemen terpenting dalam menentukan tahap keimanan individu yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki membayar jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat tertentu. Alasan yang diberikan ialah di dalam negara yang batil yang diduduki mereka sekarang ini pun bermacam cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu, untuk membina Negara Islam lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana Allahlah yang meminta anda berjihad harta dan diri sebelum diangkat darjat olehNYA. Antara infaq yang ditetapkan ialah:

1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Infaq Pendidikan
5.Infaq Projek Mega
6.Infaq Taifah ( pentadbiran pejabat kumpulan)
7.Granite
8.Sedekah Program Khas (Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah

Bayaran lain pula adalah didakwa untuk menampung kos-kos seperti aktiviti setiap minggu, program kepimpinan, SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan ,bil air dan elektrik, barang –barang pejabat dan stationery.

Pembelian wajib juga diadakan oleh ulul amri seperti frozen food, jus minuman, minyak angin ,kuih muih dan sebagainya di mana ianya amatlah membebankan ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar RM 1,000.00 sebulan yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.

Jika beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu RM 3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.


D) Aqidah dan Manhaj

1. Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid Rubbubiyah,tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah. Tawhid Rubbubiyah merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran perlembagaan Negara Islam berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah). Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada kawasan dan wilayah kekuasaan Negara Islam. Tawhid Ubudiyyah merujuk kepada penganut ,rakyat dan warganegara Islam.

2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.

3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.

4. Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang menyampaikan da'wah Islam dianggap juga sebagai Rasul Allah.

5. Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, namun manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil dan mentafsir mengikut logika mereka baik ayat-ayat muhkamat mahupun mutasyabihat.

6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk isytihar futuh ( pembukaan Mekah) .

7. Solat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu solat actual dan ritual. Solat yang lebih utama ialah solat actual iaitu segala bentuk aktiviti ,program yang ditetapkan oleh NI. Solat ritual ialah solat lima waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh.

8. Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang haq dan ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli baru, hafazan ayat Al Quran, mengumpul dana, menjana program dan menjadi umat Islam sepenuhnya dengan berhijrah ke Negara Islam (dengan cara bersyahadah dan berbai'ah kepada pimpinan NI).

9. Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk menipu, mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan yang di luar golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.

10. Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan musyrik tidak kira sama ada mereka itu termasuk ibu bapa, adik beradik, mahupun golongan ulama kerana mereka bukan warganegara Islam tetapi umat demokrasi.

11. Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan mereka akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.

12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar "wang taubah".

13. Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi dengan mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.

14. Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.

15. Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang telah berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.

16. Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu kepada yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di akhirat hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .

17. Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang baru dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana Lailatul Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib baik dan berlaku sekali dalam setahun.

18. Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' (dalam tafsiran no. 4 di atas) bertemu dengan pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi NI.

19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan alasan mereka adalah golongan kahfi ( ahli gua) .

20. Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq yang ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda orang suruhan ulul amri mereka dengan taat setia

21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah diserahkan apabila diminta berbuat demikian.

22. Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat kerana tujuan Rasulullah ke Mekah adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung disebalik mengerjakan ibadat haji.

23. Pengagihan wang zakat bukanlah semata-mata kepada asnaf yang ditetapkan tetapi juga boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.

24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.

25. Rasulullah bukan 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah buta huruf. Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang diwahyukan kepadanya.

26. Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada suatu 'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah Islam di zaman Nabi Muhammad.

27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat Jibrail tetapi kumpulan pemuda "kahfi" di zaman itu.

28. Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan Rasulullah dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan tertegaknya negara Islam dari Adam hinggalah terakhir, kerajaan Turki Othmaniah.

29. Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat Allah yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa (framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah Negara Islam dalam 6 peringkat sebagai contoh:

1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh atau Pembukaan Mekah
6) Perluasan (penyebaran ke seluruh dunia)

30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada kena-mengena dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.

31. Hukum menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk, malah ia boleh dilontar, dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia adalah buatan manusia. Yang lebih penting ialah melaksanakan isi kandungannya daripada meghormati rupa bentuknya.

32 Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada orang seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.

E) Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam seperti yang diperjuangkan atau dilaung-laungkannya. Ia adalah satu aliran agama palsu dan baru yang bertopengkan ajaran Islam bagi mengelirukan pengikutnya yang jahil tetapi dahagakan ilmu agama . Ia dikesan menggunakan metod pemikiran golongan Islam Liberal dan Anti Hadis dalam membuat tafsiran ayat-ayat al-Quran.

Kepada sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka.

Nota Hujung Penyunting

Yang melucukan ialah apabila ditanya dimanakah NI yang disebut-sebut telah muncul dengan segala kesempurnaannya itu berada…. Jawapannya di suatu tempat di kawasan yang beriklim 4 musim!!!



Sumber: Forum www.al-ahkam.net dengan sedikit pindaan dan suntingan

Tuesday, December 2, 2008

Sufiah kerja amal : Wanita genius matematik kesal jual tubuh


KUALA LUMPUR: Wa nita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.

Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyo kong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam.



Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pe ngurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu," katanya.

Kisah kehidupan Sufiah di siarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

http://www.hmetro.com.my

Cinta terlarang kerana Allah?

Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK



Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahirku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman.

Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini. Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…

Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah baik2 juga iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni. tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week…
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit…
Wani: wah, rajinnya… baguslah!
Amin: hurm…
Amin: study macam mana?
Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic…
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam. Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS nasihat, ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani turun…”
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

http://ismapenang.wordpress.com/pembina/

Monday, December 1, 2008

�manafaat� Dari Ber�couple� ..

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar.

Ingatlah,suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

Apa pekara yang ber"manfaat" daripada ber'couple';

1) Seronok(dapat fitnah)

2) Seronok(dapat dosa)

3) Seronok(dapat geng dgn syaitan)

4) Dapat luahkan segala masalah(ALLAH kan ada)




5) Banyak habis duit(lebih baik guna utk bersedekah)

6) Banyak risau(takut awek orang lain kebas.... berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik berdating tak risau..)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri(pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh datang bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain. (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah tak kisah.)





9) Menepati masa dan janji. (takut awek marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak takut pulak)

10)Lain2 lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Pada mereka yg sudah ber'couple', nak ber'couple' atau cuba2 nak ber'couple' (ditujukan khas buat lelaki pasal dia orang le selalu dok start dulu,perempuan pula ibarat spark plug kereta petrol kalau tak de 'sparking' tak start le tapi enjin kereta disel tak pakai spark plug pun boleh start ye dak?) toksah le, rentikan tak sior(kata orang Perak) dan getik aku nengoknye (kata orang Perak lagi) pasal "manfaat"nya spt yg disebut di atas cukup banyak, apa kata kita cari manfaat lain yg lebih dan benar bermanfaat.

SEBAB YANG MENYEBAB MENGAPA BER'COUPLE� TERJADI..

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yang menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak..... Nauzubillah. Pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan ditempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung.... so tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Saya bab nie yg payah nak jawab... ada aje alasan dia orang untuk melepaskan diri. Orang kata kalau dah nak buat tu memang macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha kita insya-ALlah lama2 dia sedar le.

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu ALlah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak kukuh dari keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.... maka terjadinya perhubungan(kawan2) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang dah besor....dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yang buruk... tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan seperti maksud hadis yg selalu kita dengar, riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah;

TIAP-TIAP ANAK YG DILAHIRKAN ITU BERSIH & SUCI (mengikut fitrah) MAKA IBUBAPA LAH YANG AKAN MENJADIKANNYA YAHUDI, NASRANI DAN MAJUSI.

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.... etc. Maka ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak percaya pergi lepak (bukan lepak macam Mat Lepakian.... lepak dgn tujuan untuk mengambil iktibar) kat K.L.(kat sini macam2 jenis orang boleh jumpa) ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang... tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu, lelaki apa lagi... ada chance nie.

5) Ramai perempuan semakin berani.... berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yg banyak dapat awek.

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak de awek maka macam ada satu kekosongan dlm jiwa..... lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dlm bab tackle/ meng'ayat' awek...lelaki nie biasa le EGO..... ego tak kena tempat.

8) Haaaaa..... nie paling memalukan kaum lelaki.... lelaki nie cepat sangat PERASAN so dia pun naik syeikh plus naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun accept le mat tu. Ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita sebegitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka diajurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Pada kaum Adam pula.... jgn le dok perasan cepat sangat.

9) Ada kaitan dgn fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sebagai contoh. Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut..... yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi macam tu.

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka(lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.... ada ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati.

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sebagai mana hadis Rasullullah, Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(ra): Sabda Rasulullah(saw);

"SESUNGGUHNYA YG HALAL ITU NYATA(terang) DAN YANG HARAM ITU PUN NYATA(terang) DAN DIANTARA KEDUANYA ADA PEKARA2 YANG KESAMARAN, YG TIDAK DIKETAHUINYA OLEH KEBANYAKKAN MANUSIA. MAKA BARANG SIAPA MEMELIHARA(dirinya dari) SEGALA YG KESAMARAN, SESUNGGUHNYA IA MEMULIAKAN BAGINYA AGAMANYA DAN KEHORMATANYA. DAN BARANG SIAPA JATUH KE DLM PEKARA KESAMARAN JATUHLAH IA SPT. PENGEMBALA YG MENGEMBALA DI SEKELILING KAWASAN LARANGAN HAMPIR SANGAT(ternakanya) MAKAN DI DLMNYA. KETAHUILAH BAHAWA TIAP2 RAJA ADA KAWASAN LARANGAN. KETAHUILAH BAHAWA LARANGAN ALLAH ADALAH SEGALA YANG HARAM. KETAHUILAH BAHAWA DI DLM BADAN ADA SEKETUL DAGING, APABILA IA BAIK, BAIKLAH SELURUHNYA DAN APABILA IA ROSAK , ROSAKLAH SEKELIANNYA. KETAHUILAH, ITULAH YANG DINAMAKAN HATI".

[Bukhari & Muslim]



..dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir..hadis..

http://www.mymasjid.net.my
technology never ends




Sprout Umbrella




iPod detachable speakers





chair/mat/bed. ..




laptops....




Shoe...





Cellphone...




Umbrella Lights...




Notebook lamp...



Laptop...




Tablet PC Made Of Wood




USB Flash Drive Watch



Rubik Cube Mp3 Player




Oryx, The Bike From The Future




SkyLift - Boarding System for Aircraft



A Phone That Really Hangs Up





Cellphone Inspired By Chinese Scrolls




BYB Balance Cell Phone (touchscreen )




Dual Music Player That Plays Your MP3 Collection & Your CDs





Nokia 888 Mobile Phone



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...