mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Saturday, August 14, 2010

kehilangan...

Salam ramadhan. Semalam nureen baru sahaja kehilangan seorang sahabat yang baik. Sahabat yang banyak menegur salah silap nureen. Sahabat yang nureen boleh kongsi atau bertanyakan hal-hal berkaitan agama. Kami selalu berbincang tentang agama bersama sahabat-sahabat yang lain di Facebook.

Nureen hanya kenal dia melalui laman web sosial itu. Semalam beliau berhasrat untuk 'deactive'kan akaun Facebooknya. Sempat jua nureen memberi pendapat. Tak lama lepas itu, tengok-tengok dia dah 'tiada'. Pagi semalam kali pertama dan terakhir nureen chat dengan dia. Meminta bantuannya.


Ya Tuhanku...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna.
Namun, aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
Sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu.
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Moga persahabatan kita tidak berakhir di sini. Nureen suka cara dia memberi nasihat. Beliau digelar penghafal hadith di kalangan sahabat-sahabatnya. Malah, dia pun berasal dari Kelantan. Lupa plak nak tengok dia nie seorang blogger ke tidak...

Pagi nie, sah dia dah deactivekan akaun FB. Rasa satu kehilangan. Kehilangan seorang sahabat. Namun, bila berhubung dengannya di FB, ada sedikit getaran di hati ini. Sukakah nureen dengannya? Suatu perasaan yang tidak pasti. Yang jelas, kehilangannya sangat kurasai....Jauh disudut hati, nureen tahu, nureen bukanlah sesiapa di hatinya...

kepada tuan empunya diri, maafkanku sekiranya akhi terguris membaca coretan ana ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...