mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, August 23, 2010

"balik nanti kena x-ray pinggang tue"

Salam. Semalam nureen luangkan masa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Selepas berbuka puasa di Naza Talia Hotel dengan 2 orang housemate serta parents Fami, nureen buat keje sampai hampir 1 pagi. Seolah-olah menebus balik kesibukan nureen selama seminggu...to housemates, sory yer tak sempat nak tolong korang dek keje yang melambak-lambak...

Dek kerana cuai, nureen tergelincir di dapur. Hurm, tue la, sape suh buat dapur tue jadi 'banjir'.Hehe. Sakitnyer boleh tahan gak la. Terkejut housemates nureen tengok nureen yang dah tersungkur kat dapur sorang.Hehe. Tula, suker sangat buat keje sorang-sorang.

Sebelum nie pun da banyak kali sangat nureen jatuh. Malah ada sekali tue memang teruk sangat. Masa tue, tahun akhir diploma. Nureen berjalan di atas bukit bersama seorang teman. Masa tue nak pergi umah Fellow blok yang nureen jaga. Masa tue malam, gelap. Bila nampak kelibat fellow, nureen cepat-cepat jalan sampai tak perasan tanah kat situ sedikit licin. Dahla xpakai cermin mata...Aduh, sakit betul...Pucat muka sahabat nureen sebab risau tengok nureen membongkok menahan sakit.

Bulan Februari tahun nie nureen terpaksa dikejarkan ke hospital. Time tue da nak maghrib. Nureen sepatutnya bertolak ke Melaka, tapi sedang syok duk mengemas, nureen sakit secara tiba-tiba. Mula-mula tahan lagi, bila da tak tahan, nureen mintak adik sapukan ubat. Lama-lama xtahan. Ingat nak pergi klinik jer, tahu-tahu jela prosedur hospital kerajaan, lambat skit. Tapi, klinik-klinik kat kawasan rumah tutup plak.

Nasib baik polikilinik 24 jam bukak. Tapi, bila doktor check, beliau suh rujuk hospital. Dia kata keadaan nureen nie teruk. Yela, muka nureen da sembab dek banyak menangis. Katanya lagi, bila seorang dewasa nangis macam nie skali memang sakit yang teramat la....

Tapi, bila masuk emergency, nureen xpuas hati dengan khidmat yang diberi. Xlogik ase. Tapi, tue la, sampai sekarang belum sempat nak pergi check betul-betul. Kebelakang nie, sakit tue datang balik. Mencuck-cucuk sangat. Risau gak. Takut jatuh sakit kat Melaka nie. Bila nureen adu kat mama, mama kata balik cuti raya nie kena pergi check betul-betul. Kena x-ray la...tue la...

Tapi, cuti raya lagi 2 minggu...Harap-harap dalam tempoh 2 minggu nie, sakit tue tak jadi makin teruk la. Tapi, hari nie pun da makin sakit...Hurm, kena la cari balik ubat tahan sakit yang doktor bagi hari tue...

p/s: sebenarnya nureen tak boleh buat keje berat. Tapi, tue la, da namanya perempuan...nak tak nak kena buat jugak...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...