mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Wednesday, August 18, 2010

diam dan sabar

Salam. Maaf kerana blog nie dah jadi tempat nureen meluahkan rasa hati buat seketika. Nureen hanya insan yang lemah. Terkadang jatuh terduduk seketika. Ya. Diam dan sabar adalah tindakan yang paling wajar dan terbaik untuk nureen kala ini. Kenapa?

Segala cacian kamu, makian kamu, hinaan kamu, fitnah yang kamu lemparkan kepadaku hanya Allah yang akan membalasnya. Teruskanlah jika engkau berasa seronok menuduh aku perempuan murahan, BITCH, stalker, putar belit. Teruskanlah andai itu melegakan hatimu. Dapat melepaskan rasa marahmu yang tidak munasabah itu. Terima kasih kuucapkan. Sebab engkau membuat aku termenung sejenak. Membuat aku muhasabah kembali diriku.

Tapi ingat, semua itu bukan percuma. Bukankah setiap perbuatan kita akan dihitung walaupun sebesar zarah? Aku ingin menjadi benih yang baik. Walaupun aku belajar di tempat yang bukanlah semegah tempatmu, tapi aku masih punya harga diri. Masih punya sopan santun. Aku akui ilmuku tidak banyak. Tapi, cukuplah ilmu yang kuada, kukongsi dan kuamal. Itu adalah lebih baik daripada punya ilmu yang menggunung, tapi tidak diamalkan.

Diamku bukan bererti aku tewas. Diamku bukan bererti apa yang engkau katakan benar belaka. Aku tidak mengiyakan kata-katamu dengan berdiam diri. Diamku bererti kesabaranku sudah memuncak. Marahku membara. Kerna itu aku memilih untuk berdiam diri. Aku tidak mahu serendah dirimu, mengutuk dan menyakiti hati orang lain. Tahu kenapa? Sebab Allah pun tak mampu nak maafkan kesalahanmu denganku. Maaf itu perlu kamu pohon sendiri dariku. Masakan kamu tidak belajar hablumminnas dan hablumminallah,kn? Walaupun aku bukanlah bersekolah agama, bersekolah pondok, mahupun berada di universiti Islam sepertimu, tapi aku tetap mencari ilmu agama.

p/s: Maafkan nureen kerana entry ini beremosi. Aku menulis kerana sudah tak mampu memendam rasa di hati. Aku menulis kerana inilah caraku. Inilah caraku untuk meredakan gelodak di hati. Maafkanku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...