mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, July 26, 2010

nostalgia itu.....menggamit rindu

salam nifsu syaaban buat sahabat sekalian....

Nostalgia- Soutul Amal

Pada subuh hari yang  hening ini membuatkan nureen teringat pada nostalgia bersama-sama arwah.....rindu bertandang lagi....rindu sentiasa bertamu di hati ini untukmu.....moga arwah bahagia di alam sana....

Masih segar dalam ingatan nureen saat indah bersama-sama arwah. Bagaimana jiwa ini dididik dengan kegiatan keagamaan sejak dari kecil lagi. Apabila tinggal bersama-sama arwah, arwah pasti mengajak nureen berjalan kaki ke masjid yang terletak di tepi jalan raya. Kala matahari masih belum menampakkan diri, saat suasana masih sepi, udara pagi begitu segar sekali, nureen dan arwah menyahut seruan azan subuh....rindunya pada nostalgia bersamamu.....tak mungkin ia mampu kita ulangi lagi kerana kita terpisah di alam yang cukup berbeza.



Ke mana sahaja arwah pergi, pasti nureen ingin turut serta. Bagai pasangan kekasih, sukar untuk nureen berpisah dengan arwah. Setelah nureen perlu ke sekolah, bagaikan tidak sabar untuk menantikan cuti sekolah tiba untuk melakar kenangan bersamamu. Kadang-kala, rindumu membawa dirimu padaku. Bilikku sentiasa terbuka untuk menerimamu. Tidurmu yang begitu tertib dan adab membuatkan nureen menjadikan amalan sunat Rasulullah SAW sebagai rutin harian nureen.

Dulu, nureen tertanya-tanya, kenapa arwah melunjurkan kaki sebelum tidur sambil tanganmu menadah bagaikan sedang berdoa. Kemudian, arwah melurutkan pada seluruh badan. Setelah menganjak dewasa, nureen mula paham. Malah, nureen turut jadikan amalanmu sebagai amalan nureen.



Ketika berumur 14 tahun, nureen berjaya masuk ke asrama dalam jurusan kejuruteraan awam. Sememangnya sebagai orang yang berpandangan jauh, nureen mewajibkan diri untuk belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat yang pelbagai ragam. Ia sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran di menara gading.

Namun, disebabkan cita-cita nureen, masa kita bersama semakin singkat. Tapi, hati kita tetap dekat. Saat dirimu terlantar sakit, seluruh adik beradikku memujukku supaya memujuk abah untuk pulang bertemumu. Melawat dirimu. Melepaskan rindu padamu sebelum terlambat. Abah akhirnya akur dengan nureen. Senyuman terukir di wajah adik beradik nureen yang lain kerana tahu abah pasti mendengar kata-kata nureen. Kesian kalian, terpaksa menunggu nureen pulang dari asrama untuk melawat arwah.



Hujung minggu itu. Petang Jumaat yang tenang itu merupakan detik-detik terakhir nureen bersama-sama arwah. Bagaikan mengetahuinya, nureen segera mengambil surah yassin dan mengalunkan ayat suci Al-Quran khas untuk kekasihku yang sedang nazak. Pilu hati ini melihat arwah yang telah nazak. Nureen membisikkan kata-kata di telinga arwah. Memohon ampun dan maaf atas segala khilaf nureen pada beliau.

Berat sungguh hati nureen ingin meninggalkan tanah tumpah nureen dilahirkan ini. Namun, nureen juga punya tugas sebagai seorang pelajar. Sebaik pulang ke asrama terdetik di hati nureen yang nureen pasti akan pulang ke Kuala Krai kembali kerana arwah meninggal.....Lantas, nureen mengusir jauh rasa di hati.



Namun, gerak hati nureen tidak pernah salah menduga dan merasa. Pada Jumaat yang seterusnya, nama nureen di panggil oleh warden. Saat itu, nureen masih lagi melepaskan lelah setelah melakukan aktiviti lasak kegemaran nureen di pusat latihan khidmat negara yang terletak berhampiran dengan sekolah nureen. Pastinya arwahlah yang menjenguk nureen di kala itu. Nureen memandang ke langit. Walaupun hanya putih awan dan biru langit yang kulihat, jauh di dasar hati ini tahu bahawa roh arwah melihat nureen buat sekian kalinya.

Saat menerima khabar kematian arwah daripada warden nureen, meraung nureen dipelukan warden...Pilu. Sedih. Semuanya bersatu. Hujan mula turut, bagaikan turut menangisi pemergian arwah. Hujan jualah yang mengiringi nureen pulang ke kampung. Malang sekali, nureen tidak mampu menghadiahkan yassin buat arwah di kala itu. Hiba bertambah-tambah di hati.



Sekujur tubuh kaku itu nureen tenung dengan rasa sayang. Dengan rasa rindu yang menggunung. Mayat arwahlah satu-satunya mayat yang nureen cium sepanjang hayat nureen. Rasa sayang yang menebal di hati membuatkan nureen memberanikan diri mencium wajah suci arwah buat kali terakhir.

Sedang wajah kita bertaut, nureen melihat air matamu gugur....Sebak rasa hati. Pastinya arwah turut merasai kesedihan nureen kala itu. Kemudian nureen tertanya-tanya bagaimana air matamu gugur sedangkan rohmu sudah berpisah dari jasad???



Jika rinduku mula menggunung padamu...Terasa mahu pecah rindu di dada ini....Lantas kupanjatkan doa pada Yang Esa meminta roh kita dipertemukan. Nureen terus-terusan berdoa sehinggalah permohonan nureen diperkenankanNya. Lega rasa hati bila arwah datang dalam mimpi dalam keadaan yang bercahaya. Jelas terlakar diwajahmu kebahagiaan abadi telah dikecapi sebagaimana dijanjikan oleh Sang Kekasih. Masih nureen ingat bila arwah turut mengajak nureen untuk menikmati kebahagiaan yang kekal abadi itu.....

Chek, yah banyak dosa, mampukah yah merasai kebahagian itu???.....Rindu pada Chek. Moga kita dapat bertemu lagi di alam sana....

Alfatihah....

Mama kata gambar arwah dengan tok ayah ada pihak muzium negeri Kelantan mintak. Teringin untuk tengok gambar arwah yang disimpan oleh pihak muzium.....

Sunday, July 25, 2010

bila solat diperlekehkan.....

Nisfu Syaaban malam ESOK!!!

Pengertian Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada awal, pertengahan dan akhir bulan ini (Syaaban) maka Allah akan menuliskannya baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al -Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Fadhilat Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

2. Membaca Yassin 3 kali

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Tiada nas mengenai membaca Yassin sebanyak 3 kali namun sebagaimana petikan hadis diatas “……maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” Maka tidak sukakah kita sekiranya amalan bacaan Yassin itu diangkat oleh ALLAH s.w.t? tetapi jgn lah diqasadkan dlm hati ianya adalah perkara yg mesti dan wajib dilakukan kerana utk mengelakkan amalan yg bida’ah. Bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

3.Mengadakan Qiamullail

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

4. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

5. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

P/s: Adapun amalan2 ini jgn lah dikhususkan pada bulan Syaaban shj, kerana ianya adalah lebih baik (afdhol) diamalkan selalu..dikhuatiri menjurusk kpd bida'ah.. SELAMAT BERAMAL... salam dakwah & ukhwah

sumber:http://secretwhisper.net/2010/07/fadhilat-bulan-syaaban/
http://albakriah.wordpress.com/2010/07/17/hidupkan-syaaban-dan-nisfu-syaaban-dengan-amalan-soleh/

Petikan tulisan asal oleh Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

Thursday, July 22, 2010

Kuserahkan urusan ini pada Yang Maha Mengetahui

Salam syaaban nureen ucapkan pada pengunjung blog hubbulillahiyah....

Pasti kalian tertanya-tanya apa yang berlaku, kan? Biarlah dia terus dengan agendanya. Nureen tidak ingin mengikut rentaknya. Orang yang punya akal fikiran yang sihat dan masih punya iman didada tidak akan berbuat begitu. Kalau ikutkan hati, nak jer nureen post semua history chat, msg dan semua bukti-bukti bagi menceritakan perkara yang sebenar. Tapi, nureen takut ada hati yang terluka. Ada hati yang perlu nureen jaga.  Maafkan hubbul. Hanya doa yang mampu nureen panjatkan pada Yang Esa selain kesabaran...

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Apa yang dilakukan itu, Allah tahu. Allah juga tahu nureen tidak bersalah. Bukti-bukti itu hanya mampu nureen tunjukkan pada sahabat nureen. Beliau menasihatkan nureen supaya bersabar sahaja. Kekadang, tak tercapai gak dek akal nureen kenapa dia begitu beria-ria menyibuk hal peribadi nureen dan meletakkan pada statusnya. Biarlah, malas nureen nak panjangkannya lagi.

Teringat nureen pada kata-kata Hassan Al Banna:

"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji." "Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan." -Imam Hassan al-Banna

Jadi, keputusannya biarlah Yang Maha Mengetahui mengadili urusan ini.

Islam itu benar & luas !!

Bismillahirrahmanirrahim…

Wahai anak2 Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan2 utk) pakaian menutup aurat kamu, & pakaian perhiasan; & pakaian yg berupa takwa itulah sebaik2nya. Yg demikian itu adalah dari tanda2 (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kpd hamba2Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).(al-A’raf:26)



"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”( Surah al-Ahzab: ayat 59 )

KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

P/s: semua org ingin masuk syurga tp x semua org mahu beramal sehingga dirinya LAYAK masuk syurga.

Sumber: http://cintaagung.blogspot.com/2009/12/m
asalah-aurat-tiada-kompromi-untuk.html

Wednesday, July 21, 2010

stop!!! pliz end dis unmanner war

Salam sejahtera

Maaf kerana entry-entry nureen kebelakangan ini menjurus kepada ketidaksenangan tetamu hubbulillahiyah. Bukan niat nureen untuk melakukan semua ini. Tapi, ini sahaja cara nureen untuk menjelaskan pada pihak yang merasakan 'manis'nya gula yang ditelannya. Nureen rindu pada komen-komen daripada pengunjung teratak hubbulillahiyah yang banyak memberi semangat dan dorongan kepada nureen dalam mendepani masalah hablumminnas terutamanya.



Nureen merayu pada insan terbabit untuk menghentikan segala isu-isu, komen-komen, post-post di Facebooknya dan juga diblognya. Pliz la, you are older than me. You should give me good example of your attitute..Kenapa nak diperbesarkan hal yang entah apa-apa ntah. You start it first, so please, I bag you, please end all this crazy and stupid thing.

Please, mind your own business...(agak-agaknya orang yang dah lama menganggur memang macam ni la perangainya). Allah dah bagi akal fikiran yang sempurna, please use it wisely. Your facebook and your blog terlalu mengekspreskan emosi kamu. Datang bulan pun nak post kat blog jugak ke? Perlu ke bagitahu satu dunia that you got period???? Think it twice, triple.... Sorry, I cant call you sis @ akak regarding your attitute xselari dengan usiamu. When you do such thing to me, you give bad perception to others about you level of mind. Sorry to say, minda kelas ketiga sahaja yang bertindak sedemikian. Sebelum ini nureen banyak berlembut, mendiamkan diri, tidak serang kamu (walaupun dituduh diserang hendap dll panggilan lagi), tapi kali ini nureen tidak akan memberi muka lagi.



Ampun maaf kerana bahasa nureen agak kasar sedikit, tapi kekadang cara macam inilah baru akan menyedarkan kamu dari alam ciptaanmu sendiri. Kenapa hendak fikir lagi benda yang terlalu remeh itu? Sedangkan nureen sudah lama memaafkan kamu walaupun salam kemaafan itu tidak dihulur? Please la, let by gone be by gone. Kamu sendiri yang telah mengheret diri kamu dalam masalah yang kamu sendiri cipta, kenapa harus ditudingkan jari kembali kepada nureen? Satu jari kamu kepadaku, empat jari pulang kepadamu. Fikir-fikirkanlah....Berani buat, berani tanggung.



Nureen punya bukti terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pada nureen bermula daripada sengketa ini bermula lagi. Nureen fikir jangka masa panjang, dan untuk perkara yang tak dijangka seperti ini.

Walaupun hati ini pedih, sakit, geram, marah pada tindakan kamu, tiada dendam di hati. Biarlah Allah yang mengadilinya, Maafku pohon, berharap sangat sengketa ini berakhir di sini. Cukup rimas dengan benda yang tak berfaedah begini. I'm , as a bachelor student dont think too much about this matter. Buang karen jer la, banyak lagi benda lain nak kena pikir, yang lebih berfaedah dan bermanfaat.



P/S: Andai kamu tidak memohon maaf pun kerana malu, nureen pasti akan memaafkanmu. Tiada guna berdendam, bersengketa dan bertelagah kerana ia akan menunjukkan rendahnya martabat, pemikiran kita. Selain itu, dendam hanyalah menambahkan kesan hitam di hati.

Jam menunjukkan 1.43 pagi. Sepatutnya masa nie nureen sudah lama dibuai mimpi, apatah lagi, bangun pukul 5 pagi. Ke kelas dari pukul 8 pagi hingga 7 malam membuatkan nureen terlalu penat.

Please, think as an adult. Use your 'akal, not your emotion.Sama-samalah kita muhasabahkan diri kita. Insyallah.


Kata-kata untuk renungan bersama:

Wednesday, July 14, 2010

Pergilah Ayu.. T_T

Salam sayang kepada pembaca blog nureen ini. Pertama-tamanya nureen menghulur berjuta kemaafan kerana entry-enrty nureen kebelakangan ini agak melibatkan emosi semata-mata. Bukan niat dihati ingin bergaduh, bertengkar dengan sesiapa jua yang membaca warkah ini. Kususun jari memohon kemaafan padamu kerana kelukaanmu.

Bukan jua niat dihati ini untuk me'delete'mu dari friendlist Facebookku. Namun, tetiba sahaja kuterlihat dikau bukan lagi sahabatku. I'm not do such thing to you, okey.... Diamku bererti hati ini masih sakit, masih pedih, masih berduka dengan apa yang berlaku.

Bila kubaca entrymu usai sahaja habis kuliahku hari ini, nureen tak tahu nak kata. Siapa yang benar, siapa yang salah. Siapa yang berbohong, siapa pula yang jadi tipah tertipu???

Terima kasih kerana mendoakan kebahagianku. Bahagiakah nureen lepas kejadian yang sangat memeritkan itu? Rasanya jauh panggang dari api...Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata?? Hati ini mungkin boleh memaafkanmu, tapi apa yang berlaku, tetap telah berlaku.

Nureen buntu. Pedih dihati ekoran kejadian itu masih belum surut darahnya. Masih mengalir laju. Pintaku, pergilah...Pergilah kau Ayu....Setelah kejadian tempoh hari, semuanya kelihatan sangat kelam. Niat dihati untuk menemukannya dengan keluarga tercinta kufikir berkali-kali.



Hati ini sakit. Terasa diperbodohkan, tapi tidak mungkin untuk nureen jadi pendendam atas kejadian lalu. Pasti terselit hikmah disebalik kejadian itu. Siapa yang bersalah? Siapa yang menipu? Nureen serahkan pada Yang Maha Adil untuk mengadili kalian.

What will happen next? Nureen tak punya jawapan....

Padamu, pergilah dari hidupku. Maaf kerana persahabatan kita seketika cuma. Tapi, itu bukan bermaksud nureen menamatkan tali persaudaraan antara kita.

Wassalam.

Friday, July 9, 2010

Andai ini takdirNya...

Nur hidayah ini adalah manusia biasa. Manusia yang tak lari dari diuji oleh Sang Pencipta. Nureen hanyalah manusia yang lemah. Terkadang tewas dengan badai yang melanda.Jatuh...tersunggur menyembah bumi...

Air mata...tidak mahu kalah dari membasahi pipi ini. Andai ini takdirMu, moga aku pasrah dan redha Ya Allah....


Cinta. Cinta ada pelbagai jenis. Tapi, yang paling popular mestilah cinta sesama manusia. Cinta di antara lelaki dan perempuan.


Saban dihujung solatku, kusering berdoa agar Sang Pencipta menemukan nureen dengan jodohku. Takku pinta ingin punya rasa cinta disaat masih bergelar pelajar. Biarlah cinta berputik selepas ijab dan qabul.

Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)

Ya, nureen tahu nureen diuji. Iman di dada terlalu tipis untuk berdepan dengan ujianMu. Namun, nureen teringat pesanan seorang sahabat lewat petang tadi "Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Dia tak pernah mengkhianati hamba-hambaNya."

Lantas, nureen bersyukur kerana masih disayangi oleh Yang Maha Penyayang. Dia masih sudi menegur salah silap hambaNya ini. Terima kasih Tuhan. Alhamdulillah.

Terkadang nureen seakan tak puas hati, mengapa perlu ada pihak yang iri hati, dengki bila melihat kita bahagia? Mengapa engkau tidak mencari sendiri bahagia itu agar bahagia menjadi milikmu jua? Tidak punya hatikah kamu mahu merampas kebahagiaanku selama ini?


Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal
ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
...padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.”

Setelah meneliti Firman Allah di atas, nureen beristigfar...Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Moga aku redha dan sabar Ya Tuhanku.

Tiba-tiba nureen teringat doa yang selalu nureen sisipkan setiap kali lepas solat. Bimbang dengan darjah keimananku yang makin menurun. Buntu dalam mendisiplinkan diri. Lantas, hanya doa pada Yang Maha Mendengar kupanjatkan....


Ya Allah! Seandainya dia milikku, tercipta untukku, satukanlah hati kami dalam ikatanMu yang suci. Peliharalah iman kami. Berkatilah hubungan kami. Bertemunya kami kerana ingin mendirikan masjid. Namun, seandainya dia bukan milikku, bawalah cinta yang mula mekar dihati ini jauh bersama senja nan merah. Tenangkanlah hati kami dengan ketentuanMu Ya Rabbi. Ameen...

Nureen akui, bila diri ini dibius cinta, ia bagaikan tidak dapat dikawal. Syukur, kerana Allah mendengar keresahan dihati nureen. Jauh disudut hati kecil ini yakin dialah jodohku, tercipta untukku, namun banyak halangan yang perlu kami tempuh sebelum selamat di ijabkabulkan. Nureen tahu hati kecil ini tidak pernah menipu. Buktinya bila nureen merasakan akan ada orang ketiga, ia betul-betul terjadi. Dia bukanlah pilihan hatiku, dia adalah pilihan Allah untukku. Nureen cuba untuk menerima dia...


STANZA CINTA : Bagai menceritakan diriku...(+.*)

Salam sejahtera kepada pengunjung teratak hubbulillahiyah ini. Moga cinta pada Allah masih utuh, kukuh di hati. Di saat hati ini gundah-gulana, masih kuselitkan rasa syukur pada Ilahi kerana masih menyayangi diri yang lemah ini. Masih menegur silap & salah hambaMu ini. Terima kasih Tuhanku.
Apakah orang-orang beriman itu menyangka mereka sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji??(Al Ankabut ayat 2-3)
Firman di atas membuat nureen termenung sejenak. Cuba memujuk hati yang lara. Biarlah sayang, andai seisi dunia ini benci padamu, ingatlah kamu masih punya Allah disisi, wahai nureen.

Nureen bukanlah seperti gadis-gadis remaja yang lain...melayan novel-novel cinta yang boleh menghanyutkan nureen dalam dunia khayalan yang indah semata-mata. (maaf andai ada pihak yang terguris. ini hanyalah pendapat peribadi nureen).Namun, nureen akan membaca novel cinta yang menyelitkan unsur-unsur islamic agar cinta yang bakal hadir dalam hati ini tidak tersasar dari lunas-lunas Islam. Insyallah.

                                                               klik di sini untuk sinopsis

Di saat hati gusar, nureen masih punya sahabat-sahabat yang memahami, memberi semangat pada nureen. Terima kasih nureen ucapkan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Salah seorang sahabat nureen yang punya minat membaca seperti nureen mencadangkan novel STANZA CINTA.


Nureen mencari sinopsis novel ini. Nureen temui di dalam blog milik menulis novel tersebut lalu jatuh cinta pada plot penceritaannya. Nanti nureen nak ke kedai buku dan cari novel nie. Boleh la baca masa cuti hujung minggu nie sebelum mula sibuk dengan tugasan sebagai pelajar tahun akhir bachelor.

Hadirnya novel ini tepat pada masanya. Di kala hati ini...

Novel Stanza Cinta ini bagaikan mengisahkan peribadi dan keadaan diri nureen sekarang. Dilema yang dihadapi sama seperti nureen kini. Moga selepas membaca novel ini nanti nureen akan bertambah kuat dalam menyelesaikan kemelut ini. Insyallah.

Allah Maha Adil

Nur Hidayah said: (-.*):

Lidah yang panjangnya tiga
inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
biarlah org bt jht/khianat pdku, aku xkn mbalasnya,
kerana aku pnya Allah Yang Maha Adil untk membalas perbuatannya
Bila diri ini dikhianati, disakiti, dicemburui atas kebahagiaan hidupku tanpa sebab...hanya Allah SWT yang tahu sekeping hati ini...bukan tiada rasa geram, marah di hati...tapi bila direnung kembali, nureen masih ada ALLAH. Biar Allah yang memberinya hukuman...Doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah.

Nureen orang terpelajar...dikurniakan akal fikiran yang sempurna, masih punya iman di dada....jadi, tidak perlulah nureen merendahkan maruah diri ini sama sepertinya,kan?

Terkadang berbolak-balik jua hati ini...keliru, siapakah yang benar dan siapakah pula yang menabur fitnah? Dan siapa pula yang punya masalah mental?? Nureen tak punya jawapan...

Kepada sahabat-sahabat nureen yang sering membaca entry ini pasti sedikit terkejut dengan entry nureen ini...
Maaf entry ini sedikit menyentuh soal hati...moga apa yang nureen lalui menjadi iktibar kita bersama..insyallah

Andai entry ini dibaca oleh orang yang terlibat, bertaubatlah...Allah pun tak mampu nak maafkan kesalahanmu dengan manusia...

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita...

p/s: hati yang remuk

Jangan Terlalu Susah Hati

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

 
 
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
 

 


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).


 

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


 

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


 

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


 

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

 

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

 

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

 

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

 


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


 
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.  
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



Wasalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...