KUALA LUMPUR – Laporan media di India mendakwa sebilangan pengganas yang melakukan serangan bersenjata di Mumbai menggunakan alamat di Malaysia untuk menyewa apartmen di bandar raya ini.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan polis anta- rabangsa (Interpol) untuk mendapatkan butiran mengenai dakwaan tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya perlu mendapatkan penjelasan dan pengesahan mengenai kesahihan dakwaan itu sebelum mengambil tinda- kan susulan.
“Polis Diraja Malaysia akan menggunakan saluran Interpol untuk memeriksa kesahi- han fakta itu.
“Masih terlalu awal untuk menyatakan apa- apa kerana ia hanya dakwaan oleh pihak akhbar di India.
“Sebaik sahaja kita memperoleh butiran penuh mengenai perkara itu, maka kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya (jika dakwaan itu benar). Sehingga itu, kami tidak akan campur tangan dalam hal itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Musa berkata, setakat ini pihak berkuasa India belum menyediakan butiran penuh mengenai dakwaan itu kepada pihak berkuasa di sini.
Mengenai kad kredit Malaysia yang ditemui di tempat serangan di Mumbai, Musa berkata: “Seperti saya nyata- kan sebelum ini, kita tidak boleh membuat kesimpulan berdasarkan dakwaan.”
http://www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment