mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, December 1, 2008

Naik taraf kawasan Chow Kit

KUALA LUMPUR: Kawasan Chow Kit yang terkenal sebagai pusat pelacuran dan sarang penagih dadah bakal berubah wajah selepas kerajaan menaik taraf kawasan itu sebagai pusat pelancongan yang akan dilaksanakan tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, berkata dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM40 juta membabitkan keseluruhan projek pembangunan di ibu kota termasuk Chow Kit.

“Bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian memperuntukkan RM14 juta bagi mempertingkatkan Jalan Dewan Sultan Sulaiman dari satu lorong kepada dua lorong pergi dan balik, selain menghubungkan terus laluan itu ke Jalan Raja Abdullah seterusnya ke Jalan Tengku Abdul Rahman yang siap pada April lalu.

“Kami juga merancang membangunkan kemudahan infrastruktur kawasan ini seperti menaik taraf pasar, penyusunan kawasan perniagaan serta meningkatkan perkhidmatan awam,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Gerakan Tumpuan Kawasan Chow Kit di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Phesal Talib; Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata, kementerian itu melancarkan program Gerakan Tumpuan yang bermatlamat supaya kawasan Chow Kit dapat diberi nafas baru dan mengembalikan jenamanya sebagai pusat tumpuan orang ramai, bukan saja sebagai tempat membeli-belah, malah sebagai kawasan pelancongan.

“Kuala Lumpur juga mempunyai kawasan yang terkenal dengan keunikan masing-masing seperti Bukit Bintang, Pudu, Jalan Masjid India dan Kampung Baru.

“Dalam hal ini, Chow Kit juga tidak ketinggalan dan terkenal dengan pasar dan gerai jualan yang menjadi tumpuan pelancong asing dan tempatan,” katanya.

Zulhasnan berkata, menjadi hasrat kerajaan melalui DBKL dapat berganding bahu memberi tumpuan kepada Chow Kit untuk melaksanakan aktiviti yang boleh menjurus kepada kemasyhuran jenamanya.

petikan dari:http://www.hmetro.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Mudah2an ini akan menjadi satu kenyataan. Saya kerap kesana bersama keluarga saya. Hotel CityVilla di sana cukup murah, bersih dan selesa. Tetapi saya tak pula terserempak penagih2 dadah atau pelacur2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...