mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Sunday, December 7, 2008

Harapan manusia serigala



PENEMUAN terbaru saintis di Universiti Colombia mungkin memberi harapan baru kepada penghidap Sindrom Serigala Jadian yang terpaksa berdepan masyarakat dengan keadaan badan mereka dipenuhi bulu.

Penyakit Sindrom Sindrom Serigala Jadian atau nama saintifiknya Congenital Generalized Hypertichosis (CGH) didakwa boleh diubati dengan menyuntik penghidapnya dengan testosterone — teknik yang selama ini digunakan untuk menghalang botak.


Menurut saintis, melalui kaedah itu pertumbuhan bulu melampau pada seluruh badan seseorang dapat dihentikan.

Berita itu memang khabar menggembirakan untuk penghidap CGH, seperti Pruthviraj Patil, antara 50 individu di seluruh dunia yang menghadapi masalah sama.

Pada waktu silam, penghidap CGH selalunya terpaksa berkurung pada waktu siang dan hanya keluar dari rumah ketika malam untuk mengelak menjadi bahan ejekan masyarakat.

Perlakuan itu menyebabkan mereka digelar ‘serigala jadian’. Bagi penghidap CGH, seluruh tubuh mereka ditumbuhi bulu lebat, kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

Penyelidik beranggapan, masalah itu adalah ‘kebangkitan semula’ unsur zaman purba sebelum manusia melalui proses evolusi.

Penyakit ini sebenarnya sangat jarang berlaku. Sejak zaman pertengahan, hanya kira-kira 50 kes dilaporkan, termasuk antara terawal ketika zaman pemerintahan Raja Henry II di Perancis.

Disebabkan Henry sangat berminat kepada keanehan manusia, pada 1547 dia menerima hadiah istimewa — seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang kelihatan separuh manusia dan separuh haiwan.

Hanya bibir dan matanya tidak ditumbuhi bulu sepanjang 10 sentimeter (sm) itu.

Budak itu bernama Pedro Gonzales dan lahir di Kepulauan Canary. Apabila dewasa, dia berkahwin dengan wanita Perancis dan dikurniakan ramai anak. Lima daripada mereka mewarisi CGH.

Sejak itu, lebih banyak kes CGH dikesan, termasuk di China, Poland, Jerman, Russia dan Mexico.

Berasal dari Sangli, Mumbai, India, Pruthviraj, 11, ditumbuhi bulu sepanjang 7.6 sm di seluruh tubuhnya.

Sejak berusia 10 tahun, Pruthviraj menjalani pelbagai peringkat rawatan, sama ada secara moden atau tradisional. Penggunaan laser juga gagal membebaskan Pruthviraj daripada masalahnya.

Walaupun Pruthviraj mengakui sentiasa menjadi perhatian, dia popular di sekolah kerana bakatnya dalam sukan kriket.

“Masalah selalunya timbul jika saya keluar dari kampung atau bertemu orang tidak dikenali.

“Selebihnya, bulu ini tidak menyebabkan masalah seperti gatal, berbau busuk atau ruam,” katanya.

Bagaimanapun, Pruthviraj mengakui dia mahu bulunya dibuang.

Malangnya, kata Pruthviraj, selepas menjalani rawatan laser, ia tumbuh kembali dan membingungkan pakar perubatan.

Ketika mula bersekolah dulu, katanya, dia sering menjadi mangsa ejekan pelajar lain dan mereka mengambil masa lama untuk membiasakan diri dengannya.

Apabila Pruthviraj dilahirkan, orang kampung menyangkakan ibunya, Anita, 32, melahirkan ‘dewa Bhagwan’.

Sesetengah lain menganggap Pruthviraj sebagai makhluk asing atau petanda buruk bakal menimpa kampung mereka.

Di sebalik luar biasa Pruthviraj, dia sebenarnya sihat dan seronok di sekolah.

Bapanya, Dilip Patil, berkata tahap pembelajaran Pruthviraj juga membanggakan. “Daya ingatannya begitu kuat,” katanya.

Dilip mengakui mereka kurang selesa dengan keadaan tubuh Pruthviraj kerana ia sering menarik perhatian berlebihan di kalangan orang lain.

Kini, Pruthviraj berharap penemuan terbaru di Universiti Colombia itu mampu memberi sinar baru dalam hidupnya.

Sementara itu, dia terpaksa menguatkan semangat berdepan dengan pelbagai kerenah pihak yang tidak memahami masalah dihadapinya.

http://www.hmetro.com.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...