mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Saturday, August 2, 2008

TENTANG HAID

Assalamualaikum kepada semua MUSLIMAT yang dikasihi...

Disini ana ingin berkongsi mengenai masalah haid yang sering berlaku dikalangan muslimat tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa ia adalah ketegori darah haid...

Tempoh haid paling kurang disisi Imam Syafe'i ialah sehari semalam
dan tempoh paling lama adalah 15 hari.

Mengenai tempoh paling kurang sehari semalam ialah bersamaan dengan 24 jam. Dan dalam masaalah ini tempoh 24 jam terbahagi kepada dua :

1)MUNFASIL (DARAH BERSAMBUNG)
Contoh yang biasa apabila darah itu terus menerus dalam masa 24jam apabila berhenti maka ia dikira sebagai darah haid.

2)MUNFASIL (DARAH tak BERSAMBUNG (TERSEKAT2) )
Jadi dalam masalah inilah yang perlu diambil perhatian kerana apabila darah yang tersekat2 terhimpun dalam tempoh 15 hari apabila dicampur keseluruhannya berjumlah 24jam maka ia dikira sebagai DARAH HAID walaupun terdapat hari2 yang kosong yang tidak
berlaku darah. Sebagai contoh:

Seorang wanita pada hari pertama darah keluar dalam masa 1jam,hari ke2 ke3 ke4 kosong tiada darah dan pada hari ke-5 darah keluar dalam tempoh 20 jam dan hari ke6 ,7 , 8, 9,10,11,12,13,14 kosong kembali
tiada darah dan kemudian pada hari ke 15 darah keluar dalam tempoh 3jam.

MAKA apabila dicampur kesemua tempoh darah yang keluar dalam tempoh 15hari mencapai tempoh 24jam maka ia dikira sebagai HAID dari hari pertama sehinggalah hari ke 15.

BEGITU juga dengan sebaliknya seandainya darah dari hari pertama sehinggah hari ke 15 tidak mencukupi tempoh 24jam maka ia tidak dikira sebagai darah haid. Waallahualam.

http://www.hanan.com.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...