Setiap malam Rasulullah s.a.w. membacanya" beritahu Ummul Mukminin, Sayidatina Aisyah .ha mengenai sekelumit teladan nan segar dari kehidupan Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasa"i. Apa yang dibaca oleh Nabi s.a.w. itu? Apakah bacaan yang begitu penting sekali sehingga baginda s.a.w. istiqamah membacanya saban malam, hingga ke akhir hayatnya? Ia ayat yang bermaksud:
"Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.. Sesungguhnya Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
Ya Rahman, luas sekali rahmat-Mu. Sungguh! Ia tidak bertepi, meliputi segala sesuatu. Hanya yang buta mata hatinya sahaja yang tidak dapat melihat dan menyelami hakikat ini. Orang yang hidup mata hatinya dengan keimanan "ulul albab", sama sekali tidak akan berputus asa dari rahmat Tuhannya.
Lampu hidayah yang terang-benderang di jiwanya memberi keyakinan muktamad bahawa Allah s.w.t. yang disembahnya itulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka, biar sekelam mana pun kabut yang melatari masa silam seseorang, janganlah sampai membenarkan dirinya dan orang-orang yang disayanginya terjebak dalam lembah putus asa dari rahmat Allah s.w.t. s.w.t.
Ingatlah, berputus asa adalah penyakit warisan Iblis dan tradisi orang yang ingkar dan derhaka kepada Allah s.w.t. s.w.t.
Satu hari seorang lelaki tua datang bertemu Rasulullah s.a.w. Keuzurannya ketara tatkala setiap langkahnya itu terpaksa mengikut hayunan tongkatnya yang lesu. Derapnya lemah sekali. Namun, seuzur mana pun dirinya, ia mesti terus melangkah, kerana kemusykilannya harus diajukan segalanya kepada Rasulullah s.a.w. sebelum… sebelum kelibat Izrail menjelma!
"Ya Rasulullah, sesungguhnya banyak kesilapan dan maksiat yang telah aku lakukan (selama ini). Apakah aku akan diampunkan (Allah s.w.t.)?" soalnya tanpa selindung lagi.
"Apakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah s.w.t.?" Tanpa sebarang jawapan, spontan Rasulullah s.a.w. bertanya kembali kepadanya. Demikian antara teknik pengucapan Rasulullah s.a.w. yang sungguh indah.
"Bahkan! Dan aku juga bersaksi bahawa engkau adalah utusan Allah s.w.t.!!" Balas lelaki tua penuh yakin dan bersemangat. "Sesungguhnya (Allah s.w.t.) akan mengampuni semua kesalahan dan maksiatmu itu."
Nabi s.a.w. menutup bicara dengan sebuah pengharapan yang penuh kepastian. Inilah dinul Islam yang suci lagi indah. Inilah sebuah cerita yang sarat dengan pengajaran buat renungan insan sepanjang zaman. Cerita yang harus menjadi paksi kepada sekalian umat Muhammad s.a.w., lebih-lebih lagi di zaman yang penuh dengan fitnah dan dugaan yang maha hebat ini.
Merujuk firman dan cerita di atas, jelaslah betapa besar sekali ruang "pengharapan" yang diperuntukkan Allah s.w.t. buat hamba-hamba-Nya yang mukmin hatta kepada mereka yang selama ini sering terlajak dan tercebur menderhakai-Nya. Kalau kita semua sungguh-sungguh menyedari dan menginsafi hal ini, diandaikan tiada seorang pun di antara kita yang mahu berputus asa dari rahmat-Nya lagi. Sememangnya Allah s.w.t. sentiasa merindui rintihan hamba-hamba yang berdosa kepada-Nya.
Firman Allah:
"Ibrahim berkata: Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat." (Al-Hijr: 56)
Firman Allah:
"Hai anak-anakku, pergilah kamu maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Islam, dari segenap aspek dan cabang, semuanya merangkumi isu "pembukaan pintu taubat dan rahmat". Keberuntungan dan keutamaan ini hanya ada dalam Islam, tiada dalam agama-agama serta isme-isme batil yang lain. Haji yang mabrur contohnya, mengeluarkan pemiliknya dari zulmat kedosaan sampai dirinya dibersihkan bagai bayi yang baru dilahirkan.
Puasa yang dibina atas dasar iman dan pengharapan kepada Allah s.w.t., menghapus dosa pemiliknya yang sebelumnya. Malah, kurniaan bagi seorang yang keluar dari daerah kesyirikan kepada daerah ketauhidan dengan penuh kerelaan, kepasrahan dan keikhlasan, ialah "perlupusan" terhadap "segala" karat dosa dan nodanya yang lalu. Subhanallah.
Bilamana faktor penting ini telah difahami serta diimani, maka usah teragak-agak lagi melakar jalan untuk sampai kepadanya. Melakar jalan guna mencapai rahmat Allah s.w.t. ini bukan omong-omong kosong. Ia perintah Allah s.w.t. yang harus diterima dengan sepenuh hati dan jiwa raga.
Firman Allah s.w.t. S.W.T.:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (Az-Zumar: 54)
Jalan menuju rahmat Allah s.w.t. itu tidak syak lagi adalah Taubat Nasuha yang tulus murni kepada Rabbul "Izzah. Inilah sebenar-benar taubat yang dikehendaki Allah s.w.t.. Inilah taubat yang wajib dipersembahkan oleh semua hamba-Nya, dek kesempurnaan segala syaratnya serta penyerahan total hamba kepada Rabb semesta alam.
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya; supaya Ia memberi kamu kesenangan hidup yang baik hingga ke suatu masa yang tertentu, dan Ia akan memberi kepada setiap orang yang ada kelebihan akan kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar”.
http://www.hanan.com.my
No comments:
Post a Comment