mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, August 25, 2008

mengenang memori berdarah

39 tahun yang lalu, Dennis Micheal Rohan, seorang warga Australia beragama Yahudi telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api yang marak menyala telah memusnahkan sebahagian beasr mimbar dan tembok. Namun Allah Maha Besar, biarpun tidak ada bomba yang memadamkna api, namun api yang marak akhirmya terpadam sendiri.

Kebobrokan undang-undang yang telah dicatur makhluk jelas terbukti. Pengadilan terhadap penjenayah besar ini tidak dilaksanakan dengan betul. Berperisaikan dalihan am sebagai 'gila', Micheal terlepad dari tuduhan jenayah itu. Dia tidak lagi dipertanggungjawabkan ke atas tindakannya. Micheal kononnya mendakwa bahawa dia telah diutuskan oleh ALLAH swt untuk membakar Masjid AL-Aqsa, berdasarkan berita yang dikhabarkan dari Kitab Zakaria.

Lalu Micheal terlepas dari dihukum dengan adil

21 Ogos akan terus dikenang sebagai HARI AL-QUDS SEDUNIA. Sebagai titk muhasabah, betapa tanah suci Palestin dan Masjid Al-Quds makin jauh dari kita. Hampir saja pemiliknya bertukar tangan kepada musuh azali umat Islam, lantaran episod kezaliman yang berlangsung saat demi saat.

Saban hari rakyat Palestin dibunuh oleh orang-orang Israel. Sampai bila kezaliman ini akan terus berlaku?

Relakah kita melihat saudara Islam kita terus didera? Perbuatan ini benar-benar menggugat nilai manusiawi



Kami cintakan Masjid Al-Aqsa!
Kami cinta keamanan!
Kami benci kezaliman!
Kami mengutuk kezaliman Israel!

hubbulillahiyah.blogspot

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...