mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Sunday, June 29, 2008


LONDON: Wanita yang mengalami tekanan di tempat kerja didakwa berisiko sehingga 30 peratus menghidap barah payu dara..,

Wanita yang mengalami tekanan di tempat kerja didakwa berisiko sehingga 30 peratus menghidap barah payu dara. Media tempatan memetik satu kajian terbaru mendakwa, tuntutan kerja di pejabat lebih berisiko menghidap penyakit bahaya itu berbanding wanita yang sentiasa berasa ceria dengan tugasan mereka.

Kajian Fakulti Penyakit Tropika dan Kebersihan, Universiti London yang disiarkan edisi terbaru jurnal Epidemiology, mengaitkan kemungkinan itu menerusi kajian ke atas 36,000 wanita. Ia terbukti bercanggah dengan penyelidikan sebelumnya yang tidak menemui sebarang kaitan antara masalah tekanan dengan barah payu dara. Lebih 44,000 wanita disahkan menghidap barah itu setiap tahun dan 12,000 daripadanya meninggal dunia.

Biarpun peluang melepasi ancaman penyakit itu semakin cerah, hakikat itu sebaliknya dijejaskan dengan peningkatan bilangan wanita yang menghidapnya, sejak beberapa dekad lamanya. Peningkatan itu dilaporkan berpunca daripada gaya hidup dan persekitaran, termasuk masalah obesiti atau kegemukan, banyak minum arak, tidak menyusu dan melahirkan anak pada usia lanjut.

Semua 36,000 responden itu adalah wanita Sweden berusia 30-50 tahun yang masih bekerja ketika kajian itu dimulakan pada 1990. Perkembangan mereka diikuti sehingga 2004 apabila 767 daripada mereka disahkan menghidap barah payu dara. Risiko menghidap penyakit itu meningkat sekitar 30 peratus bagi wanita yang terbabit dalam kerjaya penuh dengan tekanan berbanding faktor lain seperti pengambilan arak, bilangan anak, berat badan dan usia. Anehnya, kajian itu tidak menemui kaitan tekanan dan barah di kalangan wanita yang bertugas separuh masa. Alasan kaitan itu tidak jelas biarpun kajian lampau mendakwa tekanan meningkatkan hormon estrogen yang mempengaruhi risiko barah.

Teori lain, tekanan mengubah sikap wanita yang terdedah kepada tabiat buruk seperti merokok dan tidak bersenam. Tekanan juga boleh melemahkan sistem daya tahan badan individu, kata ketua penyelidik, Dr Hannah Kuper, biarpun mengakui sukar menjelaskan hasil kajian yang tidak bertumpu kepada masalah tekanan dihadapi wanita di rumah.-BERNAMA

http://resipiwanita.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...