mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Tuesday, June 24, 2008

Falsafah Sains Sinergisme

"Seorang pelajar perubatan boleh diibaratkan sebagai satu vektor," kata Dr Rashid ketika memulakan salah satu sesi kuliah Anatominya.

Pelajar yang tidak berusaha (erti kata lain; malas), maka vektornya adalah hanya satu titik yang memberi nilai magnitud sifar. Sekiranya ada 10 orang pelajar yang sama, nilai keseluruhan magnitud vektor tetap sifar.





Pelajar yang berusaha pula memberi nilai magnitud 1.

Namun begitu, sekiranya usaha yang dilakukan adalah secara bersendirian iaitu masing-masing dengan usaha sendiri tanpa mempedulikan orang lain, maka nilai keseluruhannya tetap sama; sifar seperti pelajar yang malas.


Fizik dan Vektor

Hal ini kerana dalam fizik, vektor yang berbeza arah sekalipun magnitudnya besar jika dicampur hanya menghasilkan magnitud yang kecil. Malah mungkin magnitudnya sifar sekiranya vektor-vektor tersebut menunjuk pada arah yang bertentangan antara satu sama lain dengan magnitud yang sama. Fenomena ini dinamakan antagonisma.

Akan tetapi, sekiranya kesepuluh pelajar tersebut berusaha dan saling membantu antara satu sama lain, dengan erti kata lain vektor pada arah yang selari, maka hal ini menghasilkan magnitud bukan dua atau tiga tetapi sepuluh!


Kita tidak memerlukan seorang pelajar perubatan yang hanya tahu peduli dirinya sahaja. Peduli apa orang lain, asalkan diri sendiri berjaya, CGPA 4.00 atau mumtaz dan dapat graduate dengan cemerlang. Tidak. Kita tidak memerlukan doktor seperti ini. Sekalipun seribu orang doktor, hasilnya tetap sifar. Being doctor is about teamwork.

Sinaran Laser

Doktor Rashid memberikan contoh yang lain untuk menjelaskan lagi kelebihan sinergi berbanding berkerja sendirian. Cahaya mentol yang memberi cahaya kekuningan seperti yang kita pelajari terhasil dari foton-foton yang terbebas akibat atom filamen mentol dikenakan dengan sejumlah tenaga yang tinggi.




Apabila foton-foton ini diamplifikasikan atau ditumpukan, satu sinaran cahaya yang sangat kuat dapat dipancarkan sehingga mampu menembusi Matahari. Foton yang hanya merupakan tenaga yang saiznya hampir sama dengan elektron mampu menghasilkan daya yang begitu besar dengan sinergi.

Islam Mengajar Sinergi

1400 lalu, sebelum tercetusnya idea tentang vektor dan sinergisma, Islam telah lama mengajar umatnya supaya bersinergi. Sinergi bererti 1+1 = 3 atau lebih. Secara minda bawah sedar, hal ini telah pun diterapkan dalam konteks solat berjemaah itu sendiri.
Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda : Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sepuluh orang sekiranya bersolat sendirian di dalam satu masjid, hanya memperoleh satu kebaikan setiap seorang. 1+1+1+1+1+1+1+1+1+1=1. Akan tetapi, dua orang yang bersolat berjemaah, masing-masing memperoleh 27 kali ganda kebaikan. 1+1=27.

Malah jika seorang makmum itu ikut serta rukuk tanpa sempat membaca Al-Fatihah bersama imam, dia tidak perlu menggantikan Al-Fatihah tersebut dengan tambahan rakaat. Tetap memperoleh 27 kebaikan. Berbanding solat sendirian, sekiranya tanpa Al-Fatihah, bukan setakat tidak mendapat 27 kebaikan bahkan tidak sah solatnya!

Fikir-fikirkan!!
________________________________________
*saifuddin adalan nickname iLuvislam bagi Ahmad Saifuddin Amran. Beliau merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam.com dan kini menuntut di Jordan University of Sciences & Technology(JUST) dalam bidang perubatan. Mempunyai blog bersama rakan lain; http://msaidhawwa.blogspot.com.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=936

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...