mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Sunday, February 10, 2008

Isteri Dan Ibu Muslim Contoh

  1. Hendaklah diletakkan di dalam jiwanya tentang peranan yang besar dan kesan yang kuat di dalam kehidupan keluarga. Tindak-tanduknya, kebijaksanaannya, dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah itu sebagai syurga yang diidamkan oleh suami dan anak-anak. Mereka merasa rehat setelah penat di luar rumah.

  1. Hendaklah ia melaksanakan tanggungjawabnya dan peranannya yang asasi untuk mendidik anak-anak serta memelihara mereka kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan mereka. Mereka sangat berhajat kepada ibu terutamanya pada peringkat membina keperibadian dan perkembangan anak-anak itu.

    Di antara ibu dan bapa hendaklah ada persefahaman dan segi cara mendidik anak supaya kedua-duanya sempurna menyempurnakan antara satu sama lain dengan tidak ada percanggahan dan pertentangan antara cara keduanya. Kasih sayang ibu terhadap anaknya sekiranya caranya itu tidak bertepatan dengan cara bapa mendidik anaknya boleh menjadi sebab dan punca kepada anak-anak itu liar.

    Begitu juga kita dapati ada ibu bapa yang lebih mengutamakan kesihatan anak-anak mereka tetapi tidak diberikan didikan agama sedangkan didikan agama adalah lebih utama. Ibu hendaklah mengetahui adat-adat dan akhlaq yang buruk yang menyerang anaknya di luar rumah supaya anak itu terhindar darinya. Ia juga hendaklah mengikuti dan menyelidik kawan anak-anaknya supaya anaknya itu tidak berkawan dengan orang yang jahat perangainya. Adab-adab dan ajaran Islam hendaklah dipraktikkan kepada anak-anaknya dan dibimbingnya ke arah didikan Islam seperti mengajar mereka sembahyang bagi yang berumur tujuh tahun, dipukul bagi yang berumur sepuluh tahun jika mereka enggan dan diasingkan di antara mereka tempat tidur mereka. Dibiasakan anak-anak perempuannya berperasaan malu, berpakaian secara Islam manakala sampai umur baligh atau sebelumnya sedikit.

    Ibu jangan bergantung dengan pengasuh anak kecuali jika keadaan sangat perlu. Begitu juga jangan bergantung dengan susu tiruan kecuali dalam keadaan terpaksa seperti keuzuran kesihatan ibu, yang tidak membolehkan ia menyusukan anaknya.

  1. Supaya jelas dan terang serta memberikan kesan yang mendalam, perlu dibuat perbandingan di antara keluarga Islam dengan isteri dan ibu dalam keluarga yang tidak memiliki sifat-sifat isteri dan ibu Islam contoh serta tidak melaksanakan kewajipannya yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Ada kemungkinan keluarga itu terbalik sama sekali dan jadi porak-peranda, rumahtangga itu jadi medan pertengkaran dan pergaduhan, melanggar ajaran dan adab-adab Islam menyebabkan suami dan anak-anak tidak merasakan rumah itu sebagai tempat berehat dan tenang. Dalam hal yang demikian ini bagaimana agaknya perasaan suami yang penat bekerja di luar dan anak-anak terancam dengan masa depan yang gelap?

  1. Isteri contoh juga hendaklah mengetahui dengan teliti akan kewajipannya terhadap suaminya, hak suami terhadap isteri yang mesti dilaksanakan sebagai beribadah kepada Allah dan mengharapkan pahala-Nya. Hendaklah ia menjaga perasaannya, bersimpati akan kesusahannya, menjaga rakannya. Ia hendaklah juga bekerjasama dengan suaminya dalam perkara yang telah dibincangkan dalam tajuk "suami contoh", terutamanya dalam mendidik anak-anak dan menjaga silaturrahim.

  1. "Isteri Islam contoh" hendaklah memberi semangat kepada suaminya supaya ia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban. Janganlah ia menjadi penghalang kepada suami untuk melaksanakan ‘amal-’amal Islam.

    "Mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka (Perempuan)". (Surah al-Baqarah: Ayat 187)

    "Wanita-wanita yang saleh ialah yang ta‘at kepada Allah, lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami dengan apa yang Allah peliharanya". (Surah an-Nisa’: Ayat 34)

    "Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang ta‘at serta orang-orang perempuan yang ta‘at, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatan serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab: Ayat 35)

  1. Isteri hendaklah pandai memilih kenalan dan kawannya dan kalangan wanita yang solehah. Hendaklah juga ia berpenanan mengajar dan mengingatkan adab-adab Islam. Dirinya sendiri hendaklah dijadikan sebagai contoh kepada yang lainnya. Perjumpaan yang membentuk keperibadian Islam yang tidak ada perkara-perkara dosa seperti mengumpat dan lainnya dibuang adab-adab Islam hendaklah dijaga sepenti hijab dan lain-lain.

  1. Alangkah baiknya isteri Muslim contoh yang menjaga perkara yang halal dalam urusan rumahtangga seperti makanan, minuman, pakaian. alat-alat kelengkapan rumah, adat-adat dan lain-lain. Ia dapat menjaga yang haram dan juga yang syubhat. Begitu juga rumahnya hendaklah dijadikan sebagai contoh dari segi kebersihan dan kekemasan dan anak-anak hendaklah dibiasakan dengan keadaan tersebut.

  1. Hendaklah dijaga cara-cara kesihatan. Makanan dijaga dari dihinggapi kuman. Alat perkakas rumah juga hendaklah dijauhkan dari diambil oleh anak-anak seperti ubat, mancis, alat yang tajam dan lain-lain.

  1. Dalam amalan harian hendaklah mengikut tunjuk ajar Rasulullah Salla’llahu ‘alaihi wa Sallam sama ada siang atau malam seperti adab dan do’a-do’a makan, minum, pakaian, tidur, memberi salam, meminta izin, membuang air besar, masuk-keluar rumah, melihat perempuan dan sebagainya. Hendaklah dijauhkan adat-adat dan cara-cara jahiliyyah yang ditiru dari Barat dan apa-apa amalan yang menyalahi ajaran agama

ibu mithali ibu yang sejati...
Kasih sayang mu kasih yang suci...
pengorbanan mu disanjung tinggi...
wajahmu tetap disanubari...

ibu sering disanjung, tapi ayah??
inilah nasib sebagai seorang ayah...

walaubagaimana pun, saya respek dgn ibu yang mempunyai komitmen yang tinggi sebagai isteri dan ibu. Tidak pernah kenal bosan dan penat...
Ibu mempunyai pengaruh yang kuat untuk membentuk anak2 samada jadi ulamak terkenal ataupun penyangak terkenal...
_________________
melihat, menilai, berfikir, bermuhasabah....

petikan daripada : http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=6111

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...