mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Wednesday, February 13, 2008

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.

Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.

Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

petikan drp : iluvislam.com

Sifir Kehidupan: Mari menghitung!

Dalam kehidupan ini kita ada sifir untuk dihitung. Jawapan dari congakan sifir itu selalunya tepat sebagaimana hitungan di atas kertas. Tidak akan ada jawapan yang lain bagi jumlah 2 X 2 yang sudah tentu 4, walaupun melalui kaedah 2 + 2 juga 4. Di dalam iktiqad seorang hamba kita mengenalinya sebagai sunnatullah.

Mari kita mula mengira: Selalunya balasan bagi perbuatan baik mengikut sifir kehidupan adalah juga balasan yang baik. Seorang yang menolong orang biasanya akan ditolong pula. Seseorang yang memperdaya, menganiaya orang lain selalunya akan menerima balasan yang buruk sebagaimana keburukan yang dilakukannya kepada orang lain. Itu yang saya katakan sebagai salah satu sifir kehidupan. Banyak lagi contoh-contoh yang lain yang juga merupakan sifir kehidupan.

Tetapi, kadangkala sifir ini berubah. Namun bukan kerana jawapannya yang berbeza, tetapi sifir ini berubah bila pengiraannya tidak sebagaimana yang sepatutnya. Di dalam ilmu matematik, jalan kira adalah antara faktor untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Bila jalan kiranya salah, selalunya jawapannya juga salah... kecuali jawapan meniru!

Kita boleh menolong orang, tetapi jangan mengharap kita akan ditolong! Berapa ramai yang kita mahu tolong, tolonglah! Tetapi jangan mengharap dibalas. Ini salah satu sifirnya. Bila pula ia menjadi salah? Apabila kita menolong orang dan kita mengharap orang itu akan menolong balas kita pula nanti.

Bumi ini tidak dijadikan sia-sia. Peredaran cakerawala di paksinya berputar mengikut laluan dan tempohnya yang tertentu pernahkan kita fikirkan? Kejadian malam dan siang yang sering bersilih ganti, pasang surut air laut, gerhana, hujan, bencana alam, sehingga ke perkara yang paling seni sebenarnya berjalan mengikut sunnah yang telah disusun. Semua itu juga berjalan atas kiraan yang ditentukan. Bayangkan jika malam berterusan dan siang tidak muncul, apa akan berlaku?

Jangan salahkan orang lain bila sifir itu berubah. Jangan kecewa kalau hari ini kita menolong seseorang, sehingga suatu masa nanti bila kita amat mengharapkan pertolongan orang itu, dia tidak dapat menolong. Jangan salahkan orang lain! Tolong jangan salahkan orang lain!

Menonton kehidupan manusia realiti tidak seumpama menonton lakonan manusia dalam filem. Apa yang berlaku dalam susunan plot filem mungkin tidak boleh terjadi dalam dunia realiti. Begitu juga setiap yang ditulis dalam plot-plot cerpen atau novel kadangkala khilaf dengan dunia sebenar walaupun karya kreatif juga selalunya menceritakan kehidupan manusia.

Dalam filem hero biasanya tidak dapat dikalahkan. Falsafah bagi watak hero adalah menang. Dalam setiap hal yang dipaparkan hero mesti menang. Jika hero kalah, filem sudah tidak berupaya dikagumi lagi. Kerana filem sudah tidak menjadi filem. Begitu juga halnya bila saya menulis dalam karya saya bagaimana Syam akhirnya menerima Aisyah sebagai isteri walaupun keterjebakkan Aisyah dalam dunia noda lesbianisme membataskan dinding bezantara antara watak Syam dan Aisyah (Masihkah Ada Sinar - Akhi Masrawi). Dalam dunia realiti adakah ada lelaki seperti Syam itu? Seorang yang berpelajaran dan berlatarkan agamawan sanggup menerima perempuan sekotor Aisyah dari hanyir lesbianisme sebagai isteri! Jawapannya mudah... kita punya sifir kehidupan. Hisablah sendiri!

Oleh sebab itu kita akan tetap percaya bahawa keimanan kita kepada Allah adalah iktikad yang soheh. Ibadah kita adalah ibadah yang soheh, puasa kita, zakat kita dan haji kita adalah haji yang soheh bila iktikad kita adalah iktikad yang soheh dan kita melakukan sebagaimana disuruh iaitu mengikut jalan kira yang sudah ditentukan. Oleh itu berimanlah kepada qada' dan qadar sama ada baik atau buruk yang disuratkan kepada kita kerana itulah yang patut kita redhai, kerana apa yang ditentukan oleh Allah kepada kita berisi hikmah yang ranum.

Mencurahkan kebaikan kepada orang lain pasti ada ganjaran dari Allah. Tidak luak walau sedikit amal kita selagi keikhlasan menghiasinya. Tidak rugi andai kita tidak dibalas makhluk, kerana sifir yang paling tepat ada pada Allah. Bila sifir yang selalu kita hitung sudah tidak betul lagi... misalnya bila manusia melakukan kebaikan dia selalunya dicemuh, bila manusia melakukan kemungkaran dia disokong... ingatlah betapa sifir Allah itulah jawapan yang tepat.

Apa nak resah? Jika begitu!

petikan drp :
Arkib Catatan Terbaik PUJANGGA Online -
J U R N A L J A L A N H I D U P 2003


Sunday, February 10, 2008

wahai wanita muslimin

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

petikan dari : bicaramuslim

Tips menawan hati suami

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi
kita.
=Berdoa agar sentiasa disayangi bukan sayang
awek-awek kat luar tu ....

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh
suami sebelumkita membuat kerja-kerja lain.
=Macam mana nak sentuh dan tegur berbuku
adalah...orang lain balik dari opis terus
balik rumah ini 'mengeteh'dgn kawan-kawan,
kita kat rumah ni dah macam apa..kita pun
kerja juga...

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara
khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari.
(jika suami dalam mood yang sesuai)
=Nak tanya apa lagi kalau dah sampai rumah
kita dah tidur,anak-anak pun dah tidur.....
nak bukakan pintu dah cukup baik.


4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan
baik dan bertanya dengan tepat.
=Nak jadi pendengar yang baik macam mana
lagi....kalau tanya banyak marah pulak
tu bohong memanjang

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah
suami. Apa yang lebih penting ialah memberi
perhatian dan simpati.
=Nampak gayanya kena biarkan dia terus kat
warung-warung atau kat dangdut atau padang golf?


6. Ruangkan masa yang betul-betul "berkualiti"
sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
= Kualiti yang mana satu tu....jumpa cuma atas
katil...cakap sambil siap nak pergi opis...
rutin tiap hari....hari minggu tolong ikut
kekawan tebas rumput 16 holes.


7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai
hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah
tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
= Tiap-tiap tahun kita buat, hari jadi, hari
anniversary....dia dapat hadiah senyum lebar kita.....
jangan harap nak dapat,lupa memanjang.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami)sekali-sekala.
= masak sendiri....makan sendiri....nasi warung
kan lagi sedap?

9. Beri pujian terhadap penampilan suami.rambut, wajah,
pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya
= Belum sempat kita puji dia dah puji diri
sendiri....katanya kalau siti nurhaliza tengok
pun boleh jatuh hati.....pirah....perasan lebih

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai.
sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
= Agak-agak bantuan yang macam mana tu...suruh
ambil kat ofis pun hand set asyik tidak aktif atau
di luar kawasan.....pepandai sendirilah.....lagilah
kalau suruh pergi kedai beli garam, alamat bertawarlah
sehari....

12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
=Aii tak kan tunggu sikit tak boleh, saya ni mananak
siapkan anak-anak susu, diapers, air panas , awak tu
cuma sebadan pun tak boleh lebih kurang?

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,
ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
(Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)
=Kalau dia beritahu memang saya ucap terima
kasih setinggi gunung, (sebab tak pernah pun beritahu)

14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta
dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit
atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira
perbuatan yang demikian)
=Kita ni memang sentiasa membantu suami....bila-bila
dimana saja....tapi awak pernah ke terfikir nak bantu
saya....bila lagi tu..?

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami
sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
= Kita saja cakap sayang....awak tu perkataan
sayang nak tuju pada siapa....awek cyber?

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk
beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
=Bab ini rugi kalau tunggu lama-lama...nanti
hilang point takkan marah pasal tak ambil dekat
ofis semalam nak cerita esok subject lari......
straight forward!

17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya,
hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
(jika boleh)
Itu sudah mesti....kalau tak, tak boleh
kesan pembohongannya.

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh
suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat
suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
Nak pesan beli barang lebih dari3?....bawa
bakul sendiri lah pegi pasar..

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
Kalau saya tanya dia kata nanti...sebab nak
bercit-cat,tapi kalau dia tak pernah tanya pun....
ajak tidur selalu

20 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak
7 kali sehari.
Tentu dia double meaning tu.......payah ni

21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila
ada perkara penting atau kecemasan sahaja.
Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami
menggalakkannya.
Nanti kata kita ni nak spot check pulak.....

22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,
tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu
bersendirian utk berfikir.
Selalu tu bersendirian mengadap internet....tak
cukup lagi ke?

23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik
melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
Apa yang sedang diteliti kat internet
tu.....awak surf ke mana?

24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab,
hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah).
Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
Marah tak kena masa dan tempat...ada ke marah sebab
dia sendiri tertinggal rokok dalam kereta...
apa raaa...

25. Bila meminta bantuan suami :-
* terangkan pada suami dengan jelas mengenai
kerja kerja rumah yang perlu bantuan.
* Beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
cakap lembut-lembut tak jalan....kena
jerit jerit @marah baru buat.....mana boleh pilih-pilih...

26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila
out-station.Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat
demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak
mendapat berita.
Tel bila dah sampai des.....siapa tak marah

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum
tidur bersama.
Kita wangi-wangi....dia busuk.....mana aci..

28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza
dgn org lain.
Orang cerita pasal rumahtangga dia cerita
pasal formula 1 mana kena...

29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa
implikasi seksual.
Bab ni payah....baru pegang dah kena
tangkap...tak faham bahasa punya..

30. Bila keluar berkereta:
* Jangan ganggu suami yang sedang memandu
(walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita
sendiri boleh memandu dgn baik.)
* jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan
selagi tidak dipinta berbuat demikian.
* jangan berleter bila suami tersalah jalan
semasa memandu.
* bersangka baik apabila tersesat jalan.

Dah memang tak tahu jalan nak diam macam
mana...bodoh sombong tu...


31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau
masalah suami.
Maasalah tak ada duit, nak tukar sport rim
baru,hand set baru....ada makna tu....
mesti minta ulur ni......baik buat-buat tak dengar

32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila
menonton bersama suami.
Asyik bola sepak saja....boring lah

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai
dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan
boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
macammana kalau dia yang marah-marah kita
ditengah jalan (khalayak ramai) alasan lupa
ambilkan rokok dalam kereta... ada ke patut....

34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana
yg disukai suami.
Flash back bila kali terakhir berpegangan
tangan.....????

35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta
dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?"
atau " Abang nak minum ke?"
Kehendaknya lah tu.....nak minum buat sendiri

36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami
untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
Tentulah dia pilih tempat-tempat yang bagus
dan mahal untuk isteri kan.....tapi siapa yang
bayar....isterikan...

37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan
dikhalayak ramai ketika disisinya.
Tak payah ikut lagi baik

38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan
tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
macam mana nak cepat budak-budak tu agak-agak
siapa yang siapkan...oooo ada "amah" sukarela ke...
dah kena muntah,kena kencing budak takkan tak tukar baju...
kita saja yang berlebih kurang...mana aci....bak kunci
biar saya drive sendiri...

39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak (jika sesuai).
Suami memang no wahid, tak ada suami tak ada anak...
tapi suami kata anak dan isteri no 10.....camnoooo

40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa:
tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
Bila dah dapat bolehlah melaram jumpa awek gitu?

41. Tolong suami buat kerja dia di rumah cuci kereta,
potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
Dalam rumah dah 100% kerja, saya luar pun saya
nak tolong untung betul awak ye...dapat amah free ...
gardener free...

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
Bab ini yang susah sebab mesti dia wrong info....
mesti ingat kita ni nak aje....

43. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
sama seperti dia atas.....hey...bebudak tu
siapa nak jaga baby sitter pun nak cuti juga

44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan
sesekali menempelak atau " pulangkan paku buah keras ".
Perli lah sikit...sindir-sindir kalau tak bila lagi

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
Itu rutin dari saya tak... awak tak

46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
Dah-dah......memang problem.....besar...nanti
kerja lain semua tak siap....

47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa
baru2 kenal.
Dulu layan tak ada yang kacau...sekarang ni
nak makan tu sambil menyuap anak..ataupun sambil berdiri....
minta maaf lah banyak-banyak...

petikan dari : bicaramuslim





Perempuan vs Muslimah???

Perempuan
Apabila teruna memerhatikan dikau,
Kau membalas renungan matanya
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau datang berpuluh langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah

Muslimah
Pabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panah syaitan
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semudah itu

Siapakah kita????renung2kanlah...

petikan dari : bicaramuslim

yang dinamakan wanita

Yang dinamakan wanita...

1 Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3 Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6 Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7 Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8 Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita'kan?
petikan dari : bicaramuslim

yang dinamakan lelaki

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya
ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

petikan dari : bicaramuslim


Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah
mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah
kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia
menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan
tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat
dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi
oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah
perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.

Petikan dari :

Doa Jodoh

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan kami
Agar kebahagiaan itu abadi

Dan Tuhanku Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari
Hidup yang luas ini ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharalah diriku dari kecewa

Serta Tuhanku Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Dan gelap pekat awan
Walau tanpa dirinya

Dan Tuhanku tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiada yang sama dengan dirinya
Kerana aku pasti
Itulah jauhari dari Mu

Petikan dari :
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=1793

Isteri Dan Ibu Muslim Contoh

  1. Hendaklah diletakkan di dalam jiwanya tentang peranan yang besar dan kesan yang kuat di dalam kehidupan keluarga. Tindak-tanduknya, kebijaksanaannya, dan sifat selalu mengingati Allah boleh menjadikan rumah itu sebagai syurga yang diidamkan oleh suami dan anak-anak. Mereka merasa rehat setelah penat di luar rumah.

  1. Hendaklah ia melaksanakan tanggungjawabnya dan peranannya yang asasi untuk mendidik anak-anak serta memelihara mereka kerana ibu perlu lebih banyak bergaul dengan mereka. Mereka sangat berhajat kepada ibu terutamanya pada peringkat membina keperibadian dan perkembangan anak-anak itu.

    Di antara ibu dan bapa hendaklah ada persefahaman dan segi cara mendidik anak supaya kedua-duanya sempurna menyempurnakan antara satu sama lain dengan tidak ada percanggahan dan pertentangan antara cara keduanya. Kasih sayang ibu terhadap anaknya sekiranya caranya itu tidak bertepatan dengan cara bapa mendidik anaknya boleh menjadi sebab dan punca kepada anak-anak itu liar.

    Begitu juga kita dapati ada ibu bapa yang lebih mengutamakan kesihatan anak-anak mereka tetapi tidak diberikan didikan agama sedangkan didikan agama adalah lebih utama. Ibu hendaklah mengetahui adat-adat dan akhlaq yang buruk yang menyerang anaknya di luar rumah supaya anak itu terhindar darinya. Ia juga hendaklah mengikuti dan menyelidik kawan anak-anaknya supaya anaknya itu tidak berkawan dengan orang yang jahat perangainya. Adab-adab dan ajaran Islam hendaklah dipraktikkan kepada anak-anaknya dan dibimbingnya ke arah didikan Islam seperti mengajar mereka sembahyang bagi yang berumur tujuh tahun, dipukul bagi yang berumur sepuluh tahun jika mereka enggan dan diasingkan di antara mereka tempat tidur mereka. Dibiasakan anak-anak perempuannya berperasaan malu, berpakaian secara Islam manakala sampai umur baligh atau sebelumnya sedikit.

    Ibu jangan bergantung dengan pengasuh anak kecuali jika keadaan sangat perlu. Begitu juga jangan bergantung dengan susu tiruan kecuali dalam keadaan terpaksa seperti keuzuran kesihatan ibu, yang tidak membolehkan ia menyusukan anaknya.

  1. Supaya jelas dan terang serta memberikan kesan yang mendalam, perlu dibuat perbandingan di antara keluarga Islam dengan isteri dan ibu dalam keluarga yang tidak memiliki sifat-sifat isteri dan ibu Islam contoh serta tidak melaksanakan kewajipannya yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Ada kemungkinan keluarga itu terbalik sama sekali dan jadi porak-peranda, rumahtangga itu jadi medan pertengkaran dan pergaduhan, melanggar ajaran dan adab-adab Islam menyebabkan suami dan anak-anak tidak merasakan rumah itu sebagai tempat berehat dan tenang. Dalam hal yang demikian ini bagaimana agaknya perasaan suami yang penat bekerja di luar dan anak-anak terancam dengan masa depan yang gelap?

  1. Isteri contoh juga hendaklah mengetahui dengan teliti akan kewajipannya terhadap suaminya, hak suami terhadap isteri yang mesti dilaksanakan sebagai beribadah kepada Allah dan mengharapkan pahala-Nya. Hendaklah ia menjaga perasaannya, bersimpati akan kesusahannya, menjaga rakannya. Ia hendaklah juga bekerjasama dengan suaminya dalam perkara yang telah dibincangkan dalam tajuk "suami contoh", terutamanya dalam mendidik anak-anak dan menjaga silaturrahim.

  1. "Isteri Islam contoh" hendaklah memberi semangat kepada suaminya supaya ia menjalankan kewajipan terhadap agamanya seperti beramal, berjihad dan berkorban. Janganlah ia menjadi penghalang kepada suami untuk melaksanakan ‘amal-’amal Islam.

    "Mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka (Perempuan)". (Surah al-Baqarah: Ayat 187)

    "Wanita-wanita yang saleh ialah yang ta‘at kepada Allah, lagi memelihara diri ketika ketiadaan suami dengan apa yang Allah peliharanya". (Surah an-Nisa’: Ayat 34)

    "Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang ta‘at serta orang-orang perempuan yang ta‘at, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatan serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." (Surah al-Ahzab: Ayat 35)

  1. Isteri hendaklah pandai memilih kenalan dan kawannya dan kalangan wanita yang solehah. Hendaklah juga ia berpenanan mengajar dan mengingatkan adab-adab Islam. Dirinya sendiri hendaklah dijadikan sebagai contoh kepada yang lainnya. Perjumpaan yang membentuk keperibadian Islam yang tidak ada perkara-perkara dosa seperti mengumpat dan lainnya dibuang adab-adab Islam hendaklah dijaga sepenti hijab dan lain-lain.

  1. Alangkah baiknya isteri Muslim contoh yang menjaga perkara yang halal dalam urusan rumahtangga seperti makanan, minuman, pakaian. alat-alat kelengkapan rumah, adat-adat dan lain-lain. Ia dapat menjaga yang haram dan juga yang syubhat. Begitu juga rumahnya hendaklah dijadikan sebagai contoh dari segi kebersihan dan kekemasan dan anak-anak hendaklah dibiasakan dengan keadaan tersebut.

  1. Hendaklah dijaga cara-cara kesihatan. Makanan dijaga dari dihinggapi kuman. Alat perkakas rumah juga hendaklah dijauhkan dari diambil oleh anak-anak seperti ubat, mancis, alat yang tajam dan lain-lain.

  1. Dalam amalan harian hendaklah mengikut tunjuk ajar Rasulullah Salla’llahu ‘alaihi wa Sallam sama ada siang atau malam seperti adab dan do’a-do’a makan, minum, pakaian, tidur, memberi salam, meminta izin, membuang air besar, masuk-keluar rumah, melihat perempuan dan sebagainya. Hendaklah dijauhkan adat-adat dan cara-cara jahiliyyah yang ditiru dari Barat dan apa-apa amalan yang menyalahi ajaran agama

ibu mithali ibu yang sejati...
Kasih sayang mu kasih yang suci...
pengorbanan mu disanjung tinggi...
wajahmu tetap disanubari...

ibu sering disanjung, tapi ayah??
inilah nasib sebagai seorang ayah...

walaubagaimana pun, saya respek dgn ibu yang mempunyai komitmen yang tinggi sebagai isteri dan ibu. Tidak pernah kenal bosan dan penat...
Ibu mempunyai pengaruh yang kuat untuk membentuk anak2 samada jadi ulamak terkenal ataupun penyangak terkenal...
_________________
melihat, menilai, berfikir, bermuhasabah....

petikan daripada : http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=6111

Some Miracles of the Qur’an Relating the Universe

BLACK HOLES

The 20th century saw a great many new discoveries regarding celestial phenomena in the universe. One of these entities, which has only recently been encountered, is the Black Hole. These are formed when a star which has consumed all its fuel collapses in on itself, eventually turning into a black hole with infinite density and zero volume and an immensely powerful magnetic field. We are unable to see black holes even with the most powerful telescope, because their gravitational pull is so strong that light is unable to escape from them. However, such a collapsed star can be perceived by means of the effect it has on the surrounding area. In Surat al-Waqi'a, Allah draws attention to this matter in this way, by swearing upon the position of stars:

And I swear by the stars' positions-and that is a mighty oath if you only knew. (Qur'an, 56:75-76)

The term "black hole" was first employed in 1969 by the American physicist John Wheeler. Previously, we imagined that we were able to see all the stars. However, it later emerged that there were stars in space whose light we were unable to perceive. Because, the light of these collapsed stars disappears. Light cannot escape from a black hole because it is such a high concentration of mass in a small space. The enormous gravitation captures even the fastest particles, i.e. the photons. For example, the final stage of a typical star, three times the mass of the Sun, ends after its burning out and its implosion as a black hole of only 20 kilometres (12.5 miles) in diameter! Black holes are "black," i.e. veiled from direct observation. They nevertheless reveal themselves indirectly, by the tremendous suction which their gravitational force exerts on other heavenly bodies. As well as depictions of the Day of Judgement, the verse below may also be pointing to this scientific discovery about black holes:

When the stars are extinguished. (Qur'an, 77:8)

Moreover, stars of great mass also cause warps to be perceived in space. Black holes, however, do not just cause warps in space but also tear holes in it. That is why these collapsed stars are known as black holes. This fact may be referred to in the verse about stars, and this is another important item of information demonstrating that the Qur'an is the word of Allah:

[I swear] by Heaven and the Tariq! And what will convey to you what the Tariq is? The Star Piercing [the darkness]! (Qur'an, 86:1-3)

PULSARS: PULSATING STARS

[I swear] by Heaven and the Tariq! And what will convey to you what the Tariq is? The Star Piercing [the darkness]! (Qur'an, 86:1-3)

The word "Tariq," name of the Sura 86, comes from the root "tarq," whose basic meaning is that of striking hard enough to produce a sound, or hitting. Bearing in mind the word's possible meaning as "beating," "striking hard," our attention may be being drawn in this sura to an important scientific fact. Before analysing this information, let us look at the other words employed in the verse to describe these stars. The term "al-taariqi" in the above verse means a star that pierces the night, that pierces the darkness, born at night, piercing and moving on, beating, striking, or sharp star. Furthermore, the term "wa" draws attention to the things being sworn on-the heaven and the Tariq.

Through research carried out by Jocelyn Bell Burnell, at Cambridge Uni

Taken from : harunyahya.com

Saturday, February 9, 2008

A Severe drought in the End Times is a portent that the system of the Dajjal has moved to attack Islam

There will never have been such terrible corruption as that of the Dajjal since Allah created the Prophet Adem. (Signs of Qiyamah, Expanded 8th edition, p. 225)

Our Prophet (saas) has informed us that one of the portents of the appearance of the Messiah Dajjal and that his system has moved to attack Islam will be a severe drought and thirst that will be experienced at that time. There is a strong probability that it is today’s climate change and the beginning of a terrible drought to which our Prophet (saas) refers in the hadith. And Allah knows best.

This is how our Prophet (saas) describes the course of the drought, a sign of the Dajjal’s assault in the End Times:

The sky will keep back its rain for three years before the appearance of the Dajjal. In the first year it will hold back one-third of the normal rain and send down two-thirds. The earth will fail to yield one third of its crops. In the second year it will not allow two-thirds of the normal rain to fall. The earth will fail to yield two-thirds of its crops. And in the third year, it will stop all rain entirely, and the earth will yield no harvest. (Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tabarani, A History of the Future 3, p. 241)

Throughout the course of history deniers have engaged in a ruthless assault on prophets, messengers and believers in all periods. The attack that the system of the Dajjal will wage against Islam and the faithful in the End Times, the climate of chaos and corruption, will be of a hitherto unseen dimension. However, the system of the Dajjal has been created in such a way that its defeat is inevitable. By Allah’s leave, the snares of the deniers can never be successful, and the faithful will be under the protection of Allah in the End Times.

taken from : harunyahya.com

Friday, February 8, 2008

Telefon awek?

Assalamualaikum w.b.t

ana ada kemusyikalan..apakah hukumnya jika lelaki n perempuan yg bukan mahram berbual melalui telefon,chattingke,smske…adakah ini dibenarkan dalam islam..??..ana ada terbaca fatwa syeikh soleh bin fauzan,jilid ketiga yg mengatakan tidak boleh melakukan yg sedmikian kerana ia adalah membuka ruang kpd zina..?adakah benar demikian?

….ana tak faham bagaiman benda2 ni boleh mmbawa kpd pnzinaan padahal jika dilihat adakah salah kita berhubung,kawan dengan kawan,bertanya khabar,mengeratkan lagi silaturrahim..saling tegur menegur…dan sebagainya..??

dan jika bercinta sekalipun,contoh ana dok kat pj,tapi gfrend ana tu dok kat kedah,bagaimana mungkin ana boleh bertemu dgnnya..?antara sebabnya dharamkan perkara yg demikian itu,adalah dsebabkan kelunakkan suara perempuan itu…adakah bila kita bercakap dengan perempuan dalam telefon,tiba2 je nafsu kita terangsang..??..kerana mendengar suara perempuan yg merdu itu..??

bagi ana,adalah dbolehkan bercakap,berbual2 dgn perempuan yg bukan mahram melalui tel..asalkan perbualan tersebut bukan berunsur maksiat(mencarut2),tidak melalaikan dari mengingati allah,tidak akan membawa kita melakukan zina,…dan jika perbualan tersebut mengandungi isi2 yg berbentuk nasihatke,…ana minta penjelasan daripada insan yg arif…jawapan:

suara wanita bukanlah aurat. Kalau tidak masakan kaum wanita zaman nabi boleh berbicara dgn nabi malah dibaiah; umar ditegur oleh wanita dalam isu mahr; banyak hadith diriwayatkan oleh Aishah R.A; dsb.

Cuma yang dilarang seperti yang disebut di dalam al-quran:Firman Allah S.W.T:“Oleh itu jgnlah kamu berkata-kata dgn lembut manja (semasa bercakap dgn lelaki asing) kerana yg demikian boleh menimbulkan keinginan org yg ada penyakit di dlm hatinya (menaruh tujuan buruk kpd kamu) dan berkatalah dgn kata-kata yg baik (sesuai dan sopan).” (Surah Al-Ahzab: ayat 32)
Ayat ini merujuk kepada kata-kata yang lembut manja menggoda, bak kata orang…tergedik2..inilah yang terlarang. Adapun komunikasi biasa (kata2 baik sesuai dan sopan), tidaklah terlarang.
Oleh Sheikh Ziyad

—–

Suara wanita bukanlah aurat dan ia dituturkan didalam batas-batas syara’ yang telah ditetapkan. Suara wanita perlulah dibataskan agar tidak berbentuk menggoda, atau kerana ingin menarik perhatian dan membangkitkan syahwat lelaki, dan supaya tidak menimbulkan fitnah. Ia akan menjadi haram jika timbulnya Fitnah. Berkata Dr Nasr Farid Wassel, Mufti Mesir mengenai wanita membaca Al-Quran di hadapan lelaki :

الإسلام لا يَسُدُّ على المرأة بابًا من أبواب الخير تتسع له طاقاتها وتُؤهِّلها له إمكاناتها، ويَحثُّها على أن تستغلَّ كل مَواهبها التي وَهَبَها اللهُ إيَّاها، شريطةَ أن تقف عند حدود الدين والأخلاق، ولا تَحرُمُ قراءتها أمام الرجال أو إظهار صوتها إن كان مُحقِّقًا لهذا الغرض الشرعيِّ إن كانت مع مَحرم لها ومع أمْن الفتنة، بشرط ألا تتكسَّر في كلامِها أو تَستثير الرجال بالمدِّ والترخيم وما إلى ذلك مما هو خارج عن حدود النطق السليم ويدعو إلى الإثارة والشهوة لدَى السامعين، لقوله تعالى مُخاطبًا نساءَ النبيِّ خاصة ونساء المؤمنين عامَّة:(يَا نساءَ النبيِّ لَسْتُنَّ كأَحَدٍ مِنَ النساءِ إنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بالقَوْلِ فيَطْمَعَ الذي في قلْبِهِ مَرَضٌ وقُلْنَ قَوْلًا مَعروفًا) (الأحزاب: 32).

Kesimpulan jawapan Mufti tersebut :

“Islam tidak menghalang atau menutup pintu-pintu bagi seorang wanita itu meluaskan keupayaan dan kelebihannya, dan digalakkan mereka menyumbangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, dengan syarat ia tertakluk kepada batasan agama dan akhlak. Pembacaan seorang wanita tidaklah diharamkan dihadapan lelaki atau menzahirkan suaranya bagi mencapai penyampaian yang baik dan dibenarkan oleh syara’, jika dengan adanya mahramnya, dan aman dari fitnah. Dengan syarat juga ia tidak perkataannya tidak membangkitkan keinginan lelaki dengan memanjang-manjangkan dan melembut-lembutkan , dengan membataskan sebutan-sebutan yang lembut dan mengajak kearah membangkitkan syahwat disisi pendengar. Firman Allah swt kepada isteri-isteri Nabi khasnya dan seluruhan Mukminin amnya :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - [Al-Ahzab : 32)”" ———

Berkata Imam Ibnu Kathir berkenaan dengan surah Al-Ahzab [53 dan 32] :

أي لا تُلِنَّ القول . أمرهن الله أن يكون قولهن جزلا وكلامهن فصلا ، ( أي يكون كلامها جادا مختصرا ليس فيه ميوعة ) ولا يكون على وجه يظهر في القلب علاقة بما يظهر عليه من اللين ، كما كانت الحال عليه في نساء العرب من مكالمة الرجال بترخيم الصوت ولينه ، مثل كلام المريبات والمومسات ، فنهاهن عن مثل هذا .فيطمع الذي في قلبه مرض أي يتطلّع للفجور وهو الفسق والغزل .والقول المعروف: هو الصواب الذي لا تنكره الشريعة ولا النفوس. والمرأة تندب إذا خاطبت الأجانب وكذا المحرمات عليها بالمصاهرة إلى الغلظة في القول , من غير رفع صوت ، فإن المرأة مأمورة بخفض الكلام . انتهى .

“Ini bermakna mereka tidak boleh bercakap secara lembut. Allah merintahkan mereka bercakap secara padat dan tegas (mereka seharusnya serius dan ringkas perkataannya, dan tidak bercakap tidak tentu arah) . Tidak memungkinkan menunjukkan tanda-tanda di wajah mereka apa-apa kelembutan didalam hati mereka, sebagaimana wanita Arab (sebelum Islam) biasa melakukan apabila bercakap dengan lelaki, dengan melembutkan suara mereka seperti wanita yang menjaga kanak-kanak, atau seperti pelacur. Allah melarang wanita melakukan seperti itu.

Perkataan “menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) ” membawa makna keinginan mereka yang ingin melakukan perkara yang mungkar atau syahwat. “berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) ” bermakna bercakap dengan tidak melanggar syariah atau kejahatan. Wanti digalakkan apabila bercakap dengan mereka yang bukan mahram dengan keadaan yang seruis dan ucapan yang padat, tanpa meninggi suara, kerana mereka diarahkan merendahkan suara mereka”
Oleh Sheikh Kamin————-

Jadi, suara perempuan itu pada asalnya bukanlah auratm elainkan ia diluar batasan syara’. Demikian juga ketika berbual di dalam telefon. Di samping ianya perkara lagha dan membazir (jika borak2 kosong). WA.

wassalam

petikan dr : bicaramuslim

DIJODOHKAN DI SYURGA

Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.” Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.” Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.” Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya. Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: Kasih... cinta yang terindah adalah mencintaimu, sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu. Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?” Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu. Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya. Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

http://dakwah2u.blogspot.com

Biomimetik: Inspirasi Lukisan daripada Rekabentuk Benda-benda Hidup

Terdapat arahan untuk kamu dalam lembu. Daripada kandungan-kandungan perut mereka , dari pundi buangan dan darah, Kami berikan kamu susu asli untuk minuman, mudah bagi peminum-peminum untuk menelan. (Qur’an, 16:66)
Dan sesungguhnya ada pengajaran untukmu dalam binatang ternakan kamu. Kami beri kamu minum daripada apa yang ada dalam perut-perut mereka dan terdapat pelbagai kaedah yang kamu menafaat dari mereka, dan kamu makan sejumlah daripadanya, dan kamu mengenderai mereka dan atas kapal-kapal juga. (Qur’an, 23:21-22)
Sebelum saintis dan pakar-pakar penyelidik dan pembangun meneroka sesuatu projek baru, mereka terlebih dahulu memperhatikan model-model dalam benda-benda hidup dan meniru sistem-sistem dan rekabentuk-rekabentuk tersebut. Dengan lain perkataan, mereka meneliti dan mengkaji rekabentuk-rekabentuk ciptaan semulajadi Allah dan berinspirasikan ini, membangunkan teknologi-teknologi baru mereka sendiri.
Pendekatan ini telah melahirkan biometrik, suatu cabang baru sains yang memerlukan plagiat terhadap benda-benda hidup. Pada waktu-waktu terkini, aspek sains ini telah digunakan secara meluas dalam dunia teknologi. Penggunaan perkataan “ibratan,” (belajar daripada, nasihat, kepentingan, benda yang mustahak, atau model) dalam ayat di atas adalah sangat bijaksana bagi maksud ini.
Biomimetik merujuk kepada semua bahan, peralatan, mekanisme, dan sistem yang dihasilkan oleh manusia dalam memplagiat sistem-sistem yang wujud di alam semulajadi. Komuniti saintifik sekarang merasakan suatu keperluan yang hebat untuk menggunakan peralatan tersebut, terutamanya dalam bidang-bidang teknologi nano, teknologi robot, kecerdikan buatan, perubatan, dan pertahanan.
Biomimikri telah diutarakan pada mulanya oleh Janine M. Benyus, seorang penulis dari Montana. Konsep ini kemudian dianalisa oleh ramai orang dan telah mula mecari aplikasinya. Sejumlah komen yang telah dibuat mengenai biomimikri adalah seperti berikut:
Tema "biomimikri" adalah kita hendaklah banyak belajar daripada dunia semulajadi, sebagai model, mengukur, dan mentor. Apa yang pengkajiselidik-pengkajiselidik memiliki dalam persamaan adalah menghormati rekabentuk-rekabentuk semulajadi alam dan ilham untuk menggunakan mereka dalam menyelesaikan masalah-masalah manusia. 1
David Oakey, pakar buatan untuk Interface Inc., sebuah syarikat yang bersumberkan alam semulajadi bagi meningkatkan mutu produk dan produktiviti, berkata:
Alam semulajadi merupakan mentor saya bagi perniagaan dan rekabentuk, suatu model cara hidup. Sistem semulajadi yang telah bekerja selama jutaan-jutaan tahun … Biomimikri adalah satu kaedah pembelajaran berpandukan alam semulajadi. 2
Saintis yang telah mula mempersetujui ini dengan pantas meluaskan ide mempercepatkan kajian mereka menggunakan rekabentuk-rekabentuk alam yang tiada setara dan amat sempurna sebagai model. Rekabentuk-rekabentuk ini mewakili model-model untuk penyelidikan teknologi kerana mereka menyediakan produktiviti maksimum bagi jumlah bahan dan tenaga yang paling kurang, dan berupaya mengekalkan pemuliharaan sendiri, mesra alam, senyap, indah menawan, berdayasaing, dan tahan lama.Akhbar “The High Country News” telah menyatakan biomimetik sebagai “sebuah pergerakan saintifik” dan membuat ulasan berikut:
Dengan menggunakan sistem-sistem alam semulajadi sebagai model-model, kita boleh mencipta teknologi-teknologi yang lebih tahan lasak daripada yang ada hari ini. 3
Janine M. Benyus, yang meyakini bahawa model-model alam semulajadi harus ditiru, telah memberi contoh-contoh berikut dalam bukunya, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (Perennial: 2002):
• Burung kelicap menyeberangi Teluk Mexico menggunakan kurang daripada 3 gram (satu per sepuluh daripada satu aun) bahanapi,• Pepatung mengendalikan pesawat helikopter paling terbaik,• Sistem pemanasan dan pendingin hawa dalam busut anai-anai paling terhebat dalam istilah penggunaan alat dan tenaga berbanding sistem yang dibuat oleh manusia,• Penghantar frekuensi tinggi kelawar lebih cekap dan lebih peka daripada sistem radar buatan kita,• Alga sinar-cahaya menyatukan pelbagai bahan kimia untuk menyinari badan-badan mereka,• Ikan dan katak artik menyejukbeku dan kemudian menganjal untuk hidup, telah melindungi organ-organ mereka daripada dimusnahkan oleh ais,• Sesumpah dan sotong merubah corak kulit mereka menyerupai persekitaran dengan sekelip mata,• Lebah,penyu dan burung belayar tanpa peta, dan• Ikan paus dan burung penguin menyelam tanpa sebarang peralatan skuba.
Mekanisme-mekanisme dan rekabentuk-rekabentuk alam semulajadi yang mengkagumkan ini, hanya sebahagian kecil diungkapkan, mempunyai keupayaan mempermewahkan teknologi bagi jurusan-jurusan yang luas. Keupayaan ini menjadi lebih nyata sejajar dengan peningkatan longgokan ilmu kita dan pertambahan kaedah-kaedah teknologi.
Semua haiwan memiliki banyak sifat-sifat yang mengkagumkan manusia. Ada yang mempunyai bentuk hidrodinamik yang sempurna membolehkan mereka berenang, dan terdapat lain-lain berbantukan pancaindera-pancaindera yang nyata asing kepada kita. Kebanyakan ciri-ciri yang hanya ditemui oleh pengkajiselidik untuk pertama kalinya, atau, mungkin baru kini tersingkap. Sehubungan itu, perlu untuk saintis-saintis pakar dalam bidang-bidang seperti teknologi komputer, kejuruteraan mekanikal, elektronik, matematik, fizik, kimia, dan biologi bekerjasama untuk memplagiat hanya satu ciri atau sifat benda hidup.
Saintis-saintis terpukau dengan pertembungan keunggulan struktur dan sistem yang mereka temui setiap hari berlalu, dan menggunakan kekaguman itu untuk mengilhamkan mereka menghasilkan teknologi terkini bagi faedah manusia. Menyedari hakikat kesempurnaan sistem yang wujud dan teknik-teknik luarbiasa alam semulajadi ternyata lebih canggih daripada ilmu dan kebijaksanaan mereka, membuatkan mereka peka terhadap penyelesaian-penyelesaian tanpa tara ini kepada masalah-masalah semasa dan kini berpandukan rekabentuk alam semulajadi untuk meleraikan masalah tersebut yang tidak terurai selama bertahun-tahun. Oleh yang demikian, mereka mungkin mencapai kejayaan dalam jangka waktu yang singkat. Tambahan lagi dengan meniru alam semulajadi, saintis-saintis membuat keuntungan terpenting daripada segi masa dan tenaga kerja juga penumpuan kepada penggunaan sumber bahan.
Hari ini kita lihat teknologi yang membangun beransur-ansur menyingkap keajaiban-keajaiban ciptaan dan menggunakan rekabentuk-rekabentuk luarbiasa dalam benda-benda hidup, seumpama kes biomimetik bagi perkhidmatan kemanusiaan. Benyus telah menyatakan “‘Bertindak mengikut alam semulajadi’ mempunyai keupayaan untuk mengubah cara membesarkan tanaman, membuat bahan-bahan, menjana tenaga, menyembuhkan diri kita, menyimpan maklumat, dan mengendalikan perniagaan.” 4 Berikut adalah sebahagian daripada kertaskerja-kertaskerja saintifik yang telah mengambilkira subjek-subjek tersebut:
“Science is Imitating Nature,” 5“Life's Lessons in Design,” 6“Biomimicry: Secrets Hiding in Plain Sight,” 7“Biomimicry: Innovation Inspired by Nature,” 8“Biomimicry: Genius That Surrounds Us,” 9“Biomimetics: Creating Materials from Nature's Blueprints,” 10 and“Engineers Ask Nature for Design Advice.” 11
Dalam kurun kesembilan belas, alam semulajadi diplagiat hanya pada istilah astetik. Seniman dan senibina ketika itu telah terpengaruh dengan alam semulajadi dan menggunakan contoh-contoh sifat-sifat luaran struktur dalam kerja-kerja mereka. Namun kesedaran rekabentuk-rekabentuk luarbiasa alam semulajadi dan lain-lain hanya boleh digunakan bagi faedah manusia bermula dalam abad kedua puluh dengan kajian mekanisme semulajadi di tahap molekul. Saintis hari ini sedang belajar daripada benda-benda hidup sebagaimana telah diungkapkan dalam Al-Quran 1,400 tahun lalu.
1- Frederick Pratter, “Stories from the Field Offer Clues on Physics and Nature,” Christian Science Monitor, www.biomimicry.org/reviews_text.html. 2- “Biomimicry,” www.bfi.org/Trimtab/spring01/biomimicry.htm.3- Michelle Nijhuis, High Country News, 6 July 1998, vol. 30, no. 13, www.biomimicry.org/reviews_text.html.4- “Biomimicry Explained: A Conversation with Janine Benyus,” www.biomimicry.org/faq.html.5- Bilim ve Teknik Dergisi (Journal of Science and Technology) (August 1994): 43.6- Philip Ball, “Life's lessons in design,” Nature 409 (2001): 413-16, www.nature.com/cgi-taf/DynaPage.taf?file=/nature/journal/v409/n6818/full/409413a0_fs.html&filetype=&_UserReference=C0A804EF465069D8A41132467E093F0EDE99.7- “Biomimicry: Secrets Hiding in Plain Sight,” NBL (New Bottom Line) 6, no. 22, 17 November 1997, www.natlogic.com/resources/nbl/v06/n22.html.8- Janine M. Benyus, Biomimicry: Innovation Inspired by Nature (New York: William Morrow and Company, Inc.: 1998), www.biomimicry.org/reviews_text.html.9- Ed Hunt, “Biomimicry: Genius that Surrounds Us,” Tidepool editor, www.biomimicry.org/reviews_text.html.10- Robin Eisner, “Biomimetics: Creating Materials from Nature's Blueprints,” The Scientist, 8 July 1991, www.the-scientist.com/yr1991/july/research_910708.html.11- Jim Robbins, “Engineers Ask Nature for Design Advice,” New York Times, 11 December 2001.

Thursday, February 7, 2008

Ciri-ciri isteri solehah

- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/01/ciri-ciri-isteri-solehah.html

Antara Sebab Hati Tidak Tenteram

Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-

1) Cinta Dunia

Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.


2) Tamak

Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi


3) Kedekut

Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk


4) Riak

Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.


5) Pemarah


Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.


6) Ego

Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya


7) Pendendam

Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


8) Hasad Dengki

Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.


9) Tidak Sabar


Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain.


Pengajaran
di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam bissawab.

Friday, February 1, 2008

pengorbanan agong

MELAKUKAN penyembelihan binatang korban adalah ibadat dan ia kesinambungan daripada pengorbanan agung Nabi Ibrahim al-khalil terhadap puteranya, Nabi Ismail a.s sejak ribuan tahun.

Sejarah pengorbanan mulia itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah, malah ia dihayati sepanjang zaman.

“Maka, apabila anaknya ini sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata, wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”


“Anaknya menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar.” (as-Shaafat: 102-107)

Melakukan ibadat korban dalam Islam menurut ulama muktabar terbahagi kepada beberapa hukum.

Bagi Imam Abu Hanifah, ia wajib, manakala yang lain mengatakan sunat muakkad (iaitu ibadat sunat yang sangat digalakkan atau dituntut melakukannya).

Rasulullah s.a.w dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah daripada A'isyah r.a. bersabda, maksudnya:

“Tiada suatu bentuk ibadat yang dilakukan manusia pada hari raya korban yang lebih baik dan dicintai Allah daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban yang telah dipotong kelak pada hari kiamat akan datang lengkap dengan tanduk, kuku dan rambutnya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah diterima Allah s.w.t sebelum mengalir ke tanah.”

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata ibadat korban dilakukan pada Aidiladha dan tiga hari seterusnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Selepas tarikh itu, penyembelihan tidak diiktiraf ibadat korban.

“Masa untuk melakukan korban ialah selepas solat sunat Aidiladha hingga sebelum matahari jatuh (Maghrib) pada 13 Zulhijjah.

“Sesiapa yang menyembelih binatang sebelum atau selepas tempoh ini tidak dinilai penyembelihannya sebagai ibadat korban, malah ia sembelihan biasa,” katanya.

Rasulullah s.a.w dalam hadis diriwayatkan Imam Muslim dari sahabat, Barra’ ibn Azib, maksudnya: “Pada Aidiladha, yang pertama kami lakukan ialah melaksanakan solat Aidiladha, kemudian pulang ke rumah (untuk makan pagi). Sesudah itu baru menyembelih haiwan korban. Sesiapa melaksanakan seperti itu maka telah sesuai dengan sunnah kami. Dan, sesiapa menyembelih haiwan korban sebelum solat Aidiladha, maka tidak disebut ibadat korban melainkan hanya sedekah daging biasa yang diserahkan kepada keluarganya.”

Penyembelihan korban boleh dilakukan terhadap haiwan ternak seperti lembu, unta, kambing dan biri-biri.

Bagi lembu dan unta, boleh dikongsi tujuh orang, manakala kambing atau biri-biri seekor setiap orang.

“Jika mahu berkorban lembu untuk dirinya, ia lebih afdal. Boleh juga seekor lembu dikongsi suami isteri.

“Cuma, jika syariat menetapkan seekor lembu dikongsi tujuh orang, ia tidak boleh menjadikan lapan orang untuk satu bahagian,” katanya.

Bekas Imam Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur itu berkata, penyembelihan binatang korban suatu ibadat dan tidak sepatutnya dicampur aduk dengan perkara lain.

Menurutnya, umat Islam yang melakukan ibadat korban dilarang menunjuk-nunjuk kononnya dia banyak harta sehingga boleh timbul riak atau sombong.

“Tindakan menunjuk-nunjuk adalah riya’ dan dimurkai Allah. Orang yang berkorban perlu tanam dalam diri keikhlasan mencari keredaan Allah,” katanya.

Beliau berkata, selain melaksanakan hukum Allah, ibadat korban membantu golongan fakir miskin.

Katanya, jika melakukan korban tetapi tidak mengagihkan daging korban kepada orang lain sebaliknya menyimpan untuk diri sendiri, matlamat ibadat korban dianggap gagal.

“Justeru, satu pertiga daripada daging korban diagihkan kepada fakir miskin (dalam keadaan mentah) manakala bakinya boleh dinikmati sesiapa saja, termasuk diri sendiri dengan syarat korban itu bukan korban nazar.

“Jika korban nazar, seseorang itu tidak boleh menikmati bahagian korbannya tetapi boleh menerima pemberian daripada bahagian orang lain.

“Namun, lebih warak (baik) tidak mengambil sedikitpun daripada daging korban itu walaupun daripada bahagian orang lain.

“Boleh juga daging korban dimasak, kemudian dijemput orang ramai menikmatinya. Cuma, seseorang itu tidak mendapat pahala sunat sedekah secara mentah,” katanya.

Mohd Rani yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan penyembelihan korban, berkata bukan satu kesalahan melakukan ibadat korban melalui wakil, dengan membayar sejumlah wang mengikut harga tertentu kemudian menyembelih di tempat tertentu tanpa dia hadir.

“Kaedah itu tidak menjadi kesalahan malah apabila niat untuk berkorban dan seseorang itu mengeluarkan duit, ia memadai dan mendapat pahala korban.

“Hanya dalam mazhab Syafie, seseorang itu perlu niat ketika darah binatang yang disembelih menitis.

“Dalam mazhab lain perkara ini lebih luas. Apabila sudah diberikan wang, sudah dikira niat.

“Kita jangan terlalu berfikiran sempit dalam mazhab kerana Islam adalah agama yang luas, bukan jumud,” katanya.

petikan dari : mymetro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...