mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Wednesday, September 1, 2010

Saya da lali la dengan anjing….


 Salam ramadhan nureen ucapkan pada kalian semua? Macam mana puasa? Ok ke x ok? Rasa baru jer ramadhan singgah, xlama lagi dah nak meninggalkan kita. Pejam celik, pejam celik da masuk 10 terakhir ramadhan dah. Jom kita tinggatkan amalan ibadah kursus kita pada hari-hari terakhir ramadhan nie.

Petang semalam nureen ada majlis berbuka puasa kat rumah kawan. BBQ bukak puasa nie untuk budak-budak kelas. Kenangan terakhir… Mula-mula nak tumpang kawan, tapi si Hakam nie terpaksa pergi berbuka puasa di Masjid Selat anjuran budak-budak Master. Hurm, nak tumpang kawan yang lain, kredit habis lak. Baru-baru nie sim card celcom post paid nureen rosak. So, sekarang nie guna numbor UOX jer la… Dah xder orang nureen nak tumpang, ape lagi, menapak la jawapnya.

Nureen cuak skit nak menapak petang-petang nie. Bukan ape, da paham dengan kerenah anjing-anjing nie. Ala, macam kita-kita jugak, petang-petang nak kuar bersiar-siar, bergurau senda dengan kengkawan diorang. Tapi, da xder pilihan. Kalau tak pergi, duit dah bayar. Lagipun, malas nak bukak puasa sorang-sorang kat umah nie.

Anjing kat sini macam-macam jenis ada. Daripada yang kecik macam kucing, yang berbulu lebat, yang tak de bulu, yang menyerupai ba alif ba ya, yang menyerupai musang, serigala, semua ada. Anjing yang dalam citer katun 101 dimensions pun ada tau. Sedang elok nureen jalan kaki, 2 ekor anjing sebesar anjing polis, duk ‘berlari-lari anak’. Hish, mesra betul 2 ekor anjing nie. Jarak nureen dengan anjing-anjing nie dalam 1-2 meter jer. Mula-mula nureen buat derk jer, tapi bila da makin dekat, nureen melintas ke seberang jalan. Bukan ape, takut kena samak lagi.

Masa nureen menyeberang jalan tue, ada sebuah kete lalu. Kete tue lalu perlahan jer. Nureen sempat jugak tengok asal la minah nie slow jer bawak kete. Hurm, orang Islam rupanya. Patut la…Tengok dari air muka diorang, mesti diorang pelik tengok nureen. Yela, dengan selamber badak jer nureen jalan kaki tepi anjing-anjing yang besar tue. Saya kena wat berani la, cik kak oi… Dalam hati Tuhan jer tahu.

Muka jer Nampak tenang, tapi dalam hati nie, terkumat-kamit baca doa. Seram gak kalau anjing tue ikut aku. Da banyak kali kena kot. Allahu maassir wala tuassir.  Doa yang ringkas dan padat. Maksudnya, Ya Allah, permudahkanlah urusanku, janganlah Engkau memayahkannya.

Nak lalu tepi anjing, kena tahu cara-cara dia. Jalan tue buat xtahu jer. Jangan takut sangat, takut anjing tue dapat hidu yang kiter takut kat dia. Satu lagi, jangan tengok mata anjing. Tok sah la duk berangan nak main mata dengan anjing, silap-silap berlari keliling kampong plak.

Percaya tak, anjing pernah terkejut tengok nureen? Betul, tak tipu. Kalaulah nureen boleh snap muka anjing masa tue…kelakar betul. Hihihi…



4 comments:

Khulafa' Ar-Rashidi said...

Kat tmpt min blaja ni pn byk anjing....anjing lalu sebelah pn penah...tp wat xtau je...kn lau tgk lebih kn xpasal2 men polis entry plak...hehe...Part yang anjing terkejut tu min tergelak....hihi.xsangka anjing pn boleh terkejut... (^^,)

nureen said...

betul la min...np, xcaya? sbb ms dyh duk jln2, dpn tue ada kete. si anjing tue pn jenjalan gak. mgkn dia ingt xd org, sbb nmpk kete jer. tue bl lps lintas kete tue dia mmpk dyh tkejut. xtipu la...xbaik tipu

nureen said...

jp2, kt UIA pn byk anjing gak ek?

Khulafa' Ar-Rashidi said...

Yup...byk anjing kt dlm uia ni..sbb sini kn dkt dgn hutan n dkt dgn kg org asli...tu yg anjing byk tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...