mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Wednesday, September 8, 2010

mangsa keadaan

Al-Fatihah...


Takziah nureen ucapkan buat sahabat nureen, Nurul Diana Susaimi kerana baru sahaja kehilangan bonda tercinta Selasa lalu.

Takziah juga nureen ucapkan pada keluarga Mak Long nureen atas pemergian arwah Pak Long Jumaat yang lalu. Akhirnya arwah pak long pergi jua setelah sekian lama menderita sakit stroke.

Innalillahi wa inna ilahi rojiuun....

Mangsa keadaan. Sape plak yang jadi mangsa keadaan nie? Nureen nak kongsi kisah yang menyayat hati dengan kalian. Kisah ini kisah benar tau. Terjadi pada sahabat adik nureen. Saat nureen sedang menulis ini, dia hanya mendapat bantuan mesin untuk meneruskan hidup. Moga kau tabah, adikku. Ingin sekali aku melawatmu... Malang sekali hanya orang yang tersenarai dalam wasiatmu yang diizinkan melawatmu....Doaku mengiringimu dari jauh....

Biarlah nureen panggil adik pada sahabat adik ini. Adik nie berusia 17 tahun. Pada usia ini pastinya remaja-remaja yang lain sedang bertungkus lumus menelaah pelajaran. Lepas raya nanti mereka akan berdepan dengan peperiksaan besar - SPM. Namun, berbeza dengan adik. Sejak bulan March yang lalu, adik telah berhenti sekolah.

Jangan kalian cepat menafsir. Adik mengandung. Sekali lagi. Jangan salahkan adik. Dia hanya mangsa. Mangsa rogol kepada abang kandungnya sendiri. Satu-satunya adik beradik dan juga saudara yang dia ada. Parents? Kedua-dua ibubapa adik telah meninggal dunia. Menurut adik nureen, arwah parents adik meninggal dalam kemalangan semasa mengerjakan haji.


Kini, adik sedang nazak dan ditempatkan dalam ICU di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Semalam nureen menghantar adik nureen ke HPP. Adik nureen merupakan salah seorang yang bertuah yang dibenarkan melawat dan menjaga adik. Adik koma sejak melahirkan anak sehingga sekarang. Adik nureen hanya mampu membacakan yassin untuk adik selain memberikan kata-kata semangat.

Nureen menyatakan hasrat untuk menziarahi adik. Tapi, adik nureen tak benarkan. Khuatir adik akan trauma serta mengalami sesak nafas jika terlihat orang lain. Abang adik merupakan pelajar yang pintar. Sayangnya, dia menjadi menagih dadah kini. Nureen pun heran. Andaian nureen mungkin abang adik xdapat menerima tamparan ekoran kematian kedua ibubapanya.

Walaupun adik berdepan dengan dugaan yang hebat, adik masih lagi bertuah. Bertuah sebab lahir dalam keluarga yang mewah. Adik mewarisi banyak harta peninggalan arwah parentsnya. Jadi, dalam keadaan adik yang sedang nazak kini, adik mendapat rawatan yang rapi. Masih mampu untuk membiayai kos perubatan.

Menurut adik nureen lagi, tiada saudara mara yang ambil pusing tentang adik. Mujurlah adik punya orang gaji yang sangat baik dan berhati perut. Orang gaji adik la yang menguruskan adik.

Adik, walaupun kak dayah tak pernah kenal adik, Kak dayah sayang adik. Bersabarlah sayangku. Allah sangat menyayangimu. Adik masih dikurniakan sahabat yang baik. Masih ada yang menyayangimu. Moga adik kuat dengan ujian ini.

1 comment:

nureen said...

al-fatihah untuk adik...

adik telah pun meninggal dunia..

moga dikau bahagia di alam sana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...