mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Wednesday, September 1, 2010

OTC : Otak Tak Center


Pernah dengan istilah OTC? Istilah nie nureen punya Dato’ Pengarah yang ajar masa beliau member ucapan majlis penutup pada program yang kami anjurkan di Naza Talia Hotel minggu lepas. Tajuk seminar tue Business Sharing Experience. Teringat kata-kata Dato’ tempoh hari, “Budak zaman sekarang suka bergaduh hal-hal yang remeh temeh. Berebut makanan, kawan minum air dia la, dan macam-macam lagi. Kalau macam nie gaya pemikiran pelajar-pelajar sekarang, sampai bila la nak maju?” lebih kurang macam tue la ucapan beliau.

Nureen akui, kata-kata dato’ banyak betulnya. Entah la, nureen pun tak paham budak-budak zaman sekarang. Nak kata tak pandai, masuk universiti. Tapi tue la, hanya ilmu pelajaran jer tahu. Yang teori-teori jer ok. Ilmu kehidupan, ilmu hidup bermasyarakat, ilmu untuk mengawal marah xreti. Tak belajar. Memang la, ilmu-ilmu macam nie xdiajar dalam kelas. Kater dah besar panjang, dah jadi orang dewasa, xkan xreti nak belajar nie sume kot?

Nak tahu kenapa nureen cakap camtu? Sebab nureen dah muak dan naik menyampah tengok, alami, dengar kerenah orang-orang dewasa, tapi otaknya masih kebudak-budakan. Otaknya tak berapa nak center.  Akal fikiran elok-elok Allah bagi. Sempurna lagi, tapi xreti nak kawal marah. Bikin malu kat budak kecik jela. Tahu nak sindir orang jer kejenya. Tuela, buat keje kena ikhlas, jangan nak harapkan pujian dan balasan jer. Pelik bin ajaib betul nureen rasa manusia nie buat keje baik, nak heboh satu dunia. Biar satu dunia tahu. Perlu ker?

Hello cik kak!! Aku da banyak sabar tau. Hal remeh camtu pun nak sindir-sindir ker? Dah xreti nak cakap elok-elok? Korang ingat aku tak tahu ker? Aku sajer je buat derk bila korang duk sedap menyindir. Hurm, kalau aku cepat melenting, cepat melatah habislah. Aku sabar jer la, pikir nak jaga hubungan dengan korang. Buang Karen jer nak gaduh benda-benda remeh nie. Buat malu kat budak je tahu tak? Kalau aku balas balik, mahunyer bermasam muka. Bukan aku tak de perasaan lepas dengan perkataan yang kuar dari mulut korang, tersentap jugak la. Terasa jugak la. Tapi, biarla. Baik aku tersentap,baik aku terasa hati daripada bermasam muka dengan korang. Nak matured ar beb nak gaduh-gaduh…

Selama nie aku dok buat keje sorang-sorang rilek jer. Sampai sakit-sakit badan buat keje sorang-sorang. Ada aku peril-perli korang? Tak de,kan? Bagi aku, senang jer, masing-masing dah tahu tanggungjawab masing-masing. Nak buat ke, tak nak buat ke, tahu tapi buat-buat xtahu ker, tue masalah korang. Sume dah besar panjang. Dah reti pikir. Aku nie kalau nak buat keje, tak suker orang tahu. Tak suker buat keje depan orang. Sebab aku bukan harapkan balasan. Bukan harapkan pujian yang tinggi melangit. Aku buat baik, aku buat keje cukuplah Allah tahu. Kalau duk mengungkit sini, mengungkit sana, penat pun dapat, pahala pun hilang. Apa yang tinggal? Habuk pun tak de.

Berubah la….Mungkin masa nie korang tak nampak lagi. Kalau korang terus dengan perangai macam nie, sok-sok susah. Bila dah keje, bila dah kawen…susah!!! Kalau korang tak biasakan diri dengan tugas-tugas seorang isteri, seorang ibu dari sekarang, huru-hara idup korang nanti. Kalau sikit-sikit nak melenting, sikit-sikit dan marah, sikit-sikit nak mengungkit…alamat nanti laku korang pun lari tau. Hah, masa tue baru rasa merana… Kalau bawak perangai nie sampai kat tempat keje, silap-silap kena pulau. Xder orang nak kawan dengan korang. Yela, perangai korang tue sikit menyakitkan hati. Aku harap korang pikir-pikir la… aku tak mintak pun korang mintak maaf, aku cuma mintak korang berubah sebelum terlambat. Untuk kebaikan korang jugak, kan? 
p/s: sory yer tak sempat nak masukkan gambar. nak siap pergi kelas...


2 comments:

Adlina Husaini said...

salam ziarah kembali daripada familysempoi ^_^

nureen said...

terima kasih (+.*)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...