mutiara kata
Followers
blogwalking....
Monday, September 20, 2010
Dari "Daulat Tuanku" kepada seruan "Allahu Akbar"
- HEBAHAN: Penggantian seruan "Daulat Tuanku" kepada seruan "Allahu Akbar"..
.......Ini bermakna, selapas ini tiada lagi seruan (untuk tujuan rasmi) menggunapakai seruan "Daulat Tuanku"..tetapi ianya perlu diubah kepada seruan "Allahu Akbar"..adapun titah ini hanyalah terpakai khusus untuk Sultan Negeri Kelantan........
sumber
Sunday, September 19, 2010
adikku da kawen...
da lama adik menyepi...
rindu adik...rindu saat adik temankan akak jejalan kat uitm dulu...
da banyak kali akak tengok pic wall adik pakai baju macam pengantin...
akak ingat adik ada program ape...
tadi akak tergerak nak tengok profile adik...
dan juga blog adik...
terkejut akak bila da tahu adik akak nie da kawen..
xajak pun ek :(
da sebulan lebih adik da kawen..
pape pun akak doakan perkahwinan adik bahagia hingga ke akhir hayat..

Friday, September 17, 2010
To my dearest group members..
I dedicate this entry to via, azie, mida, fida and also ayeen,
Gurls, first of all I really apologies for being silent wif u ol…
And sorry cuz can’t back to Malacca earlier…
Mida, masa ko hantar msg kt aku smlm ak da tdo. I silent my hp & charge it..
Something badly happen to me…not something, but a few things….and I need time to recover from those bad things…
I will attach my parts before the due date.
Read rest of my blog entries…
Nureen mesti kuat!!
Alhamdulillah…pertamanya nureen ingin mengucap syukur pada Yang Maha Kaya kerana mengurniakanku seorang sahabat yang baik. I luv you hijab. Terima kasih hijab. Dari dulu hingga kini hijab sentiasa ada di saat nureen sangat memerlukan sokongan dan semangat. Terima kasih Allah mengutuskan ukhti solehah ini kepadaku…
Ini dua entry hijab untuk nureen
Allah sayangkan kamu
Hijab, terima kasih kerana selalu hantar msg2 semangat kat nureen. Hargai sangat-sangat. Terima kasih kerana tak henti-henti member teguran dan peringatan.
Terharu bila baca entry hijab tadi. InsyaAllah hijab. Nureen cuba kuat. Nureen cuba bangkit.
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Thursday, September 16, 2010
BERHATI-HATILAH DGN MINUMAN INI ..
Assalamualaikum wtb,
GREEN BEAN SOY DRINK
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikiradalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini.lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Jenama ni minuman aiar soya hijau
Perhati ingredient
Kod Lemak Babi
Made in China

Ingin kulari jauh…
Ingin kuberlari…
Berlari sekuat hati…
Hingga hujung dunia…
Lari dari semua yang ada…
Disekelilingku…
Difikiranku…
Dihatiku…
Saat dan tika ini..
Entah kesekian kaliannya…
Air mata jatuh lagi…
Aku tak kuat..
Kemana hilangnya ketabahanku?
Kesabaranku?
Kujatuh,
Jatuh terduduk..
Tersungkur dengan ujianMu
Ya Rabb!! Ya Tuhanku!!
Kurniakanlah aku kekuatan,
Dalam mendepani ujian dariMu…
Hijab, nureen tak kuat hijab,
Hijab, terima kasih sahabatku..
For being a good listener to me…
Berlari sekuat hati…
Hingga hujung dunia…
Lari dari semua yang ada…
Disekelilingku…
Difikiranku…
Dihatiku…
Saat dan tika ini..
Entah kesekian kaliannya…
Air mata jatuh lagi…
Aku tak kuat..
Kemana hilangnya ketabahanku?
Kesabaranku?
Kujatuh,
Jatuh terduduk..
Tersungkur dengan ujianMu
Ya Rabb!! Ya Tuhanku!!
Kurniakanlah aku kekuatan,
Dalam mendepani ujian dariMu…
Hijab, nureen tak kuat hijab,
Hijab, terima kasih sahabatku..
For being a good listener to me…
Wednesday, September 15, 2010
Maher Zain LIVE in Malaysia
The long awaited and much anticipated live performance of Maher Zain in Malaysia.
See Maher Zain LIVE in Shah Alam October 15th 8:00 - 11:00 pm at the MBSA Auditorium.
Leading to the major event, Maher Zain will also be meeting his fans in several locations. These locations, dates and times will be announced soon.
Malay: Maher Zain LIVE di Malaysia!
Persembahan yang sekian lama dinantikan.
Raikan Maher Zain LIVE di Shah Alam: Oktober 15 08:00 - 11:00 mlm di Auditorium MBSA.
Maher Zain juga akan mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan peminat-peminat di beberapa lokasi. Lokasi-lokasi, tarikh dan masa akan diumumkan sebaik sahaja dipastikan.
Bila baca tadi, hati melonjak-lonjak nak pergi... Tarikh nie plak nureen available sebab baru jer habis kuliah. Study week..Nak pergi sangat-sangat...Ada sape-sape nak temankan nureen x? (+.*)
pesanan penaja.perlu baca
Dugaan datang tanpa henti…
Satu demi satu ujian menghadirkan diri. Hari ini nureen dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Dimanakah akal warasmu? Tidakkah kamu memikirkan orang-orang yang menyayangimu? Mengapa engkau mengikut bisikan syaitan? Ia adalah suatu tindakan yang bodoh! Kenapa dipandang enteng soal agama? Solat itu tiang agama…sungguh sedih, sebak hati ini melihat keadaanmu…
Ya Allah! Kurniakan kami kekuatan, ketabahan, kesabaran serta keimanan dalam menghadapi ujianMu ini…
Ya Allah! Kurniakan kami kekuatan, ketabahan, kesabaran serta keimanan dalam menghadapi ujianMu ini…
Tuesday, September 14, 2010
nak tengok...
Piranha (2010)
Dulu masa kecik-kecik pun ada gak citer nie. Masa tue, tengok citer nie dengan family depan tv. Abah nureen memang suker tengok citer nie…
Sayu…
Sayu ase sebab xdapat nak tengok.Huhuhu. Banyak keje. Lepas tue g Sabah 4hari. Balik dari Sabah pun rasanya kebizian belum reda lagi…
Ada sapa-sapa nak temankan nureen tengok citer nie tak?
p/s:citer nie ada sentimental value kat nureen. Ah, pilunya hati ini…tak mungkin dapat kuputar masa yang telah berlalu…

untuk kalian...
Duhai sekalian pembaca,
Maafkan nureen. Ampunkan segala kekhilafan dan kelemahan yang ada pada nureen. Bulan nie entry nureen belum ada yang best. Apa yang berlaku baru-baru ini telah meragut semangat nureen. Maafkan nureen.
Kucuba pujuk hati ini…Hijab, nanti kiter jumpa yer. Lama sangat tak jumpa hijab. Lepas nureen balik dari Sabah, insyaAllah nureen turun Shah Alam. Terima kasih sebab hijab sentiasa hadir di saat nureen kesusahan. Maaf sebab nureen sedikit menyepi dari kalian.
Buat sahabat-sahabatku, maaf sebab raya tahun nie xdapat join korang konvoi raya macam sebelum-sebelum nie. To Ini Ayu, maaf sebab aku tak dapat pergi rumah mung tadi. Bukan sengaja…Berkecamuk yu..
And for my group members, sory gurls xdapat balik Melaka awal. Hanya ini yang mampu aku lakukan. Maaf andai xlayan sangat msg2 korang…
Mampukah aku?
Do not hate anybody? Mampukah aku? Aku hanya insan biasa. Manusia yang penuh dengan kelemahan diri. Insan yang lemah. Puas kupujuk hati ini supaya tidak membenci mereka. Maafkan nureen. Sedikit demi sedikit rahsiamu terbongkar dengan sendirinya. Bukan kami yang ingin menyelongkar aibmu, tapi Allah Maha Mengetahui apa yang engkau sembunyikan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sudah banyak peluang diberi. Sudah banyak kali kami memaafkan kalian. Tapi, ini balasannya? Luka lama berdarah kembali...Luka baru pun masih belum berhenti mengalir...Ya Tuhan! Kuatkan hati kami dalam menghadapi ujianMu ini..
Insaflah...Kembalilah ke jalan yang benar. Kasihanilah kami. Hentikan semua ini. Jika hanya bala Allah yang dapat menyedarkan kalian, aku rela ia menimpa kamu. Seandainya itu sahaja jalan yang ada...
Sayu rasa hati bila engkau sudah hilang sifat perikamanusiaan...sanggup engkau memperlakukan kami sedemikian rupa?
Sunday, September 12, 2010
hari esok penuh debaran...
Penat. Tue la perasaan nureen sekarang. Penat kemas umah. Hari nie final touch. Dulu, kami lima beradik perempuan akan sama-sama kemas rumah. Sekarang tinggal tiga orang jer. Nureen yang kena jadi kepala kepada dua lagi adik perempuan nureen.
Kak Yanie biasanya keje di hari raya. Da banyak tahun. Esok petang kak yanie balik. Kak Yu plak da jadi ummi kepada dua orang anak perempuan, aliya dan aisyah.
Penat jugak sebab nureen xberapa sihat hari nie. Badan nureen mula panas. Anyway, thanks to wonderpet cuz you be a gud listener to me :D. Lena betul tdo tadi lepas dapat melepaskan rasa hati.
Esok my wonderpet nak datang umah. Jangan lupe bawak ur sis n bro ok (+.*). Tadi adik awe tegur kat FB, tapi nureen duk mengemop dapur....Sory ek awe..Kuzi yang nureen masak semalam pun da simpan untuk bagi kat 'atok' esok.
Excited...berdebar...sume ase ada. klah, nureen nak rehat.da lebih time tdo nie. Wassalam...

Wednesday, September 8, 2010
Salam Aidilfitri...
Pengunguman puasa telah pun dibuat,
Hari kemenangan jatuh hari Jumaat,
Di teratak ini nureen ingin membuat ucapan...
Hari kemenangan jatuh hari Jumaat,
Di teratak ini nureen ingin membuat ucapan...
mangsa keadaan
Al-Fatihah...
Takziah nureen ucapkan buat sahabat nureen, Nurul Diana Susaimi kerana baru sahaja kehilangan bonda tercinta Selasa lalu.
Takziah juga nureen ucapkan pada keluarga Mak Long nureen atas pemergian arwah Pak Long Jumaat yang lalu. Akhirnya arwah pak long pergi jua setelah sekian lama menderita sakit stroke.
Innalillahi wa inna ilahi rojiuun....
Mangsa keadaan. Sape plak yang jadi mangsa keadaan nie? Nureen nak kongsi kisah yang menyayat hati dengan kalian. Kisah ini kisah benar tau. Terjadi pada sahabat adik nureen. Saat nureen sedang menulis ini, dia hanya mendapat bantuan mesin untuk meneruskan hidup. Moga kau tabah, adikku. Ingin sekali aku melawatmu... Malang sekali hanya orang yang tersenarai dalam wasiatmu yang diizinkan melawatmu....Doaku mengiringimu dari jauh....
Biarlah nureen panggil adik pada sahabat adik ini. Adik nie berusia 17 tahun. Pada usia ini pastinya remaja-remaja yang lain sedang bertungkus lumus menelaah pelajaran. Lepas raya nanti mereka akan berdepan dengan peperiksaan besar - SPM. Namun, berbeza dengan adik. Sejak bulan March yang lalu, adik telah berhenti sekolah.
Jangan kalian cepat menafsir. Adik mengandung. Sekali lagi. Jangan salahkan adik. Dia hanya mangsa. Mangsa rogol kepada abang kandungnya sendiri. Satu-satunya adik beradik dan juga saudara yang dia ada. Parents? Kedua-dua ibubapa adik telah meninggal dunia. Menurut adik nureen, arwah parents adik meninggal dalam kemalangan semasa mengerjakan haji.
Kini, adik sedang nazak dan ditempatkan dalam ICU di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Semalam nureen menghantar adik nureen ke HPP. Adik nureen merupakan salah seorang yang bertuah yang dibenarkan melawat dan menjaga adik. Adik koma sejak melahirkan anak sehingga sekarang. Adik nureen hanya mampu membacakan yassin untuk adik selain memberikan kata-kata semangat.
Nureen menyatakan hasrat untuk menziarahi adik. Tapi, adik nureen tak benarkan. Khuatir adik akan trauma serta mengalami sesak nafas jika terlihat orang lain. Abang adik merupakan pelajar yang pintar. Sayangnya, dia menjadi menagih dadah kini. Nureen pun heran. Andaian nureen mungkin abang adik xdapat menerima tamparan ekoran kematian kedua ibubapanya.
Walaupun adik berdepan dengan dugaan yang hebat, adik masih lagi bertuah. Bertuah sebab lahir dalam keluarga yang mewah. Adik mewarisi banyak harta peninggalan arwah parentsnya. Jadi, dalam keadaan adik yang sedang nazak kini, adik mendapat rawatan yang rapi. Masih mampu untuk membiayai kos perubatan.
Menurut adik nureen lagi, tiada saudara mara yang ambil pusing tentang adik. Mujurlah adik punya orang gaji yang sangat baik dan berhati perut. Orang gaji adik la yang menguruskan adik.
Adik, walaupun kak dayah tak pernah kenal adik, Kak dayah sayang adik. Bersabarlah sayangku. Allah sangat menyayangimu. Adik masih dikurniakan sahabat yang baik. Masih ada yang menyayangimu. Moga adik kuat dengan ujian ini.

semangatku yang hilang...
Salam sayang dan rindu buat pengunjung teratak ini. Hurm, nampaknya sedikit bersawang blog hubbulillahiyah nie yer. Maaf banyak-banyak sebab nureen xsempat nak update entry-entry baru. Nureen sedikit stress pada minggu terakhir kuliah. Ingatkan lepas habis test dan individual presentation boleh la relax skit...Rupanya-rupanya makin sibuk dengan kerja-kerja lain. Biarlah, tahun nie kenangan terakhir bergelar pelajar. Lepas nie masing-masing akan sibuk dengan urusan sendiri.
Semangat yang hilang...tue la yang nureen rasa kini. Sebelum cuti balik kampung hari tue, ase berkobar-kobar nak kemas umah, buat biskut raya dan macam-macam lagi. Terasa tetiba semangatku bagai diragut...Maaf buat kawan-kawan sekalian. Pada yang tag gambar-gambar kt FB, video la, msg....Maaf sebab nureen tak bagi respon. Bukan tak tahu, atau buat-buat tak tahu...Nureen tahu, tapi belum ada semangat nak tengok dan balas. Tunggu yer, nanti nureen balas...

Wednesday, September 1, 2010
OTC : Otak Tak Center
Nureen akui, kata-kata dato’ banyak betulnya. Entah la, nureen pun tak paham budak-budak zaman sekarang. Nak kata tak pandai, masuk universiti. Tapi tue la, hanya ilmu pelajaran jer tahu. Yang teori-teori jer ok. Ilmu kehidupan, ilmu hidup bermasyarakat, ilmu untuk mengawal marah xreti. Tak belajar. Memang la, ilmu-ilmu macam nie xdiajar dalam kelas. Kater dah besar panjang, dah jadi orang dewasa, xkan xreti nak belajar nie sume kot?
Nak tahu kenapa nureen cakap camtu? Sebab nureen dah muak dan naik menyampah tengok, alami, dengar kerenah orang-orang dewasa, tapi otaknya masih kebudak-budakan. Otaknya tak berapa nak center. Akal fikiran elok-elok Allah bagi. Sempurna lagi, tapi xreti nak kawal marah. Bikin malu kat budak kecik jela. Tahu nak sindir orang jer kejenya. Tuela, buat keje kena ikhlas, jangan nak harapkan pujian dan balasan jer. Pelik bin ajaib betul nureen rasa manusia nie buat keje baik, nak heboh satu dunia. Biar satu dunia tahu. Perlu ker?
Hello cik kak!! Aku da banyak sabar tau. Hal remeh camtu pun nak sindir-sindir ker? Dah xreti nak cakap elok-elok? Korang ingat aku tak tahu ker? Aku sajer je buat derk bila korang duk sedap menyindir. Hurm, kalau aku cepat melenting, cepat melatah habislah. Aku sabar jer la, pikir nak jaga hubungan dengan korang. Buang Karen jer nak gaduh benda-benda remeh nie. Buat malu kat budak je tahu tak? Kalau aku balas balik, mahunyer bermasam muka. Bukan aku tak de perasaan lepas dengan perkataan yang kuar dari mulut korang, tersentap jugak la. Terasa jugak la. Tapi, biarla. Baik aku tersentap,baik aku terasa hati daripada bermasam muka dengan korang. Nak matured ar beb nak gaduh-gaduh…
Selama nie aku dok buat keje sorang-sorang rilek jer. Sampai sakit-sakit badan buat keje sorang-sorang. Ada aku peril-perli korang? Tak de,kan? Bagi aku, senang jer, masing-masing dah tahu tanggungjawab masing-masing. Nak buat ke, tak nak buat ke, tahu tapi buat-buat xtahu ker, tue masalah korang. Sume dah besar panjang. Dah reti pikir. Aku nie kalau nak buat keje, tak suker orang tahu. Tak suker buat keje depan orang. Sebab aku bukan harapkan balasan. Bukan harapkan pujian yang tinggi melangit. Aku buat baik, aku buat keje cukuplah Allah tahu. Kalau duk mengungkit sini, mengungkit sana, penat pun dapat, pahala pun hilang. Apa yang tinggal? Habuk pun tak de.
Berubah la….Mungkin masa nie korang tak nampak lagi. Kalau korang terus dengan perangai macam nie, sok-sok susah. Bila dah keje, bila dah kawen…susah!!! Kalau korang tak biasakan diri dengan tugas-tugas seorang isteri, seorang ibu dari sekarang, huru-hara idup korang nanti. Kalau sikit-sikit nak melenting, sikit-sikit dan marah, sikit-sikit nak mengungkit…alamat nanti laku korang pun lari tau. Hah, masa tue baru rasa merana… Kalau bawak perangai nie sampai kat tempat keje, silap-silap kena pulau. Xder orang nak kawan dengan korang. Yela, perangai korang tue sikit menyakitkan hati. Aku harap korang pikir-pikir la… aku tak mintak pun korang mintak maaf, aku cuma mintak korang berubah sebelum terlambat. Untuk kebaikan korang jugak, kan?
Saya da lali la dengan anjing….
Petang semalam nureen ada majlis berbuka puasa kat rumah kawan. BBQ bukak puasa nie untuk budak-budak kelas. Kenangan terakhir… Mula-mula nak tumpang kawan, tapi si Hakam nie terpaksa pergi berbuka puasa di Masjid Selat anjuran budak-budak Master. Hurm, nak tumpang kawan yang lain, kredit habis lak. Baru-baru nie sim card celcom post paid nureen rosak. So, sekarang nie guna numbor UOX jer la… Dah xder orang nureen nak tumpang, ape lagi, menapak la jawapnya.
Nureen cuak skit nak menapak petang-petang nie. Bukan ape, da paham dengan kerenah anjing-anjing nie. Ala, macam kita-kita jugak, petang-petang nak kuar bersiar-siar, bergurau senda dengan kengkawan diorang. Tapi, da xder pilihan. Kalau tak pergi, duit dah bayar. Lagipun, malas nak bukak puasa sorang-sorang kat umah nie.
Anjing kat sini macam-macam jenis ada. Daripada yang kecik macam kucing, yang berbulu lebat, yang tak de bulu, yang menyerupai ba alif ba ya, yang menyerupai musang, serigala, semua ada. Anjing yang dalam citer katun 101 dimensions pun ada tau. Sedang elok nureen jalan kaki, 2 ekor anjing sebesar anjing polis, duk ‘berlari-lari anak’. Hish, mesra betul 2 ekor anjing nie. Jarak nureen dengan anjing-anjing nie dalam 1-2 meter jer. Mula-mula nureen buat derk jer, tapi bila da makin dekat, nureen melintas ke seberang jalan. Bukan ape, takut kena samak lagi.
Masa nureen menyeberang jalan tue, ada sebuah kete lalu. Kete tue lalu perlahan jer. Nureen sempat jugak tengok asal la minah nie slow jer bawak kete. Hurm, orang Islam rupanya. Patut la…Tengok dari air muka diorang, mesti diorang pelik tengok nureen. Yela, dengan selamber badak jer nureen jalan kaki tepi anjing-anjing yang besar tue. Saya kena wat berani la, cik kak oi… Dalam hati Tuhan jer tahu.
Muka jer Nampak tenang, tapi dalam hati nie, terkumat-kamit baca doa. Seram gak kalau anjing tue ikut aku. Da banyak kali kena kot. Allahu maassir wala tuassir. Doa yang ringkas dan padat. Maksudnya, Ya Allah, permudahkanlah urusanku, janganlah Engkau memayahkannya.
Nak lalu tepi anjing, kena tahu cara-cara dia. Jalan tue buat xtahu jer. Jangan takut sangat, takut anjing tue dapat hidu yang kiter takut kat dia. Satu lagi, jangan tengok mata anjing. Tok sah la duk berangan nak main mata dengan anjing, silap-silap berlari keliling kampong plak.
Percaya tak, anjing pernah terkejut tengok nureen? Betul, tak tipu. Kalaulah nureen boleh snap muka anjing masa tue…kelakar betul. Hihihi…
Subscribe to:
Posts (Atom)