mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Sunday, December 23, 2007

KISAH AINUL MARDIAH

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada
seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang
wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah
dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama
puteri bongsu saya - bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka
dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita
itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut tetapi dia malu nak bertanyakan kepada
nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang
akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang
yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia lalu lelaki
itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat
untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia di
suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu tak pernah
dilihat didunia ini lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah ainul mardhiah. wanita itu
menjawab ehh tidakk saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang
cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai lalu diberi salam dan di tanya lagi
adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab eh
tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini
ainul mardiah ada di atas mahligai sana lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu
kecantikkannya sungguh mengkagumkan lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua dan tak
pernah dia lihat di dunia lalu wanita itu berkata

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan
kamu diciptakan untk aku bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab nantiii kamu belum
syahid lagi tersentak itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada
nabi SAW tapisekiranya dia shahid barulah
ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi
telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi dalam menceritakan
itu nabi menjawab benar
benar benar dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat
kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...