mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Saturday, December 22, 2007

Bersihkan hati dgn iman mengingati kematian

Membersihkan hati dengan membaca al-Quran

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullahsaw
pernah bersabda maksudnya: "Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya
besi."

Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati."

Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung
yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang
lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.

Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."

Baginda bersabda lagi: "Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari
al-Quran dan mengajarkannya".

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam
awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu
ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.

Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan
dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan
dosanya.

Sabda Rasulullah: "Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca
akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan
pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya."

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.

Hadis Nabi: "Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.

"Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.

"Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada
syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.

"Ayat itu ialah ayat Kursi." (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: "Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya
ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...