mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Saturday, December 22, 2007

5 Cara Memberhentikan Sifat Mengumpat

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan
keburukan dan kelemahan orang
lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari
atau tidak mencela dan
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa
besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau
tidak, mereka menceritakan
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan
orang yang lalu di hadapan
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang
beriman, kalau datang kepada
kamu orang jahat membawa berita, periksalah
dengan saksama supaya kamu
jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang
tidak diketahui, kemudian
kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah
al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan
oleh Al-Thabrani daripada
Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi
Allah antara kamu ialah
mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka
pada orang dan disukai
orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah
mereka yang membawa fitnah,
mencerai beraikan di antara sesama saudara dan
mencaci orang yang tidak
bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara
yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan
yang memuncak hingga
sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan
orang lain.
Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh
menimbulkan hasad dan
dendam;

2.Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang
yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan
menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4..Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang
lain yang lebih
beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan
pangkat;

5..Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan
mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6.Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan
rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan
lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya
ialah;

#Harus sedar dan insaf mengumpat dan
memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri
daripada menyalahkan orang; dan

#Hendaklah berasa malu apabila memperli
kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca
Tuhan yang menciptakan.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...