Maaf sebab 2 3 hari nie tak ada post terbaru. Tak lama dulu, nureen dapat komen dari seorang sahabat. Sahabat nureen masa sekolah rendah. Dia xsangka dengan perubahan nureen. Dia kata nureen banyak berubah. Yeke? Mungkin jugak kot. Baru tahu yang dia juga selalu view blog nureen nie. Alhamdulillah...lega bila dapat share ilmu-ilmu dengan orang lain. Biasanya nureen akan letak post terbaru nureen sebagai status kat ym.
Sorang lagi plak kata blog nureen nie makin famus lepas ada page hubbulillahiyah kat FB. Hurm, kekadang segan la plak. Sebab, sebelum nie nureen xbagi orang lain tahu siapa diri 'nureen' yang sebenar. Nampaknya I need to behave myself after dis...xleh nakal-nakal lagi. Tak leh emo-emo lagi. Tak leh sentimental da...
Bukan niat nak mengfamuskan diri bila buat page hubbulillahiyah tue, tapi rasa terpanggil...Aku seorang mujahidah...Aku seorang khalifah di muka Bumi nie...Nureen sedar diri nie masih banyak kekurangan dan kelemahan. Banyak yang perlu diperbaiki lagi. Teringat plak kata-kata kak imah, senior nureen. "Kalau nak tunggu kita jadi baik, jadi perfect, sampai bila-bila la kita tak dapat tegur orang..."
Semalam, usai solat Subuh nureen pasang ceramah kisah cinta. Hati nureen berat untuk berangkat ke Shah Alam jika sembunyikan niat sebenar ke sana daripada permata hati nureen, mama nureen tersayang. Dah terbiasa bagitahu semua kat mama...Sampai ramai kawan-kawan ingat nureen anak bongsu sebab manja dengan mama, lebih dari adik nureen sendiri. Hakikatnya nureen masih ada 4 orang adik lagi...
Syukur Alhamdulillah Allah gerakkan hati nureen untuk mendengar ceramah nie. Maka, terbuka la pintu hati nureen untuk bagitahu kat mama. Mama, anakmu ini berpandangan jauh. Selepas hati nureen terbuka untuk menyertai kursus pra perkahwinan awal tahun nie, hati mula serius tentang hidup berumah tangga.
Merasakan diri nie da mula sampai seru, nureen minta kak imah, senior nureen untuk mencari calon yang sesuai untuk nureen. Kak Imah antara senior yang sangat rapat dengan nureen. Dia tahu peribadi nureen. Dia kenal nureen macam mana. Nureen cuma cakap nak yang ada agama, dan sekufu dengan nureen. Yang lain, ada rupa ke tak, kaya ke tak, asal man, tue nureen tak kisah. Soal tue nureen serahkan bulat-bulat pada Yang Maha Mengetahui untuk memberi siapa yang Dia rasakan layak untuk nureen.
Nureen mula serius dan sentiasa berdoa tentang jodoh. Tak lupa masukkan lirik lagu Dehearty, Permata yang dicari dalam doa nureen.
Ya Allah! Jika dia benar, dekatkan hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dgn ketentuanMu.Kurniakanlah padaku si dia yg terbaik buatku pd pandanganMu. Damaikanlah hati kami dengan ketentuanMu. Sesungguhnya hanya Engkau tahu siapa yang terbaik untukku lebih dari diriku sendiri...
Ya Rabb! Jika dia tercipta untukku, peliharalah hubungan kami. Satukanlah hati kami. Jagalah iman kami, jagalah hubungan kami. Restuilah hubungan kami..
Moga dialah jodoh nureen. Namun, nureen tak mahu terlalu mengharap. Taknak terlalu excited. Biarlah masa yang menentukan.Nureen taknak selalu berhubung...Takut tak dapat fokus study. Apatah lagi sem nie sem terakhir nureen. Dengan kerja yang bertimbun, tanggungjawab yang diamanahkan pada nureen perlu nureen pastikan mama tak terkilan dengan anak gadis harapannya ini. InsyaAllah mama, yah xkan hampakan harapan mama...I luv you so much mama.Doakan kejayaan anakmu ini.
Sedar nureen menjadi harapan yang besar pada family nureen, terutama mama. Nureen sendiri target untuk menerima ijazah dengan First Class Degree...insyaAllah, moga Allah permudahkan. Moga nureen tak malas belajar (^.^)....
p/s : bila tengok sahabat nureen masa sekolah rendah dah kawin, and ramai sahabat-sahabat nureen masa diploma dulu da mendirikan rumah tangga...jadi gatal nak kawen jugak...insyaAllah, the time will come...Tapi, mama da cakap, bukan next year, bagi can kat kakak nureen dulu. Ok mama!! Jangan risau, anakmu belum terburu-buru lagi. Masih ada impian yang ingin kukejar....cita-citaku....
2 comments:
bismillah ya ukhti
moga diberi kekuatan oleh Allah
ana sayang enti :)
berhati2 dalam memilih jodoh
kadang engkau rase sesuatu itu sudah baik bgmu tetap sebenarnya tidak baik bagi Allah..dan kadang engkau rase sesuatu itu tidak baik bg dirimu walhal perkara itu baik bagi Allah
Sesungguhnya kepada Allah tempat kembali segala urusan~
Uhibbukifillah.
salam. syukran hijab. insyaALLAH nureen akn jg hbgn nie. nureen akan bt solat istiqarah. kl xde aral, dia akn jmpa mama ry nt. mama da ajak dtg ry. mama nk knl. tq sbb sntiasa nshtkn nureen.
nureen pn syg hijab
Post a Comment