Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan berputar dgn stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap ALLAH SWT...
"wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" tanya para malaikat
"Kerana belum dipaku"jawab ALLAH
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" tanya para malaikat lagi
"Aku akan menciptakan gunung-ganang" jawab ALLAH.
Setelah itu, ALLAH menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yg diciptakan ALLAH SWT.
Paku merupakan benda keras yg terbuat drpd besi. setelah ALLAH menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat bertanya lagi.
"Ya Rab, adakah yg lebih kuat dari paku?"
"Ada" jawab ALLAH. "Iaitu api, yang panasnya dapat melelehkan besi"
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rab?" tanya malaikat lagi.
"Ada! yakni air yang dapat memadamkan api" jawab ALLAH lagi.
"Jadi Ya Rab, adakah lagi yg lebih kuat lagi selain air?"sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." jawab ALLAH lagi.
"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu(gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.
"Ada! iaitu nafas hambaKU yang berdoa kepadaKU. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." demikian ALLAH SWT menjelaskan. [hadis Qudsi]
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”Surah Mukmin 40:60
No comments:
Post a Comment