mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Thursday, August 19, 2010

TERAPI SIHAT – rohani & jasmani


Pastikan tidur sebelum masuk waktu Zuhur. Biasanya nureen akan tidur sekitar 11pagi jika tiada kelas atau 12.30 tengah hari jika ada kelas pada sebelah pagi. Atau jika kelas penuh, tiada masa untuk curi tidur  10-20 minit di surau, nureen akan tidur sebaik solat Zuhur, iaitu selepas tamat kelas . Niat tidur sekejap supaya mudah bangun di pagi hari, untuk ‘date’ dengan Sang Pencipta.

Tidur awal pada sebelah malam. Pastikan anda tidak makan terlalu banyak bagi memudahkan anda mudah tidur. Adalah elok jika dapat tunaikan solat sunat untuk memohon Allah mempermudahkan urusan kita bangun beribadah.

Kunci jam untuk bangun di awal pagi, di sepertiga malam. Nureen biasa akan mengira berapa jam yang nureen perlu tidur untuk mencukupkan waktu tidur. Iaitu mengambil kira juga berapa jam tidur petang anda tadi.

Apabila bangun tidur, basuh muka dan gosok gigi, serta berwudhuk. Untuk lebih selesa, boleh juga terus mandi. Lakukan solat-solat sunat dalam keadaan bilik yang suram, hanya sedikit cahaya serta sunyi agar kita dapat merasakan kerdilnya kita berbanding Yang Maha Esa. Antara solat-solat sunat yang dianjurkan adalah solat sunat tahajjud, tasbih, taubat, hajat dan pelbagai solat sunat lagi. Di samping itu, boleh juga membaca Kalam Allah.

Sementara menunggu waktu Subuh, bolehlah membuka tingkap-tingkap rumah untuk mendapatkan udara yang segar. Nikmatilah keindahan alam di saat insan lain masih lena di buai mimpi. Masih sedap berselimut.

Selepas menunaikan solat Subuh, kalian boleh menguruskan keperluan untuk ke kolej ataupun ke tempat kerja. Namun, sebelum keluar melangkah ke tempat kerja, dirikanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat. Semoga rezeki yang bakal anda cari, ilmu yang bakal anda tuntut diberkati, dipermudahkan Yang Maha Pemurah.Insyallah.

Untuk menyihatkan badan, nureen akan keluar rumah sejam awal daripada waktu kelas. Nureen akan berjalan kaki ke kelas selama lebih kurang 20-30 minit. Disebabkan berada dalam komuniti Cina, nureen perlu berhati-hati dalam melangkah, takut-takut terpijak mahupun berlanggar dengan anjing.
Moga tips terapi sihat ini dapat dijadikan panduan bersama. InsyaAllah…

Nureen2205
Khamis, 19 Ogos 2010. 15.17.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...