Daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa keras engkau telah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
Dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kau berfikir bahawa hidupmu
Sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kaufikir bahawa kau sudah mencuba
Segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak
masuk akal dan kau merasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar
Dan kau berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
Dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk
Dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka matamu dan
Memanggilmu dengan namamu.
Ingatlah bahawa di mana pun kau atau
Ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar”
From your bella luna
Moga engkau cepat sembuh. Moga sakitmu itu merupakan tarbiah dan makfirah dari Allah. Bersabarlah, moga sakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa kecilmu.
No comments:
Post a Comment