Pagi tadi, perjumpaan dengan semua pelajar bachelor IB part 05 diadakan. Banyakkata-kat motivasi dan nasihat oleh ‘ibu’ kami. Tak kurang juga penambahan daripada AJK serta pelajar yang lain. Sebelum berakhirnya perjumpaan itu, nureen yang ketika itu diarah duduk di barisan hadapan dan menghadap pelajar-pelajar lain, berdiri. Meminta izin daripada ‘ibunda’ untuk member sedikit pandangan.
“Seperti yang puan cakap, dan kita tahu, banyak wang yang perlu dikumpul untuk melaksanakan projek ini. Antara usaha-usaha yang perlu dilakukan telah puan sebut tadi. Cuma saya ingin menambah sedikit. Ingin berkongsi pengalaman. Bukan tujuan untuk riak mahupun untuk menunjuk-nunjuk, tapi untuk kebaikan semua. Agar projek ini dapat dijayakan.
Usaha sahaja tidak cukup. Sebagai seorang Muslim, kita perlu bertawakkal dan menyerahkan urusan ini pada Yang Maha Kuasa. Saya menyeru sangat-sangat pada sahabat-sahabat sekalian. Bukan memaksa, terpulang pada individu untuk melakukannya ataupun tidak. Hanya satu yang saya pinta. Saya mohon bermula daripada esok, tolonglah dirikan solat Dhuha. Saya sangat suka akan doa solat Dhuha.
Pengalaman saya sendiri. Pada final exam semester lepas saya demam teruk. Seperti yang korang tahu, paper kita berturut-turutan, dan keadaan sangatlah genting pada masa itu. Saya bukanlah pelajar yang pandai, tapi saya tidak lupa berserah padaNya. Walaupun tak larat untuk study, saya tetap tidur sambil memegang nota-nota. Apa yang saya tidak putus lakukan adalah solat Dhuha setiap pagi.Setiap hari. Tanpa jemu berharap pada Yang Esa. Alhamdulillah, keputusan yang saya peroleh rasanya tidak sepadan dengan usaha yang saya curahkan. Saya tidak layak mendapat keputusan sebaik ini.
Harapan saya, dengan solat Dhuha yang kita amalkan ini, Allah akan mempermudahkan urusan kita mengutip data yang besar, mengurniakan rezeki kepada kita, serta disatukan hati kita semua. InsyaAllah.”
Ketika berucap, hati nureen terasa sebak. Bergetar juga suara nureen kerana nureen tahu apa yang berlaku. Apakah punca masalah yang kami hadapi. Nureen tahu betapa keras usaha-usaha sesetengah pihak bagi menjayakan lawatan ini. Hampir setahun setengah perkara ini berlarutan.
Nureen harap sangat-sangat kata-kata nureen pada sahabat-sahabat seperjuangan nureen menusuk ke kalbu mereka. InsyaAllah. Ada juga beberapa sahabat nureen menepuk belakang nureen dan berkata mereka berasa terharu, sebak dan insaf bila dibicarakan tentang spiritual. Moga usaha kita membuahkan hasil yang cemerlang.
Nureen2205
Khamis, 19 Ogos 2010. 15.40
No comments:
Post a Comment