mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Friday, August 6, 2010

.::International Food Festival::.


Pada hari Isnin yang lepas, 2 Ogos 2010 persatuan kami, International Business Unity Club (IBUC) telah mengadakan INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL. Program ini melibatkan pelajar part 05. Manakala pelajar past 03 turut mengadakan program mereka sendiri.

IFF ini kami telah menjual pelbagai jenis makanan antarabangsa. Antaranya, sushi, piza, hot dog, pasta, sandwish, buah dan group nureen sendiri menjual muffin. Kebanyakan makanan ini kami sendiri yang sediakan...



Apa yang nureen sangat berbangga dengan jualan kami adalah kami telah berjaya menjual muffin sebanyak 100 biji dalam masa 4 jam sahaja. Muffin yang mempunyai 'topping' yang comey ini adalah hasil kerja nureen dan sahabat-sahabat yang lain. Penat menyiapkan muffin yang comey...Lecturer kami sangat berpuas hati dengan group kami kerana mendapat sales yang tertinggi dan peniaga yang paling aktif.



Nak tahu kenapa? Sebelum muffin kami habis terjual, kami telah menempah sebanyak 10 dozen big apple untuk meneruskan jualan. Bagai goreng pisang panas, cepat sahaja big apple habis dijual, sehingga kami terpaksa menambah lagi stock kami sebanyak 8 dozen lagi. Tak menang tangan dibuatnya....



Walaupun hari itu sangat penat, tapi nureen sangat happy. Hilang seketika masalah yang melanda...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...