mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, August 16, 2010

Kamu tak mungkin mengerti



Duhai kawan, kamu tak mungkin mengerti. Kamu tak mungkin mengerti hubunganku dengannya. Puas sudah kumenerangkan. Sampai bila-bila pun kamu tak mungkin mengerti. Hanya dia yang mengerti aku mempunyai ramai sahabat lelaki yang rapat denganku. Malah, salah seorangnya kami telah berkawan sejak umur 10 tahun dan masih rapat sehingga sekarang.

Tak perlu aku berpenat, sehingga berbuih mulutku mengatakan hal sebenarnya. Bahawa hubungan aku dan dia tak lebih daripada seorang kawan. Bukankah urusan jodoh itu urusan Tuhan? Belum tiba masanya untuk aku berusaha untuk mencari jodohku. Biarlah kamu terus percaya bahawa hubungan kami melebihi daripada seorang kawan. Aku sudah penat. Biarlah kamu terus-terusan percaya pada orang itu.

Kepaaku masih berpusing bak gasing. Kesihatanku masih tak berubah. Jadi, aku tak larat lagi untuk menjelaskan padamu wahai kawanku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...