Kebelakangan ini kesihatan nureen makin tak menentu. Moga nureen sabar dan redha dengan ketentuanNya. Moga ini tarbiah dari Yang Esa. RencanaNya sentiasa terbaik untuk hamba-hambanya.
Nureen terlalu alah dengan persekitaran nureen. Tiada antibodi.Nureen selalu mengigil secara tiba-tiba. Itu yang merisaukan. Sekejap baik, sekejap tak baik. Kalau masa mengigil tue nureen kat rumah takpe, tapi kalau masa tue dalam kelas, susah jugak.
"Aku suka penyakit kerana ia menjadi penebus dosa-dosaku, dan aku suka miskin kerana menyebabkan tawaduk kepada Tuhanku, dan aku suka mati kerana rindu kepada Tuhanku" (Abu Darda')
Sekarang, tumpuan nureen hanya pada pelajaran. Skit jer lagi nak dapat ijazah. So, dugaan tue bertimpa-timpa la. Nureen jugak kena rajin makan ubat. Tak boleh malas-malas lagi =(. Blog and page blog kat FB pun kena selalu monitor jugak.
p/s:bukan simpati yang kutagih, tapi aku seorang penulis. iniah terapiku. maafkan diriku yang hina ini.
"Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah" (Hamka)
No comments:
Post a Comment