Banyak perkara yang berlaku pada nureen. Tentang kesihatan nureen. Tentang hinaan itu. Sekarang nureen sibuk dengan test-test yang bertimpa-timpa. Malam nie nureen ada test.Pagi esok juga ada test. Hari Isnin depan juga ada test. Hari Rabu depan nureen ada 2 presentation. The next Monday pun ada lagi test. Di samping itu, banyak lagi kerja-kerja lain yang menuntut komitment yang sangat tinggi. Menagih masa dan tenaga yang bukan sedikit. Semua ini nureen perlu bereskan sebelum 2 September, untuk cuti hari raya selama 2 minggu lebih.
Maaf sebab tidak dapat membalas komen-komen, msg2 di FB mahupun di telefon. Maaf sebab tak dapat update entry-entry baru di sini. Serta membiarkan page Hubbulillahiyah sedikit terabai. Pada akhi Hafiz, terima kasih keran tag gambar kat Cahaya Petunjuk (^.^).Maaf sebab belum sempat tengok dan berdiskusi dengan akhi dan sahabat-sahabat sekalian. Pada sahabatku, ukhti Hijab, maaf sebab ana tidak membalas msgmu semalam. Pagi tadi baru nureen balas. Banyak yang nureen ingin khabarkan pada hijab. Syukron sebab kata-kata nasihat itu. Tunggukan email daripada nureen ya (^.^).
Tentang nureen janganlah kalian risaukan. Segala masalah, kekangan yang berlaku nureen mampu tanganinya. Allah kan tak pernah menganiayai hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu kita pikul, yang kita tanggung… Nureen kan kuat? =). Sengaja nureen menyepikan diri buat seketika untuk memberi ruang dan luang untuk nureen berfikir. Berfikir kan lagi elok daripada beribadah seribu tahun?
Nureen2205.
Khamis, 19 Ogos 2010. 16.01
No comments:
Post a Comment