Aku tahu engkau adalah tuhanku..
adalah CINTA agungku..
aku pun mahu mencintaiMU
aku tahu mencintaiMU amat perlu
ia kemuncak daripada segala kebahagiaan
aku berusaha kearah itu~
tapi cinta padaMU tuhan selalu terganggu
banyak yang datang mengganggu
nafsuku dan syaitan terkutuk
dunia mempesona menggamit selalu
diwaktu itu lupa kupadaMU
cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga
adakalanya lupaku padaMU berpanjangan sekali
kemudian sekali sekala sedar kembali
ENGKAU cinta agung
ENGKAU patut dicintai
selepas itu kulupa lagi
begitu cintaku kepadaMU tuhan
dengan hati yang sedih ini
bantulah aku mencintaiMU
itulah harapanku padaMU
p/s: benar bukan.. kita yg selalu melupai DIA... tidak pernah terfikir kita.. bahawa DIA tidak pernah.. walau sedetik pun melepaskan kita dari pandanganNYA~ KHAULAHMUJAHIDAH~ terdiri diantara kalian...yang mahu mencintainya.. tapi belum menjadi kenyataan lagi..
No comments:
Post a Comment