Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum inisenang baginya, termasuklah bau badan saya. Morningsickness yang teruk sekali bagi isterisaya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai sajasolat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidurkat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan sayasudah tahu macamana nak elakan insomnia yangdialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaansebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidursehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinyasebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalamkandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itusahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap denganjanin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula sayaceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermuladengankitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkatasaya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janinsurvive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang takberharapan. Segarang-garang harimau pun tak makananak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku padakemudian hari adalah diluar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembalibercerita kepada diri saya. Adayang menghantaremail dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agartidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanyauntuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanyayang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Takkiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu duapertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketikaini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dankemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalamhati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlahdi putuskan zikir didalam hati dan bercakaplahdengan suara yang agak perlahan agar tidak sampaimengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin andaberitahunya. Kebiasaannya saya akan menasihatiisteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkanberselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apasahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikiranda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihatanda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedangmenerima pernyataan anda iaitu kelopak matanyabergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dananda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapaImam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidikHanafisehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa ImamAbu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentuaneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yangbelum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingindisampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya jugasudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejakdari kandungan lagi. Saya beri anda satu logikakal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuihsegiempat. Begitu juga dengan anak dan isterikita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedangmembesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasaberdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allahsebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Sayanasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan olehLuqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisahpara rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayukepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasindisisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalamanrumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobisaya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anakyatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terangdanbersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isterisaya sihat pastinya dia menemani saya disini, kamiakan bercerita tentang segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatimpiatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehinggasekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kinisaya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujudsalasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalamhati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akansaya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan sayabiarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidakakan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perludibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya sepertisaya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar iatumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalubanyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujudmenyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelakijangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera sayakuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri sayatelah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalamhidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dancintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akanmuncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
No comments:
Post a Comment