mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, August 30, 2010

sakit tue baik...

Salam. Kebelakangan nie tahap kesihatan nureen makin baik. Mungkin sebab nureen rajin makan ubat kot. Hehe. Tapi, sejak 2 hari lepas, sakit kepala makin menjadi-jadi plak. Ase nak hantuk jer kepala kat dinding. Nureen akui nureen banyak pikir dua tiga hari nie. Risau tentang jawapan praktikal. Harap sangat dapat praktikal tempat yang nureen idam-idamkan...Tapi, tengoklah rezeki nureen kat mana.

Hari nie kelas sampai petang. Hari Isnin memang hari yang paling memenatkan nureen. Sampai rumah pukul 6.30 petang, selepas setengah jam menapak. Badan terasa penat sangat hari nie. Dada nureen sakit kembali. Rasa macam ada batu besar yang menghempap dada nureen. Mungkin akibat kerap jatuh.

Nak sangat mengadu kat mama masa mama telefon lewat petang tadi. Tapi, memandangkan mama ada majlis berbuka puasa, nureen batalkan niat nak bermanja. Hurm, da besar panjang pun manja lagi. Makin besar makin manja plak nureen. Biarlah, entah sampai bila nureen dapat bermanja dengan mama. Sebak, risau nak berjauhan dengan mama. Lepas raya mama da nak pergi haji. Lepas nie da susah nak contact dengan mama.

Sakit dada makin mencucuk hingga ke ulu hati. Nureen nak tunggu isyak. Lepas solat, terus nak tidur. Sabar yer sayang. Moga sakitmu menghapuskan dosa-dosamu..insyaALLAH. Bersabarlah sayangku...

p/s: panggilan sayang tue adalah untuk diri nureen sendiri bila nak pujuk hati ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...