mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, March 21, 2011

Wahai anak muda





Anak muda,
Atas jalan apa kamu memilih untuk berpacaran,
Sedangkan ISLAM menyediakan akad untuk membolehkan kamu bersatu hati secara sah.

Anak muda,
Entah kenapa kamu memilih untuk syariatkan matamu pada aurat pencinta dunia hingga istilah 'dari mata turun ke hati' kau agungkan.
Sedang,
Proses nazhar (melihat dengan saksama dan teliti) terhadap calonnya Islam membutuhkan.
Hatta, Imam Syafie mengharuskan.


Wahai anak muda,
Jahil atau ingin bagaimana kamu yang tentukan,
Kerana ALLAH berjanji dalam surah Ar-Ra'd ayat 28, mafhum: Nasibmu itu di tanganmu.
Jahil mungkin pabila kamu memilih untuk menjadi penzina berbanding pengantin.

Kerana apa?

Pertama,
Kerana kamu lebih rela menerima ketakutan dan keresahan pendosa pada dirimu berbanding rasa kebahgiaan dan ketenangan.

Kedua,
Kamu lebih suka melihat air mata darah ibu bapamu berbanding senyuman mereka dalam berita tentang zuriatmu.

Ketiga,
Kamu memilih untuk membingitkan telingamu dengan kutukan jiran tetanggamu berbanding ucapan tahmid dan tahniah dari komuniti kampungmu.

Terakhirnya,
Cukup "hebat". Kamu memang "hebat". Bahkan sangat "hebat" dengan caramu
apabila kamu memutuskan untuk menerima hidangan api neraka sedangkan ada syurga seluas langit dan bumi bahkan lebih dari itu menantimu di akhirat kelak.

Kamu yang pilih.
Ingat, kamu yang pilih.

As-Syaikh Ali Tantawi pernah berkata:
Nafsu syahwat itu laksana bom yang siap menghancurkan,
Bila pemantiknya tidak kau sentuh,
Engkau aman dari kedahsyatan ledakannya.
Maka berhati-hatilah untuk tidak menyentuh agar engkau tidak dilumatkan olehnya.

- Ta'liful Qulb -



sumber







Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.














No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...