jika kamu memancing ikan
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup
begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu
jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar keperluanmu
apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi
begitu juga jika kamu memiliki seseorang
terima lah seadanya
janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
anggaplah dia manusia biasa
apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya
sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi
yang kamu pasti baik untuk dirimu
mengenyangkan dan berkhasiat
mengapa kamu berlengah lagi?
cuba mencari makanan yang lain
terlalu ingin mengejar kelazatan
kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
kamu akan menyesal
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu
menyayangimu dan mengasihimu
mengapa kamu berlengah lagi?
cuba membandingkannya dengan yang lain
Terlalu mengejar kesempurnaan
kelak,
kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
kamu juga yang akan menyesal
http://abraxas248.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment