mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Saturday, October 18, 2008

TAKBIR RAYA SELEPAS 1 SYAWAL??



Salam alaik... kepada semua pengunjung blog hubbulillahiyah.blogspot. Maafkan ana kerana tidak update blog kebelakangan ini. Kekangan sebagai seorang mahasiswa terkadang membataskan masaku. Tambahan pula, laptop ana yang ana anggap sebagai ‘gewe’ telah rosak. Namun begitu, ana bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ana telah mendapat laptop yang baru...=)..Alhamdulillah..terima kasih kepada mama n abah kerana membeli laptop baru untuk ana.Seperti yang kita sedia maklum, Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri dah pun berlalu. Eh, betul ke raya dah berlalu?? Masih ramai yang menyambut hari raya serta mengadakan rumah terbuka. Malah, di corong-corong radio masih hangat dengan lagu-lagu raya pelbagai versi. Sampaikan ana dah naik muak untuk mendengar radio. Nasib baik la ana dah ada laptop.. Setakat pasang lagu raya tu okey lagi... tapi yang ana geram sangat ialah ada stesen radio yang terkemuka serta televisyen yang menyiarkan takbir raya walaupun 1 syawal dah lama berlalu. Sebagai umat Islam, kita seharusnya tahu hokum dan hakam. Adik ana yang kecil pun tahu akan hokum takbir raya hanya 1 hari untuk Aidilfitri. Yang smpai 3 hari tu untuk raya Aidiladha. Ana harap pihak media peka tentang hal ini. Untuk yang masih sakan beraya, ana ingin mengingatkan agar antum cepat-cepat menggantikan puasa yang ditinggalkan. Adalah lebih baik jika dilakukan bersama puasa 6 hari di bulan Syawal. Akhir kalam, moga kecintaan kepada Allah menjadi perkara terpenting dalam hidup kita. Insya Allah. Wassalam.

nureen

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...