mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Thursday, March 25, 2010

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS -part 2 =)




Assalamualaikum w.b.t nureen ucapkan kepada pengunjung teratak hubbulillahiyah ini. Pertamanya nureen ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dilapangkan sedikit ruang dan waktu untuk berkongsi rasa dengan kalian.

Action speaks louder than words. Pepatah inggeris ini amat sesuai nureen gambarkan pada cerita yang ingin nureen kongsikan kali ini. Ia sebuah kisah benar yang berlaku pada diri nureen sendiri. Sebelum nureen bercerita dengan lebih lanjut, ingin nureen ingatkan bahawa cerita ini bukanlah bertujuan untuk meriakkan diri, tapi sebagai renungan kita bersama.



Adalah menjadi amalan nureen untuk mengerjakan solat dhuha sebaik sahaja lepas waktu syuru’, walaupun nureen mempunyai kelas pada awal pagi. Nureen melakukan solat sambil disaksikan salah seorang sahabat nureen. Nureen tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dihadapannya. Nureen hanya ingin mendapat keredhaan ALLAH SWT dan keberkhatan rezeki.



Ketika nureen berbual di talian dengan ibu tercinta, nureen memberitahu ibu bahawa nureen mendapat 70% dan ke atas bagi semua test 1 nureen. Hasratnya hanyalah ingin menghiburkan hati sang ibu yang sedikit berduka lara. Nureen sedar nureen memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang anak yang menjadi harapan semua pihak. Nureen mengatakan keputusan yang baik ini mungkin sedikit sebanyak kerana mendapat berkat solat sunat dhuha yang sering nureen dirikan setiap pagi.



Mungkin kerana terdengar perbualan tersebut sahabat nureen bertanya pada nureen macam mana ingin melakukan solat sunat dhuha. Pada masa itu, hanya ALLAH yang tahu betapa gembiranya rasa hati kerana hati sahabat nureen telah digerakkan oleh Yang Esa untuk sama-sama mendirikan solat sunat dhuha.

Sempat nureen sujud syukur sebaik usai mengerjakan solar sunat dhuha sebagai tanda syukur pada Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Nureen teringat pada junjungan Rasulullah SAW yang telah berjaya membuka hati-hati untuk memeluk agama Islam yang suci ini. Ramai yang memeluk Islam kerana tertawan dengan akhlak baginda Rasulullah SAW.



Moga kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role model kita dalam mendepani kehidupan mendatang. InsyaALLAH…

Akhir sekali, nureen memohon maaf sekiranya entry ini ada melukakan hati kalian. Sesungguhnya apa yang baik datangnya daripada ALLAH SWT dan apa yang buruk datangnya daripada kelemahan nureen sendiri.

Nureen2205
25032010
0946

Tuesday, March 9, 2010

WHY PROPHET MUHAMMAD S.A.W DID NOT ENTER UNIVERSITY??

assalamualaikum w.b.t nureen ucapkan kepada pengunjung teratak hubbulillahiyah ini.afwan nureen ucapkan kerana sudi meluangkan masa kalian untuk membaca entry-entry di laman sesawang ini. serta bebanyak ampun dan maaf nureen pinta kepada kalian kerana sudah terlalu lama tidak mengupdate blog hubbulillahiyah ini. tugas sebagai pelajar ijazah sekarang terkadang membataskan masa nureen untuk meluangkan masa untuk mencoret di laman ini. sebenarnya banyak yang bermain di fikiran untuk mengepos entry di blog ini. buat masa ini, nureen hanya sempat post entry ini.
Pada zaman dahulu tiada sistem pendidikan yang tersusun dan formal seperti yang ada pada zaman sekarang. Orang pada zaman Nabi Muhammad menuntut ilmu secara tidak formal. Mereka bertanya secara lisan kepada golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Selain itu juga, pada zaman ini juga, mereka mempunyai kumpulan ‘usrah’ yang bermaksud keluarga. Mereka akan mengadakan pertemuan di rumah seorang sahabat untuk berbincang tentang sesuatu perkara. Pada zaman tersebut juga belum terdapat institusi pengajian tinggi seperti yang ada sekarang. Selain itu juga kecenderungan orang-orang terdahulu terhadap ilmu pengetahuan adalah berbeza berbanding sekarang. Golongan cendikiawan juga tidak memcukupi untuk menubuhkan institusi pengajian yang teratur seperti mana yang setia ada sekarang antara faktor lain yang menyebabkan Nabi Muhammad SAW tidak memasuki universityi. Teknologi pada zaman dahulu juga jauh berbeza dengan teknologi yang ada pada hari ini.

Nabi Muhammad seperti yang kita sedia maklum mendapat wahyu secara terus daripada ALLAH SWT, dengan pengantaraan Malaikat Jibril. Beliau mendapat tarbiyyah secara terus daripada ALLAH SWT melalui mukjizat ayat Al-Quran yang diturunkan itu. Ilmu yang sampai pada Rasulullah itu adalah lengkap berbanding ilmu yang terdapat daripada universiti. Ia merangkumi tentang sesuatu perkara yang belum berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Wahyu itu kemudiannya dikumpulkan oleh Saidina Uthman bin Affan. Nabi Muhammad SAW mengikut kembali ayat-ayat yang dibaca oleh Malaikat Jibril kemudian ayat-ayat Al-Quran tersebut diajarkan kepada para sahabat. Mereka menghafaz ayat-ayat tersebut dan kemudiannya para sahabat menulis ayat-ayat tersebut di pelepah tamar.

Selain itu juga Nabi Muhammad SAW adalah ummi, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Ummi tidak bermaksud bodoh, tetapi ummi itu memperlihatkan bahawa Al-Quran itu bukan datang daripada Rasulullah SAW, tetapi daripada ALLAH SWT. Hadith pula memperlihatkan kebijaksanaan beliau yang diilham daripadaq ALLAH SWT. Ketika beliau didatangi Malaikat Jibril buat kali pertama, dimana beliau disuruh mengikut ayat yang disebut oleh Malaikat Jibril , beliau berkata bahawa beliau tidak tahu membaca dan menulis. Kemudian wahyu tersebut diajar kepada para sahabat beliau. Para sahabat yang tahu menulis akan menterjemahkan wahyu tersebut dalam bentuk tulisan.

p/s: artikle ini adalah assignment nureen bagi subject fiqh muamalat. segala silap dan salah diharap mendapat teguran daripada kalian. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...