mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, April 27, 2009

Selesema babi kian ancam nyawa penduduk dunia



Kebanyakan negara ketat kawalan bagi mengekang penularan

BANDARAYA MEXICO: Kebanyakan negara di seluruh dunia bertungkus lumus semalam untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara masing-masing bagi mengekang penularan virus selesema babi yang sudah membunuh 81 orang di Mexico dan menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara itu yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan sudah dikuarantin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta semua negara meningkatkan laporan dan pengawasan ke atas penyakit itu selain menyelaraskan tindak balas untuk mengekangnya.

Kes baru selesema babi disahkan di Kansas dan California, selain Texas dan disyaki menular di New York. Namun pegawai berkata mereka tidak tahu sama ada kes di New York adalah daripada jenis yang merebak dari Mexico itu,

Sementara itu, Presiden Mexico memperoleh kuasa tambahan semalam untuk mengasingkan penduduk yang dijangkiti virus selesema babi ketika pihak berkuasa berusaha keras mengekang penularan wabak itu.

Seramai 1,342 orang sakit akibat penyakit maut itu sejak 13 April lalu, menurut perangkaan yang dikemas kini lewat kelmarin oleh Setiausaha Kesihatan Mexico.

Tentera dan pekerja kesihatan Mexico meronda di lapangan terbang dan stesen bas ketika cuba mengasingkan penduduk yang mungkin dijangkiti penyakit itu, ketika semakin jelas kerajaan bertindak lambat untuk bertindak balas terhadap penularan itu pada Mac dan awal April lalu.

Malah tindakan mengasingkan pesakit mungkin tidak menghalang penyakit itu merebak, kata pakar epidemiologi.

Sebanyak 24 kes baru dilaporkan di Bandaraya Mexico saja semalam, yang menyaksikan pihak berkuasa menggantung sekolah dan semua acara umum sehingga notis selanjutnya. Lebih 500 acara, termasuk konsert dan sukan, dibatalkan di bandar raya dengan 20 juta penduduk itu.

Pihak berkuasa Mexico mengarahkan sekolah ditutup di ibu kota dan negeri Mexico serta San Luis Potosi sehingga 6 Mei ini, manakala Gereja Roman Katolik mengumumkan pembatalan perhimpunan pada hari Ahad di bandar raya itu.

WHO semalam mengisytiharkan wabak selesema itu sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa.

Ketua Pengarahnya, Dr Margaret Chan mendesak semua negara memantau dengan rapi sebarang kejadian selesema. � AP

sumber : berita harian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...