mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, January 7, 2008

cerdik bukan mcm sang kancil

“Kancil tu berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terjatuh ke dalam lubang. Aaaaa……. kancil jatuh jauh ke dalam”, saya bercerita.

“Lepas tu?”, tanya Saif.

“Kancil berasa sakit kaki dan dia mengurut-urut kakinya. Macam ini…”, saya menarik tangan Naurah ke kaki saya dengan lagak mengurut.

“Jangan la Abi”, kata Naurah.

“Lepas tu?”, Saif bertanya lagi.

“Kepala kancil terus berfikir… macam mana aku nak keluar dari lubang ni”, saya menyambung.

“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.

“Oh ya… emm! Kepala kancil terus berfikir, macam mana saya nak keluar dari lubang ni”, saya membetulkan ‘kesilapan’ tadi.

“Lepas tu?” Saif menyambung lagi.

“Tiba-tiba kancil terdengar bunyi tapak kaki sesuatu yang besar. Hah, ini mesti sang Gajah. Naurah macam mana bunyi gajah?”, saya mencucuk perut Naurah.

“Eeeekkk!”, Naurah menggayakan bunyi gajah.

“Macam sakit perut aje gajah ni”, saya ketawa.

“Lepas tu Abi?”, Saif tidak berpuas hati sebab cerita saya merewang ke sana sini.

“Lepas tu kancil menjerit memanggil gajah. Wahai gajah! Langit nak runtuh. Tengok di atas sana tu. Hitam… awan jahat!”, saya bercerita lagi.

“Gajah tu dengar tak?”, Saif bertanya.

“Dengar. Dia bertanya kepada kancil macam mana dia nak selamatkan diri?”, saya menjawab.

“Kancil cakap apa?”, tanya Saif.

“Kancil kata, wahai gajah… kalau kamu nak selamat, masuklah ke dalam lubang ini. Macam saya…!”, kata saya.

“Gajah tu lompat ke?”, anak saya sudah tidak sabar dengan cerita yang perlahan ini.

“Tentulah… berdentum dia masuk ke dalam lubang. Dan apa lagi, kancil pun terus naik ke atas badan gajah dan melompat keluar dari lubang itu”, saya menyudahkan cerita.

dscn0043.JPG

Saif ternganga.

“Pandai tak sang kancil?”, saya bertanya.

“Kancil penipu. Tipu jahat”, kata Saif.

Saya menggaru-garu kepala.

Selama ini saya dibesarkan dengan imej kancil sebagai haiwan yang bijaksana. Hari ini, anak saya memberikan komen spontan bahawa kancil itu jahat kerana penipu. Manipulatif!

Ok, kita dengar cerita lain.

“Pada suatu hari, sang kancil lalu di tepi sungai. Dia ternampak ada banyak pokok rambutan di seberang sungai. Masak ranum. Yop dengan Naurah suka rambutan?”, saya memulakan cerita kedua.

“Suka!”, anak-anak saya menjawab.

“Kancil pun suka. Tapi dia tidak pandai berenang. Dia mesti mencari jalan macam mana hendak menyeberang sungai ini”, saya menyambung.

“Kancil buat apa?”, tanya Saif.

“Kancil dapat satu akal. Dia berdiri di tebing sungai sambil menjerit, wahai buaya sekalian. Aku adalah utusan raja. Aku mesti mengira satu dua tiga, berapakah jumlah kamu semua”, jerit sang kancil.

“Kancil tak takut buaya ke?”, tanya Saif.

“Buaya kuat tapi tak cerdik. Buat apa nak takut”, saya memberitahu.

“Beraturlah kamu semua sampai ke tebing sana. Aku mahu mula mengira, kata sang kancil”, saya ketawa kecil melihat anak-anak ternganga-nganga. Masuk lalat baru tahu!

“Lepas tu?”, tanya Saif.

“Kancil pun melompat ke atas kepala buaya itu satu demi satu. Yop tahu apa kancil cakap?”, saya bertanya.

kancil2.jpg

Saif menggelengkan kepala. Naurah meniru sama.

“Kata sang kancil, satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk”, saya menggayakan luku ke kepala anak-anak.

“Abi, tak baik cakap AKU”, kata Saif.

Ishh, susah betul nak bercerita. Obses betul anak saya ini menentang penggunakaan perkataan AKU.

“Akhirnya, sang kancil berjaya menyeberang sungai. Dia berkata, ha ha ha, padan muka kamu semua. Saya sebenarnya hanya mahu memakan buah rambutan ini! Semua buaya di sungai marah kerana ditipu sang kancil”, saya menamatkan cerita.

“Jahatnya kancil. Suka tipu orang”, kata Saif.

Saya menggaru kepala.

Apa benda yang saya belajar selama ini?

Sang kancil bijaksana. Sang kancil pandai menyelesaikan masalah. Rupa-rupanya, sang kancil mewakili golongan manipulatif di dalam masyarakat, manakala mangsa-mangsanya adalah bangsa kita yang tidak habis-habis ditipu.

Patutlah susah nak mengundang perubahan.

Kita semua mangsa sang kancil!

from : www.saifulislam.com


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...