mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Friday, October 21, 2011

Kebaikan Pemerintahan Gaddafi


Skrg nie semua kecoh pasal kematian Gaddafi..kesian betul la dia kena belasah dgn pemberontak kat sana..kejam betul la..tp yg pasti,masa tue AS,Israel tepuk tangan la..ok la,biasa kita dgr kekejaman dia nie kat rakyat dia..buat itu la..buat ini la..org dh mati nie kita jgn la cerita keburukan dia kan..apa kata kita tengok apa kebaikan dia yang dah buat kepada rakyat Libya..

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

Saturday, October 15, 2011

Zikir kucing..."Ya Rahim...Ya Rahim...Ya Rahim..."

Bediuzzaman Said Nursi suatu hari terlintas di fikirannya apabila melihat makhluk kecil yang bernama kucing, kenapakah ia dikatakan makhluk yang berkat sedangkan ia tidak melakukan pekerjaan sebagaimana haiwan lain. Kucing hanya bermain, makan dan tidur. Said Nursi sering ditemani oleh tetamu kecil empat ekor kucing semasa dalam buangan.

Tiba-tiba pada suatu malam ketika Said Nursi di pembaringan, datang salah seekor kucing menghampiri bantalnya. Kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Nursi lalu berzikir secara jelas "Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim, Ya Rahim..."

Nursi dapat merasakan seolah-oleh kucing itu sedang menjawab lintasan fikiran beliau yang merendahkan dan menghina keupayaan kelompok kucing. Nursi juga merasakan lafaz zikir "Ya Rahim...Ya Rahim..." yang keluar dari mulut kucing itu seperti suatu tamparan ke wajahnya.

Pada ketika itu terlintas pula di fikiran Nursi, "Agaknya zikir Ya Rahim...Ya Rahim... ini khusus untuk kucing yang seekor ini sahaja iaitu tidak semua kucing berzikir yang sama. Atau adakah zikir "Ya Rahim" ini sememangnya umum untuk seluruh kucing? Nursi tertanya-tanya lagi.

Nursi juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada manusia sepertinya yang mempersoalkan dan mempertikaikan tanpa hak? Atau manusia lain yang memerhati dan mengambil perhatian juga akan mendengar zikir "Ya Rahim...Ya Rahim" ini?

Kemudian Nursi terdengar pula kucing-kucing lain mengulang-ulang zikir yang sama seperti kucing tadi "Ya Rahim...Ya Rahim... dengan nada yang berbeza-beza tingi dan rendah. Namun tidak sekuat kucing yang menghampiri telinganya tadi. Semakin lama Nursi mendengar semakin jelas ngiauan kucing-kucing itu menyebut Ya Rahim... Ya Rahim... sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan tanpa keluar huruf pun.

Ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir Ya Rahim Ya Rahim dengan baik sekali. Kucing-kucing itu seperti merayu kepada Tuhannya yang bersifat al-Rahim. Itulah zikir dan munajat kucing.

Nursi menceritakan kepada saudara-saudaranya Tulab Nur, mereka juga cuba memerhatikan kucing dan mereka turut mendengar zikir Ya Rahim yang sama. Ketika itu terlintas di hati Nursi Kenapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?

Nursi kemudiannya mendapat lintasan hati, kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil. Ia hidup bercampur dan bergaul dengan manusia malah menjadi kawan. Kucing sangat memerlukan kasihan belas dan kasih sayang manusia.

Setelah kucing-kucing itu mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, seperti ia telah mendapat makanan dan bermain ia lantas meninggalkan tuannya tanda bersyukur kepada Tuhan. Ia pergi berehat sendiri dan mengucapkan syukur kepada Tuhannya, tidak terikat kepada sebab sebagimana anjing yang tunduk kepada tuan. Sebab yang Nursi maksudkan di sini ialah manusia yang menyayanginya dan memberinya makan.

Keadaan kucing ini haruslah manusia mengambil pengajaran, supaya tidak terikat dengan sebab sebaliknya menyatakan syukur hanya kepada Tuhan.

Nursi juga menyebut tentang keberkatan kucing, ketika dalam buangan di Barla empat ekor kucing menjadi tetamunya. Keadaan beliau dalam buangan miskin dan makanan juga terhad. Selalunya roti yang sedikit akan habis dalam tempoh sekian-sekian hari, namun apabila beliau berkongsi makan dengan kucing-kucing itu, walaupun di awalnya roti itu kurang dari biasa, namun ia tetap masih banyak berbaki, berkat kucing-kucing tadi.

Lalu Nursi mengingatkan itulah kasihan belas Allah kepada makhluk lemah seperti kucing, berkat melimpah disebabkan kucing. Kalaulah haiwan pun Allah begitu kasih, apatah lagi manusia makhluk yang paling mulia. Apatah lagi sekiranya manusia itu keluarga, dan apatah lagi sekiranya keluarga yang lemah itu ibu bapa kita yang tua dan telah berkorban untuk anak-anak suatu masa dahulu. Nursi berpesan supaya kiaskan juga sekiranya di rumah kita ada anak-anak yatim, anak-anak cacat dan tidak upaya. Keberkatan akan melimpah dengan adanya makhluk lemah di dalam rumah kita.

Rujukan: Rasail Nur: Al-Kalimat 24 dan al-Maktubat 21.

Saturday, October 8, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Mengadap Kaabah



Kisah ini hampir sama dengan kisah yang dinyatakan sebelum ini oleh post yang lain.
Yang penting pengajaran darinya kita ambil.

Kenapa Umat Islam 'Sembah' Kaabah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah,satu kotak berwarna hitam ?
Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab ….Handphone N95 missionary berbunyi …..
Missonary menjawab panggilan telefonnya ….Pendakwah sabar menanti …..Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya,dia merenung kepada Pendakwah ….Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ?
Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya.
Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya.Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri,
ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri.Saya bercakap dengan emak saya.Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon.
Apa masalahnya ?
(Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah).
Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah.Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut ….Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja …Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai …..bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun.Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ?
Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless.Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)
…. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah,
bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah.
Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.
Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon.
Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95,ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu.Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak,barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak,dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya,mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary …"Nah, ini duit untuk awak beli N95 yang baru …."Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse ….Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

By: Shuhairazi Janudin

Tuesday, October 4, 2011

Gereja Terbesar Di Bukit Jalil



Gereja yg akan menjadi gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan siap dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

kos untuk membina gereja ini ialah RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.gereja 6 tingkat dan tercanggih di dunia ini dalam proses untuk menyiapkanyer sekarang.untuk maklumat lanjut ttg gereja ini rujuk laman web gereja ini

Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa, maka kawasan sempit ini dijangka akan mengalami kesesakan teruk apabila ia siap nanti.










beginilah rupa gereja itu apabila siap dibina

mengejutkan juga..gereja ini mempunyai unsur2 freemason


Jangan terkejut jika setelah selesai pembikinanya nanti, gereja ini akan diisi oleh anak-anak Melayu yang bukan beragama Islam.


Dikhuatiri juga akan lebih ramai lagi remaja Melayu yang beragama Islam yang akan murtad.


Lihatlah saja kepada misi-misinya:




The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:


* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind


Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?. Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?. Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?. Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.



sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...