mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Saturday, August 29, 2009

Adakah H1N1 Merupakan Konspirasi Kapitalis?

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan..

Sumber : Malaysiakini

I’M HOMESICK!!




Salam. Ketika shbt2ku sdg berbhagia di smping keluarga tcinta, nureen pula sdg berada di KLIA. Menghabiskn ms dgn surfing internet n study economic geography dr jam 4 ptg hingga la jam 5 pg keesoknnya. Kl iktkn ht, ingin shj nureen terbang ke kg halaman tcintaku. Tp, keadaan xmngizikn nureen bbuat demikian. Di tubir mataku kini hnyalah sebuah rumah di Taman Desa Hidayah yg bwrna oren.huhu.

Kupujuk hati ini agar x turutkn kata hati yg begitu meronta2 mahu pulang ke desa tcinta.desa yg kurindui. Apatah lg bl berada di KLIA. Xpe nureen, kl skrg nureen xstrt bjauhan dgn family, bl lg nk strt,kn? Lgpn tinggal beberapa mggu lg nk cuti raya,kn?sabar ye syg…



Erm..nureen kna la kuatkn semngat. Lagipn next week msih ada 2 test yg menunggu. Serta exhibition akan dirasmikn dis Wednesday. Kl nureen blk kg, gerenti xkn stdy pnyer. Erm, kuatkn hati ye nureen.

Nureen2205
2103

Orang Melayu yg belum ‘MERDEKA’




Apakah maksud MERDEKA pada kalian? Adkh betul kita betul2 merdeka? Ya, Malaysia telah pn MERDEKA 52 thn yg lalu. Tnh melayu tlh MERDEKA, tp bgaimana dgn minda kita?pemikiran kita? Adkh kt tlh MERDEKA dlm erti kata yg sbnr2ny? Tepuk dada tnya iman n hati.

Ketika nureen dlm pjlnn dr seremban ke serdang dgn menaiki train tempoh hari, nureen malu dgn perbuatan segelintir bngsa Melayu. Spjg prjnn yg mengambil ms sejam e2, ada 2 kejadian yg mbuatkn nureen malu dgn bngsa Melayu, n bngsa India.

KEJADIAN PERTAMA

Nureen berdiri di sebelah psgn India. Anak psgn ini sdg lena tdo di pngkuan mereka. Mgkin jelas tgmbr di raut wajah nureen yg begitu kepenatan. Slps 15 minit berdiri, 4 anak2 cina yg duduk bertentangan dgn nureen turun. Nureen ingin mengambil tmpt duduk tsebut. Namun, hmpir shj nureen ingin melabuhkn punggung, tdpt anak muda yg bbngsa Melayu merampas tmpt duduk nureen tnpa rs bslh. Maka, nureen tpksa lg berdiri. Ketika nureen bdiri bertentngn dgn psgn India td, Uncle td mberi isyarat yg masih ada tmpt duduk yg sngaja di sembunyikn. Nureen mngucapkn tq kpd uncle yg bbngsa India tsbut n mcari tmpt yg dimksdkn. Sektika nureen malu pd uncle td. Malu krn manusia yg sebangsa dgn nureen sorg pn xsudi member bantuan kpd nureen, malah mengambil kesemptn kpd nureen. tetapi bngsa lain pula yg sudi member bantuan. Wpn bntuannya x sberapa, namun terselit nilai kemanusian did lm diri uncle td. Hati nureen menangisi sikap sesetgh anak muda yg bbngsa Melayu skrg.



KEJADIAN KEDUA

Alhamdulillah, dpt jg nureen duduk did lm train ni.dpt la hilangkn penat bt seketika. Di hdpn nureen ada sepsg merpati sejoli bbngsa Melayu. Melihtkn mereka, pastinya mereka msh lg pjr sekolah menengah. Si gadis kelihatan ayu n manis skali dgn memakai baju kurung n tudung di kepala. Namun, syg sekali bl melihat keintiman psgn muda ini. Malu nureen pd bngsa sendiri. Malu nureen pd org di sekeliling nureen ketika e2 yg majoritinya bngsa Cina n India. Xusahlh nureen ceritakn dgn lbh lnjut gelagat psgn muda ini krn pstinya ada di klngn kalian yg prnh melihat gelagat psgn anak muda yg sdg asyik dlm cinta monyet.

Cerita ini hnyalh cebisan dr scenario anak2 muda yg bbngsa Melayu skrg. Nureen tidak mksdkn semuanya. Moga2 kita tidak tgolong dlm golongan org2 yg rugi.
Adakah kita telah MERDEKA dlm erti kata yg sebenarnya? Adakah pemikirn kita tlh MERDEKA ataupun msh dijajah? Hnya ANDA yg TAHU jwpnny…

Akhir kalam dr nureen, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52

Nureen2205
2043

3 negeri dlm satu hari



Jumaat, 28 ogos nureen memulakan pjlnn ke seremban dr melaka sentral dgn menaiki bas pd jam 4.30 ptg. Prjlnn yg biasanya mngambl ms hnya sejam mjd 2 jam lbh dek krn cuti hujung bln n merdeka. Mnyebabkn nureen tkndas dlm traffic jam. Jam sdh mnunjukkn 6.45 ptg. Nureen gelisah krn msh blm menunaikn slt Asar. Jam 7 mlm nureen tiba di terminal 1 seremban. Slps mbeli air kotak utk bbuka,nureen bergegas ke surau di tgkt atas utk solat asar. Slps bbuka puasa nureen trus mngambl jln bwh utk ke stesen ktmb. Penat bdn blm hlng lg bl nureen tpksa beratur pnjg utk menaiki train ke serdang Selangor. Memandangkn hjng bln, nureen tpksa bdiri shj dlm train. Slps sejam prjlnn, nureen smpai di stesen ktmb serdang tepat 9 mlm. utk seberang jln, nureen menaiki jejantas n terus ke 7 Eleven dim n kakak nureen menunggu di situ.



Memandangkn kami ber2 msh blm mkn, hnya smpt bbuka dgn sekotak air shj, kakak mngajak bbuka di kopitiam di Mines shj. Br je pkul 9.20, tp dh byk kdai nk ttp. Slps mkn kami smpt lg pusing2 kt apartment mewah, Flea Apartment kl xslp nureen. tmptnya cntk skli tp kbykknnya pghuniny adlh foreigner n non muslim. Slps e2 kami btolak ke seri kembangan. Singgah sebentar di Pasar Borong Selangor yg beroperasi 24 jam. Ikutkn ht tlalu penat utk msk ke psr jam 12 tgh mlm. Slps pusing2, kami bertolak blk ke nilai, Negeri Sembilan. Spjg pjlnn pulang, nureen tlalu penat n ttdo dlm kereta smpai la msk ke parkng apartment tmpat kakak nureen tnggal. Msk shj ked lm rumah nureen solat jamak maghrib n isya’. Tmpt pk pjg, nureen terus tdo krn tlalau penat. Begitulh pjlnn yg pnjg, jauh n memenatkn nureen pd hari jumaat. Penat krn mggalas beg galas yg tkndung laptop ksygn nureen, sdikit pkaian n buku2 economic geography.

Nureen2205
2003

Wednesday, August 26, 2009

EUPHORIA



Euphoria atau dlm bahasa melayu yer brmksd perasaan amat gembira.ya, nureen ingin miliki perasaan euphoria. Nureen ingin menikmati nikmat yg dikurniakn ALLAH SWT. Nikmat berada di bandaraya Melaka. jauh dari keluarga tsyg. Jauh dari negeri tcinta. Namun, negeri ini tidaklah begitu asing bg nureen bl nureen mdpt twrn melanjutkn pljrn di peringkt ijazah di sini.



Walauapapun, skrg nureen mula euphoria di sini. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi…. Suasana bljr yg cukup selesa. Nureen ska sgt bl nureen bljr di rumah apartmentku di tgkt 10 angin sepoi2 bahasa… nureen rs mcm bljr di tepi pantai je. Syok btl! Wpn suhu di sini panas, namun angin lembut sntiasa btiup di sini.
Selain 2 gak nureen euphoria bl mdpt classmates n housemates yg baik2 sumenyer…
Izinkan nureen utk euphoria di negeri Melaka bandaraya bersejarah ini. Nureen xingin lg mengenang apa yg tlh blaku. Nureen ingin mgnkn sebaik2nya peluang bljr di sini. Nureen ingin menamatkn ijazah ini dgn kptsn yg tbaik bt ibubapa nureen. izinknlh…

Nureen2205
0829

doa musafir



Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.

http://www.muftiselangor.gov.my

SEJUKNYA MANDI PAGI…

Pastinya ada di kalangan kita yg takut utk mndi di pagi hari,kn? Mcm2 alasan yg diberikan n yg paling famous adlh sbb sejuk. Nureen ada satu petua utk yg takut n xsuka mandi pagi ini. Eh, elok tau mandi pagi.blh slim sape yg jdkn mandi pagi sbg amalan. Sblm nureen kongsi tip dgn korg sume, nureen nk tnya btl ke cara korg mndi 2? Mcm mn yg btlnyer ye? Yg btlnya adlh dgn mandi dr bwh ke atas.mula dr kaki br naik ke kepala.2 br btl cara mandi sunat. Beza dgn mandi wajib, iaitu dr atas ke bwh.

Pelik? Kekok? Np ek nk mndi dr bwh ke atas…susah la.erm, ms nureen mula2 dpt th pn pelik gak, tp bl nureen aplikasikan br la th… ok, kl kt mandi mula dr kepala ke kaki pastinya kt akn rs sejuk,kn? Xrasa ke kepala n bdn kt agak terkejut dgn suhu air? Slh satu sbb cara mandi sunat start bawah ke atas adlh spy bdn kt xtkjt dgn suhu air.

Ni sbnrnya petua dr Dr. Tuah. Nureen dpt th ms bc buku beliau. Kl xsilap nureen dlm bukunya JANGAN TIDAK TIDAK. Kl xpun dlm MEMBINA PERIBADI GEMILANG. Jd, lps ni nureen hrp xde lg la yg takut nk mandi pg ye. K, gud luck… =)

Wassalam.

Nureen2205
0759

Monday, August 24, 2009

Doa ringkas selepas solat




Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

http://doaharian.blogspot.com

NAK SAMBUNG MASTER X?

Pertamanya nureen ingt berterima ksh kpd lec Research Methodology, RM nureen, Pn Najihah yg sgguh baik ht n comel =)…mdm wt nureen mkin sk kt sbjct RM (mcm2 mn pn kna sk gak cz sbjct ni sgt pntg utk wt praktikal n nk smbg master nt). Tetiba je hr 2 mdm Najihah nk citer psl MASTER. Nureen semestinya tertarik dgn topic yg mdm nk citerkn…
Kesimpulannya tlh nureen ringkaskn spt gmbr di bwh :-



Penting ke smbg MASTER?
Jumlah rakyat Malaysia yg mpnyai MASTER sgt sedikit, tmbh2 lg org Melayu
Utk capai WAWASAN 2020 , rakyat M’sia kna la b’ilmu tinggi
Skrg dh berlambak yg ada ijazah, persaingn nk keje tinggi
Pk jngka ms pnjg.. one day, org yg ada MASTER sgt diperlukn

Ada pendapat? Jom la kt kngsi sm2 ….

Nureen2205
1747

TUMPUANKU 100%!

“slps degree ni nureen nk terus smbg wt Master,” lbh krg mcm 2 la nureen bgth kt mama n abg nureen. mama nureen semestinya menyambut dgn tgn tbuka n senyum melebar. Begitu jg dgn abg nureen yg sememangnya sedia mklum bhw adiknya yg sorg ni suka bljr =). Namun sepotong ayat yg kuar dr mulutnya ini mbuat nureen jd risau….
Abg :nk smbg wt Master blh je, tp sblm 2 kna la kahwin dl..tkt nt org laki tkt nk msk minang bl dh ada master
Nureen:erm..nureen xde pn nk pk sume 2 dlm tempoh tdekat ni
Abg : nureen xde calon lg ke?
Nureen : xde lg la bang (dlm ht, nt nureen nk kawin, abg cari la calon kt nureen ye)
Perbualan dgn abg nureen mbtkn nureen bfikir byk kali. Kl blh nureen terus nk smbg Master lps hbskn ijazah ni. Erm, mcm mn la ak nk kawin? Calon pn xde lg!!huhu. moga2 jodohku cpt smpai n slmtknku…
Apa yg nureen pk skrg hnyalh bljr bljr n bljr. Cinta nureen tolak tepi dl. Kl ada jodoh ada la…mls nk serabutkn kpl otak ni dgn pk psl laki. Smstinya nureen kna tumpu 100% pd stdy nureen skrg. Apatah lg nureen tidak mengambil mn2 biasiswa mahupun pinjaman. Rs brslh pd ibubapa nureen cz pembelajrn nureen ditnggung sepenuhnya oleh mereka. So, sbg blsnnya nureen kna la dpt kjyaan yg bkn stkt cemerlang, tp terbilang!!
“Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pemurah lg Pengasih kurniakanlah ANC kpd kami! Berkatilah ilmuMu yg kami pelajari ini!”
Nureen2205
0719

MASA MENCEMBURUIKU...

Salam sejahtera kutitipkn bt semua membaca blog nureen. Syukran nureen ucapkn krn sudi mngunjungi ke teratak nureen yg xseberapa ini. Pertamany, nureen ingin memohon maaf krn lama xupdate/post new entry kt blog hubbulillahiyah ini. Bkn xterlintas bbrp tajuk yg ingin nureen bincangkn n kongsi brsm kalian, tp ms tlalu mencemburuiku!! Almaklum sje la nureen kn br shj mjalani pembedahan tongsil. Tertinggal hmpr 2 minggu kls bkn skit utk nureen cover blk. Erm, pecut 100 meter la nureen ni. Apatah lg kls pertama yg nureen msk slps ct skt tmpoh hari pnya ujian! Namun, nureen sgt bsyukur ke hadrat Ilahi krn nureen mmpu mdpt 80% markah dlm ujian tsebut wpn xmghadirkn diri di dlm kls. Mlh lec nureen puji krn msh dpt kptsn yg bgs wpn xdtg kls.hehe.jgn riak ye nureen. Alhamdulillah, nureen syukur sgt2 ke hadrat Ilahi wpn nureen byk ttinggal kls n byk kn bljr sndr, nureen msh dpt kptsn yg cemerlang dlm ujian2 nureen. skrg ni pn nureen rs xmenang tgn nk bljr. Msh ada byk test yg menunggu. Msh byk presentation yg perlu disiapkn. Masih byk research yg perlu disiapkn. Ni pn curi2 update blog cz I mizz u all. Hijab pn dh kt nureen lm xupdate blog. Begitu je shbt2 nureen yg sentiasa btndang ke blog nureen. tq ye shbt2ku krn sudi menjengah seketika di blog nureen ni. Jd, pape pn terus lakukan perkara yg tbaik dlm hidup anda krn hidup ini anda yg tentukan. Ms dpn anda bgantung pd usha and pd hr ini. Good luck and all the best!! Wassalam

Nureen2205
0704

BELAJAR PUN ADA ADABNYA…

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yg mciptakan,
2. Dia tlh mciptakn manusia drpd segumpal darah
3. Bacalah, dan TuhanMulah Yang Maha Mulia
4. Yang Mengajar (manusia) dgn pena
5. Dia Mengajarkn manusia apa yg tidak diketahui
(Al-‘Alaq,96:1-5)

Sape kata nk bljr blh main hentam je? Bljr pn ada adabnya tau. Br la ilmu yg dituntut 2 dberkati…dpt kjyaan yg cemerlang,gemilang n tbilang, ape yg dibelajar sng je msk. Nk dpt kjyaan yg gemilang? Kl jwpnnya ye, blh la jdkn adab2 ni sbg amalan harian anda sume ye.

1. Baca doa sebelum start bljr
2. Tumpukn phatian dlm bljr

3. Tutup buku bl anda tidak menggunakannya
4. Rehat 5 minit setiap ½ jam bljr
5. Rehatkn mata n fikiran dgn merenung n memerhatikn kejadian ALLAH SWT (free2 je dpt pahala.baikkn ALLAH?)
6. Jgn kedeku ilmu (ilmu ni mkin dikongsi mkin byk kt akn phm, konsepnya xsm mcm duit tau)
7. Bljr di pg hari lbh berkesan sbb otak msih lg segar (jd bgn la di awal pg, dirikn solat sunat n bljr – lps sahur xyah ler smbg tdo blk ye)
8. Simpan/ kemas buku2 anda tiap kali lps bljr (spy anda xler bljr dgn syaitan)
9. Buang sgl smpah yg digunakn sms bljr
10. Imbas kmbali ape yg tlh dipelajari (lg bgs kl ingt n catat blk. So, blh th ler bp byk yg anda btl2 phm n xphm)

11. Bc doa slps bljr n mohon agar ilmu yg dipelajari mdpt kberkatan drp ALLAH SWT (yg kita bljr 2 kn sume ilmu ALLAH)

Menyentuh ttg mbaca doa sblm bljr mengingtkn nureen pd seorg shbt. Kekdg tdetik kekaguman bl tgk cara dia bljr. Jom kt jdkn amalannya sbg amalan kt brsm… hamba ALLAH ini bkn shj akn mbc doa sblm start bljr, namun dia jg akn mngalunkn bbrp potong ayat suci Al Quranul Karim serta mengosongkn fikirannya pd bnda2 lain. Jd, mstilh tumpuannya pd pljrnnya berada ditahap maksimum! Dgn itu, perkara yg baik ni ptt sgt la kt jdkn ikutan…=)

Nureen2205
0649

Monday, August 17, 2009

PENGALAMAN MASUK WAD

Assalamualaikum w.b.t. pg td nureen dftr msk wad. Wad 4 timur di HUSM kbg kerian. Tkjt gak nureen bl dlm wad ni cmpur laki perempuan. Tmbh2 lg sblh katil nureen bdk laki.=(. Pg td, sblm msk wad, doc check nureen. Skt btl bl dia mskkn camera dlm telinga n hidung. Yg plng skt bl camera 2 msk dlm hidung nureen.huhu. bkn stkt skt, tp malu btl nureen pd pelatih2 (boys n girls) yg turut ada sm. Dlm ht, “aku ni jd mcm bhn uji kaji diorg la gak” tp nsb baik la diorg sume sporting. Doc yg rawat nureen pn sporting gak.erm, n dia bkn la org Malaysia.xtnya la plak dia org mn. Lm btl dia check td. Erm, nureen duk pk, pe la nureen nk wt kt dlm wad ni kt cni xde wifi. =( anywy, enjoy ur days here, nureen!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...