mutiara kata

Aroi Lokcing House (francais steamboat bakar (lokcing) pertama Malaysia)

Followers

blogwalking....

Monday, September 28, 2009

satu kemestian

salam. kepada yg berkunjung ke laman hubbulillahiyah, terima kasih nureen ucapkan. pesanan penaja : pastikan anda pembaca sesuatu article smpai hbs utk mengelakkn slh phm ye =).

smlm, dlm kekalutan krn kls akn bermula hr ni, nureen tetap akn melakukan perkara ini walau sesibuk mana pn jadual harian nureen. kl x, xlena tdo mlm. nk th pe dia? baca buku...

amalan baca buku ni dh sebati dgn jiwa nureen. prnh jg bl tlalu penat dan mengantuk nureen tidak memilih sebuah buku yg berada di sisi katil (sememangnya nureen pnya pilihan buku yg lebih tniggi drp bantal nureen- 2 la kt housemates nureen)... tp xlh tdo. msti kna bc gak wpn sepotong ayat sblm tdo.

smlm nureen dh berjaya menghabiskan buku tariq bin ziad. cerita perjuangan salehudin al ayubi pn nureen dh hbs bc.nt nk pnjm buku khalid bin al walid lak.utk matlumat lanjut, sila klik di http://abdullatip.blogspot.com.skrg ni nk g beli buku warkah cinta berbau syurga.








nureen2205
1626

Wednesday, September 16, 2009

hohoho balik kampung... =)



salam. erm, xsbr sngguh rs nk blk ke kg halaman tcinta...yg kurindui.huhu. nureen spttnya blk mlm ni. tp atas sbb yg xdpt dielakkn, nureen akn btolak pg esok-lps subuh. adik2ku di kg sibuk menanyakn kpulngnku..al maklumla da lm sgt xblk kg...



jp lg kls t'akhr nureen sblm cuti raya.ada presentation. td ms nk print report ktorg, folder hilang. erm, nsb baik la nureen ni jns yg sk bt back up byk2...so, xde la mslh sgt. wish for our luck ya!!

ptg ni nk g bazaar ramadhan kt tmn cempaka.huhu. ni br bpeluang nk g bazaar. dek krn kekangn ms yg begitu mencemburuiku, nureen xpnya ms utk ke bazaar. tp xpe, dndamku tbls hr ni.hehe

nureen2205
1403

JODOH & PERTEMUAN TELAH DITENTUKANNYA

Salam alaik. Sekuat manakah kepercayaan kita pada ALLAH SWT? Sekuat manakah kita berpegang dengan tali ALLAH SWT? Nureen percaya ramai antara kita sudah mengetahui bahawa jodoh dan pertemuan itu telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Nureen ingin berkongsi pengalaman nureen, moga yang baik itu kita jadikan teladan dan yang buruk itu kita sama-sama jadikan sempadan. Nureen hanyalah manusia ciptaanNya yang biasa, yang punya perasaan ingin disayangi dan menyayangi antara sesame manusia. Sebelum nureen mempunyai peribadi mahupun berpakaian seperti ini sekarang, nureen hanyalah insane biasa. Yang jahil tentang aurat dan hokum hakam Islam. Nureen bukanlah dibesarkan dengan didikan agama yang begitu terperinci seperti kalian.

Namun, ALLAH SWT Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mungkin kerana nureen tinggal bersama arwah nenek ketika kecil dahulu member kesan yang begitu mendalam pada diri nureen. ketika berumur 5 tahun lagi, nureen diajar bangun ketika insan lain sedang enak dibuai mimpi. Nureen akan berjalan kaki bersama arwah untuk ke masjid yang berdekatan. Perjalanan selama lebih kurang 10 minit.

Setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, nureen telah sematkan di hati untuk terus berubah ke arah yang lebih baik. Mencari cinta hakiki. Walaupun pada ketika itu nureen tidak tahu bagaimanakah caranya. Namun, ALLAH SWT Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Selangkah kita padaNya, seribu langkah ALLAH SWT pada kita.



Setelah nureen memperoleh apa yang nureen hajati, nureen sangat menentang cinta antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah atau dalam bahasa lainnya bercouple. Walaupun ada yang menggunakan istilah couple Islamic. Islam tidak pernah mengajar semua itu pada kita.

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(surah At-Taubah,9 :16)

ALLAH SWT pasti akan menguji keimanan hamba-hambaNya. Nureen juga tidak terlepas dari ujian ALLAH SWT.

Perasaan cinta, kasih dan sayang itu nikmat dari ALLAH SWT. Suatu hari nureen jatuh kasih dan sayang pada insane bergelar lelaki. Berkali nureen cuba mempertahankan keimanan nureen. imanku lebih nipis dari kulit bawang. Akhirnya selepas lebih 2 tahun nureen menyimpan rasa kasih dan sayang ini, hubungan kami mula menjangkaui hubungan yang sepatutnya di antara lelaki dan perempuan.



Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana kami tidak dibiarkan terus terjebak dan hanyut dalam dunia kami sendiri. Hubungan kami hanyalah bertahan selama beberapa bulan sahaja. Nureen sangat suka membaca article-article di dalam blog-blog tertentu. Pada suatu hari, ALLAH SWT ingin menunjukkan nureen pada jalan yang benar. Membawa kami kembali ke jalanNya. Selepas menyedari kami telah melakukan dosa(hasil bacaan nureen pada article tentang couple), kami mula mencari haluan masing-masing.

Saat ini, ketika ini nureen sedang memperteguhkan hati nureen akan janji ALLAH SWT.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” surah An-Nuur,24:26)

Harapan nureen agar perasaan kasih sayang dan cinta nureen padanya dapat nureen tukarkan kepada cinta pada yang selayaknya. Cinta yang hakiki. Cinta pada sang Pencipta. Cintaku pada ALLAH SWT. Nureen teringin akan nasihatnya pada suatu ketika dahulu. Ketika hubungan kami tidak lebih daripada seorang sahabat.

“carilah hikmah di dalam setiap ketentuan ALLAH SWT supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kia, tiada siapa yang boleh menghalang, namun jika bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan dapat walaupun dalam gengaman. Terus melakukan perkara-perkara yang terbaik dalam hidup kerana ia bukan satu pertaruhan” (24 julai 2008, 14:27)

Jangan salah sangka duhai sahabat-sahabatku..nureen masih menyimpan mesej ini bukan kerana pemberinya, tetapi kerana maksud-maksud dalam mesej itu. Ya, nureen merasainya sekarang. Tentang perasaan nureen padanya, biarlah masa yang menentukan. Nureen tidak mahu memberikan cinta pada yang tidak layak mendapatkannya. Pada yang tidak tahu menghargai kasih sayang dan cinta itu sendiri. Nureen yakin akan jodoh pertemuan yang telah ditetapkan pada kita. Pastinya ALLAH SWT lebih Mengetahui siapakah dan apakah yang terbaik untuk kita lebih dari diri kita sendiri kerana Dialah Pencipta kita. Masakan kita dapat menyembunyikan sesuatu daripadaNya.
Nureen tidak berniat untuk mengaibkan sesiapapun di sini. Hanyalah sebagai renungan dan pengajaran kita bersama. Ini hanyalah sebahagian kecil pengalaman yang nureen kutip di dalam perjalanan di dunia yang fana ini.

Nureen tidak mahu lagi menunggu si dia. Nureen juga tidak ingin berdendam dengannya. Nureen redha dengan ketentuan Ilahi, kerana nureen tahu dengan cara inilah nureen kembali meraih cinta ALLAH STW. Nureen sanggup kehilangan cintanya jika itulah yang ALLAH SWT beli dariku.

“dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. “ (surah Al-Baqarah, 2:155-157)

“Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang Menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan kehidupanmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH SWT segaja mentakdirkan segala sesuatu yang sia-sia. Bukannya ALLAH SWT tidak tahu betapa deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan akrab denganNya.”



Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri nureen sendiri. Wassalam.

Nureen2205
0727, 13092009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...